Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang
tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun
ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu
mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia
melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat
dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan
menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia
paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih
lama.
Antara hikmah lain bersujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
Antara hikmah lain bersujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. Melegakan sakit hernia.(burut) dan dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
3. Melegakan paru-paru daripada ketegangan. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
4. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
5. Meringankan bahagian pelvis. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
6. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
7. Mengurangkan kegemukan. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
8. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Mari kita amalkan 7 kalimat berharga ini:
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
pensil-tekan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)