Di dalam Al-Qur'an diterangkan masalah Dzulqarnain, iaitu:
“Hingga apabila dia telah sampai pada tempat terbenam matahari, dia pun melihat matahari terbenam kedalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati disitu (di laut itu) segolongan ummat. Kami berkata, 'Hai Dzulqarnain! Kamu boleh menyiksa mereka dan boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'.” (Q.s. Al-Kahfi: 86).
Siapakah orang-orang yang didapati oleh Dzulkarnain?
Gambar Hiasan |
Kisah
Dzulqarnain telah diterangkan dalam Al-Qur'an pada Surah Al-Kahfi,
tetapi Al-Qur'an tidak menerangkan siapakah sebenarnya Dzulqarnain,
siapakah orang-orang yang didapatinya, dan dimana tempat terbenam dan
terbitnya matahari? Semua itu tidak diterangkan dalam Al-Qur'an secara
rinci dan jelas, baik mengenai nama mahupun lokasinya, hal ini
mengandungi hikmah dan hanya Allahlah yang mengetahui.
Tujuan
dari kisah yang ada dalam Al-Qur'an, baik pada Surah Al-Kahfi mahupun
lainnya, bukan sekadar memberi tahu hal-hal yang berkaitan dengan
sejarah dan kejadiannya, tetapi tujuan utamanya ialah sebagai contoh dan
pelajaran bagi manusia. Sebagaimana Allah swt. dalam firman-Nya:
“Sesungguhnyapada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal.” (Q.s.Yusuf: 111)
Kisah
Dzulqarnain, mengandungi contoh seorang raja saleh yang diberi oleh
Allah kekuasaan di bumi, yang meliputi Timur dan Barat. Semua manusia
dan penguasa negara tunduk atas kekuasaannya, dia tetap pada
pendiriannya sebagai seorang yang saleh, taat dan bertakwa. Sebagaimana
diterangkan di bawah ini:
“Berkata Dzulqarnain, 'Adapun orang yang menganiaya, maka kelak Kami akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tiada taranya'.” (Q.s. Al-Kahfi: 87).
“Adapun orang yang beriman dan orang beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan ...” (Q.s. Al-Kahfi: 88).
Jadi,
apa yang diterangkan dalam Al-Qur'an, hanyalah mengenai perginya
Dzulqarnain ke arah terbenamnya matahari, sehingga berada pada tempat
yang paling jauh. Di situ diterangkan bahawa dia telah melihat matahari
seakan-akan terbenam di mata air tersebut, saat terbenamnya. Sebenarnya,
matahari itu tidak terbenam di laut, tetapi hanya bagi penglihatan kita
saja yang seakan tampak matahari itu terbenam (jatuh) ke laut. Padahal
matahari itu terbit menerangi wilayah (bangsa) lain.
Maksud
dari ayat tersebut, bahawa Dzulqarnain telah sampai ke tempat paling
jauh, seperti halnya matahari terbenam di mata air yang kotor
(berlumpur) , yang disebutkan diatas. Begitu juga maksud dari ayat
tersebut, Dzulqarnain telah sampai di tempat terjauh, iaitu terbitnya
matahari dan sampai bertemu pula dengan kaum Ya'juj dan Ma'juj.
Gambar Hiasan |
Dalam
keadaan demikian, Dzulqarnain tetap pada pendiriannya semula, iaitu
sebagai seorang raja yang adil dan kuat imannya, yang tidak dapat
dipengaruhi oleh hal-hal yang dikuasai dan kekuasaannya diperkuatnya
dengan misalnya membangun bendungan yang besar, yang terdiri dari
bahan-bahan besi dan sebagainya. Di dunia ini beliau selalu berkata dan
mengakui, bahawa segala yang diperolehnya sebagai kurnia dari Allah dan
rahmat-Nya. Firman Allah swt. dalam Al-Qur'an:
“Dzulqarnain berkata, 'Ini (bendungan atau benteng) adalah suatu rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah tiba janji Tuhanku, Dia pun menjadikannya rata dengan bumi (hancur lebur); dan janji Tuhanku itu adalah benar.” (Q.s. Al-Kahfi: 98).
Tujuan
utama dari Al-Qur'an dalam huraian di atas ialah sebagai contoh, dimana
seorang raja saleh yang diberi kekuasaan yang besar pada kesempatan
yang luar biasa dan, kekuasaannya mencakup ke seluruh penjuru dunia di
sekitar terbit dan terbenamnya matahari. Dalam keadaan demikian,
Dzulqarnain tetap dalam kesalehan dan istiqamahnya tidak berubah. Firman Allah swt.:
“Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan di bumi dan Kami telah memberikan kepadanya (Dzulqarnain) jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.” (Q.s. Al-Kahfi: 84).
Mengenai
perincian dari masalah tersebut tidak diterangkan dalam Al-Qur'an dan
As-Sunnah, misalnya waktu, tempat dan kaumnya, siapa sebenarnya mereka
itu. Kerana tidak ada manfaatnya, maka sebaiknya kami berhenti pada
hal-hal yang diterangkan saja. Jika bermanfaat, tentu hal-hal itu
diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.
pensil-tekan.blogspot.com
Suka perkongsian ini?