Definisi
susah tidur mengikut Persatuan Masalah Tidur Amerika (American Sleep
Disorders Association) adalah, susah melelapkan mata semasa tidur
ataupun mudah terjaga selepas tidur atau difficulty falling asleep or
staying asleep. Apabila ia berterusan bagi jangka masa yang lama, ia
dinamakan masalah tidur kronik atau chronic insomnia.
Gambar Hiasan |
Apabila
anda terpaksa berbaring tanpa boleh melelapkan mata selama 30 hingga 45
minit sebelum tidur, kerap terjaga pada waktu malam ataupun terjaga
pada awal pagi dan tidak boleh tidur semula selepas itu, dan sentiasa
letih selepas bangun daripada tidur, anda mungkin sedang mengalami
masalah susah tidur atau insomnia.
KAEDAH MENANGAI MASALAH SUSAH TIDUR
Menjauhi Arak dan Bahan Yang Merangsangkan Sebelum Tidur
Menurut Imam Ahmad dan Ibn Majah, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud,
“Jauhilah perkara yang memudaratkan.”
Menurut
kajian, rokok mempunyai dadah nikotin yang berfungsi merangsang otak
dan menghalang tidur terutamanya apabila ia dihisap empat jam sebelum
tidur. Begitu juga dengan kopi dan minuman yang mempunyai kafein, kerana
ia adalah bahan perangsang otak. Lebih daripada itu, kafiena
menyebabkan kerisauan dan menjadikan anda kerap terjaga daripada tidur.
Kesan kafeina bermula 15 hingga 45 minit selepas pengambilannya dan
boleh berterusan selama tiga hingga lima jam.
Arak
tidak dibenarkan dalam Islam dan di antara keburukannya adalah, ia
mengganggu tidur seseorang. Malah ia merendahkan kadar oksigen di dalam
darah dan boleh menyebabkan pernafasan terhenti (apnoea) di waktu tidur.
Bersenam Pada Siang Hari
Anda
boleh melakukan sebarang senaman pada waktu siang seperti berjogging,
berbasikal ataupun Cuma berjalan kaki. Anda juga boleh bermain sukan
lain seperti bola sepak, futsal, bola jaring dan sebagainya. Apa yang
penting ialah masa yang terluang di siang hari dapat digunakan untuk
aktiviti yang bermanfaat. Menurut Thabrani, Nabi Muhammad bersabda
bermaksud,
“Hendaklah kamu belajar memanah kerana ia adalah sesuatu yang terbaik untuk mengisi masa lapangmu.”
Apabila
anda bersenam pada siang hari, anda semestinya akan merasa keletihan
pada malamnya. Dengan itu, anda akan lebih cepat merasa mengantuk dan
mampu mendapatkan tidur dengan lebih mudah dan cepat.
Elakkan Senaman Berat Sebelum Tidur
Selalunya,
kita bersukan pada malam hari. Contohnya, bermain futsal, adalah lebih
selesa bermain pada waktu malam kerana tidak panas atau hanya mempunyai
masa pada waktu malam sahaja untuk bermain futsal. Memang hal ini tidak
menjadi masalah pada sesetengah orang, namun kesannya akan berlaku pada
orang lain, iaitu kesukaran untuk tidur.
Pakar-pakar
perubatan melarang seseorang melakukan senaman berat empat hingga enam
jam sebelum tidur malam. Sebaliknya, senaman berat di siang hari amat
digalakkan kerana ia memudahkan tidur di sebelah malamnya.
Gambar Hiasan |
Wuduk Sebelum Tidur
Apabila
sukar untuk tidur, sebaiknya kita berwuduk dan terus melakukan solat
sunat tidak kira sunat taubat, sunat hajat ataupun sebagainya. Apabila
kita berwuduk, kita akan berasa segar ianya bersesuaian dengan hadis
Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud,
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersolat.”
Wuduk
adalah suatu ibadah yang membersihkan rohani. Ia juga menyejukkan,
membersihkan dan menyegarkan badan dan ini dapat membantu untuk lebih
memudahkan tidur kita.
Menjauhi Kerunsingan
Dari
sudut emosi, pakar-pakar berpandangan kerunsingan, perasaan marah yang
dipendam dan kesugulan adalah punca-punca utama yang menghalan tidur.
Sebaik-baiknya sebarang masalah yang ada, tidak dilayani semasa kita
berbaring untuk tidur. Amat digalakkan untuk kita bermuhasabah dan
bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain pada kita.
Kita
sebagai umat Islam, telah diajarkan oleh Nabi Muhammad tentang kaedah
paling berkesan memudahkan tidur iaitulah dengan berzikir. Menurut Abu
Daud, Baginda telah bersabda,
“Sesiapa yang berbaring untuk tidur dan tidak berzikir kepada Allah, dia mengalami kerugian di sisi Allah.”
Berzikir
mendatangkan kedamaian kepada hati dan ia membantu menghilangkan
kerunsingan dan sekali gus membantu tidur dengan mudah.
Ada
sesetengah orang yang memasang kaset atau mp3 al-Quran atau zikir-zikir
untuk didengari semasa proses tidur. Ini secara tidak langsung dapat
mendorong hati untuk turut berzikir mengikut kaset atau mp3 yang
dipasang tadi. Ini juga antara kaedah yang berkesan untuk sama-sama kita
praktikkan apabila sukar untuk tidur.
Bangun Pagi Pada Waktu Yang Sama Setiap Pagi
Menurut Tarmizi dan Abu Daud, Nabi Muhammad berkata,
“Allah paling hampir kepada hambaNya di akhir malam iaitu sebelum subuh. Sekiranya kamu mampu untuk mengingati Allah ketika itu, lakukanlah.”
Hadis
di atas jelas menunjukkan kepada kita, waktu sebaiknya untuk bangun
dari tidur ialah sebelum subuh iaitu antara jam 5 atau 5.30 pagi setiap
hari. Dan pada waktu itu dapatlah diambil peluang mendekatkan diri
kepada Allah dengan melakukan sebarang ibadah dengan lebih tenang dan
selesa.
Menjadualkan
masa tidur setiap hari secara sistematik adalah penting. Kesilapan
sering berlaku adalah pada hari-hari biasa, ramai yang bangun daripada
tidur mengikut jadual tertentu, tetapi pada hujung minggu, mereka
ketepikan jadual itu dan bangun lewat. Tanpa mereka sedari perbuatan
mereka akan mengundang masalah susah tidur pada malam-malam berikutnya.
pensil-tekan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)