Kelmarin (11 April 2012), gempa
bumi berukuran 8.9 skala Richter dicatatkan pada jarak 465 kilometer
barat daya Bandar Aceh pada pukul 4.38 petang waktu Malaysia. Saiz gempa
yang hampir menyamai gempa dalam Tragedi Acheh 2004 mencetuskan suasana
panik seketika apabila 27 buah negara mengeluarkan amaran Tsunami.
Di Malaysia, gegaran tersebut dapat
dirasai di bahagian Pantai Barat terutamanya di Selangor, Perak dan
Pulau Pinang. Gempa bumi pertama itu turut disusuli dengan beberapa
gempa bumi lain sehinggalah yang terakhir pada pukul 6.52 pagi tadi yang
berukuran 5.5 skala Richter. Walau bagaimanapun, amaran Tsunami telah
ditarik balik semalam.
Mungkin ramai yang kagum bercampur
hairan mengapakah Tsunami tidak berlaku sedangkan gegarannya lebih kuat
daripada Tragedi di Jepun tahun lalu dan hampir sama dengan Tragedi
Acheh 2004? Pertama sekali, harus difahami bahawa Tsunami berlaku
disebabkan penyesaran air yang berlaku akibat pergerakan plat-plat
tektonik. Ada dua jenis pergerakan iaitu ke atas, ke bawah dan
pergerakan bersebelahan (side to side). Ia mencetuskan 3 orientasi utama
iaitu Normal Fault, Reverse Fault dan Strike-Slip Fault. Sila rujuk gambar di bawah untuk memahami orientasi tersebut.
Apabila plat bumi bergerak ke atas dan
ke bawah, dan berlaku perubahan bentuk pada permukaan bumi (dalam dasar
laut). Ia menyebabkan air laut bergerak, dan seterusnya menyebabkan
tsunami. Gempa bumi kali ni, menurut Julie Dutton, Pakar Geofizik
Amerika Syarikat, plat bumi bergerak secara bersebelahan
(side to side), dengan orientasi Strike-slip Fault. Lalu, tiada
perubahan bentuk berlaku pada permukaan bumi menyebabkan penyesaran air
yang paling minimum berlaku ataupun hampir tiada. Untuk keterangan
lanjut, sila rujuk infografik di bawah.
Sebelum ini, Malaysia hampir tidak
pernah merasai apatah lagi mengalami gempa bumi. Kali ini, berjuta-juta
rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman gempa bumi ini walaupun
tiadakan kemalangan mahupun kerosakan dilaporkan. Mungkin ia satu
peringatan daripada Allah buat hambanya yang sering terlupa, tanda
cintaNya buat kita.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)