Dalam sebuah hadis sohih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”
Gambar Hiasan |
Adakah
ayat ini bermaksud kaum wanita secara umumnya dijadikan Allah daripada
tulang rusuk kamu lelaki? Sebenarnya, di dalam al Quran Allah menyatakan
dengan jelas manusia sebenarnya berasal daripada nutfah iaitu air mani
yang sedikit bercampur dengan benih wanita kecuali Nabi Adam yang
berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah al Haj ayat 5,
Allah menjelaskan,
“Wahai manusia, apabila kamu meragui hari kebangkitan, (maka ingatlah) kami menciptamu daripada tanah, kemudian daripada nutfah.”
Oleh
kerana kenyataan Quran berhubung kejadian manusia begitu jelas sekali,
hadis tidak dapat mencanggahinya. Justeru hadis ini, yang menyatakan
wanita berasal daripada tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan
dalam bentuk yang mencanggahi Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini
bukannya berkenaan asal usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan
kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Justeru, di
dalam kitab Riadus Salihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini dalam bab
‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.
Di
dalam kitab Dilalul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata,
“Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan
dicipta daripada tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang
rusuk dalam keadaan bengkok adalah berbeza daripada kaum lelaki.
Perbezaan ini mempunyai kepentingannya justeru tulang rusuktidak boleh
dicaci kerana keadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi
masalah.
Begitu
juga dengan kaum wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita
adalah cantik dalam keadaan semula jadinya walaupun dalam aspek-aspek
tertentu mereka berbeza daripada kaum lelaki. Pihak lelaki perlu
menerima wanita dengan sifat semula jadinya dan tidak boleh bersikap
keras kepada mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama
dengannya bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada
peranannya dan kadangkala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki.
Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.
Gambar Hiasan |
Berbalik
kepada isu yang berkaitan dengan kejadian kaum wanita daripada tulang
rusuk lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan
berkenaan kejadian Hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, Hawa
berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam. Antara ulama yang berpegang
dengan pendapat ini adalah sahabat Abdullah bin Abbas, Abdullah bin
Mas’ud, Imam Mujahid, Ibn al Munzir, Ibn Humaid dan ramai lagi.
Namun,
apabila Quran dirujuk berhubung perkara ini, tidak kita menemui
sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung
dengan penciptaan Hawa, dalam surah an Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan
yang bermaksud,
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada diri yang satu (Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak”.
Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian Hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.
Gambar Hiasan |
Rujukan:
Dr Danial Zainal Abidin (2009), Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan
Quran daripada Teropong Sains, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd, m/s
122 - 124
pensil-tekan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)