Tanggal 16 Mei setiap tahun sememangnya hari yang begitu
bermakna buat seluruh warga pendidik tidak kira sama di bandar, luar bandar mahupun
di kawasan pedalaman. Hari tersebut ialah Hari Guru.
Guru, suatu gelaran yang memberi pelbagai makna dan cerita. Adakalanya
disebabkan gelaran tersebut, seseorang itu akan beroleh kebahagiaan hidup di
dunia dengan sempurna dan adakalanya oleh kerana gelaran tersebut, hidup
seseorang boleh menjadi merana. Ini kerana jika ilmu pengetahuan yang
dicurahkan membawa manfaat dan kebaikan, maka akan berolehlah keberkatan dan
kebahagiaan tersebut. Dan sebaliknya, jika ilmu yang dicurahkan tersasar dari
kehendak fitrah manusia, maka akan binasalah ia bersama kesesatan yang
dibawanya.
Ada orang mengatakan yang pekerjaan guru adalah suatu
pekerjaan yang mudah, banyak cuti dan banyak lagi. Namun, jika diselami peranan
dan tanggungjawab seorang guru, amat besar sekali pengorbanan yang diberikan
oleh guru. Di sekolah, gurulah yang menjadi kerani, menjadi tukang kebun,
menjadi doktor, menjadi arkitek, jurulatih sukan, pengawal keselamatan dan
banyak lagi.
Saya pernah terdengar kata-kata seorang ustaz di dalam
ceramah beliau, tips penting menjadi seorang yang berjaya ialah ingat segala
ilmu yang ada, diamalkan kerana Allah dan sayangi guru. Kenapa perlu sayangi
guru? Kerana segala punca pengetahuan adalah bermula dari kata-kata seorang
guru. Begitu juga dengan ibu bapa kita. Kenapa kita perlu sayang dan hormat
kepada mereka? Kerana dengan mereka, kita dapat mengenal dunia dan meneruskan
kehidupan di dunia ini dengan bantuan dan jasa tidak terhingga mereka. Maka tidak
hairanlah guru itu perlu diberi penghormatan sedemikian rupa.
Oleh itu, jasa guru kepada kita perlulah dikenang sampai
bila-bila. Dengan jasa mereka, kita dapat membaca, menulis dan mengira. Doakan kesejahteraan
mereka dunia dan akhirat. Ingat segala perbuatan (hukuman atau denda dan
seumpamanya) adalah bukan kerana guru itu bencikan kita, namum itulah
sebenarnya tanda sayangnya mereka terhadap kita.
Sekali orang panggil kita cikgu, selamanya orang akan ingat
dan panggil kita sebagai cikgu. InsyaAllah.
SELAMAT HARI GURU!!!!
Tema Hari Guru 2012: Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
pensil-tekan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)