✎ Halaman ✎

27 June 2012

Cerpen 'Hatiku Milikmu' Siri 1

HATIKU MILIKMU



(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu.

Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila…

‘’Umar, kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..

‘’A’ah!’’ Umar mengangguk ringkas.

‘’Beli yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.

‘’Separuh harga?’’ acah Umar.

‘’Beres. Kau nak sekarang ke?’’

‘’Tak nak…’’ Umar acuh tak acuh.

‘’Cis, buang karen je!’’ bentak Fathil.

‘’Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?’’ Umar meragui.
‘’Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?’’ Fathil berwajah serius.

‘’Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,’’

‘’Tak sampai pun sebulan…’’ Fathil membetulkan fakta.

‘’Habis tu, nak beli yang lain pulak?’’

‘’Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,’’

‘’Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?’’

‘’Biasalah…lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm…tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar…tak pernah bermak we,’’ Fathil meluahkan.

Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu…dan, kau tahu Umar….kaulah lelaki itu)

‘’Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau…’’ Umar menyindir.

‘’Eleh…nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,’’

‘’Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!’’ sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.

‘’Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!’’ Fathil pula mengenakan Umar.

‘’Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…aku malas je!’’

‘’Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle Maziah,’’ Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.

‘’Maziah mana pulak ni?’’

‘’Classmate aku. Sombong betul dia…buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,’’

‘’Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,’’

‘’Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan… Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,’’

‘’Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..’’ Umar menolak cabaran.

‘’Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun…’’ wajah Fathil hambar.

Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia menghabiskan malamnya di cyber café, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat.

(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah…) bisik Fathil.
Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.

‘’Hello! Fathil…’’ suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.

‘’Err, hello. Fathil tak der,’’ Umar gugup berhadapan suara itu.

‘’Ah, alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah…’’ suara itu mendesak.

‘’Betul…dia keluar. Sumpah!’’ Umar meyakinkan.

‘’Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?’’

‘’Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,’’ 


‘’Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika…semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,’’ suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.

‘’Tapi, tak semua….’’ Umar membela kaumnya.

‘’Fika tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,’’

‘’Err, suatu hari nanti jumpa lah….’’

‘’Huh, entah bila…’’

‘’Berdoalah pada Allah,’’

‘’’Berdoa?’’ gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.
(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.

‘’Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!’’ gadis itu melawak sambil ketawa lagi.

Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya dulu. 

Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran.
(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?) 

(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)
Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi. 

‘’Hello, Fika ni!’’ 

Gurlp! Umar menelan liur. 

‘’Hello!’’ balas Umar. 

‘’Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,’’ Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya. 

‘’Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?’’ 

‘’Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,’’ 

‘’Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…’’ 

‘’Ish, tak der lah. Biasa je…’’ 

‘’Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?’’ 

‘’Abang?!’’ Gurlp!!! 

‘’A’ah….tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!’’ 

‘’Err…’’ kelu lidah Umar. 

‘’Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah…miss you my hero! Ummmwah…’’ 

Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri. 

‘’Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?’’ Fathil mengajak. Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi dia diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya. 

‘’Tak minat!’’ balas Umar. Ringkas. 

‘’Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jom lah Umar, aku bukannya ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apa malam ni…bosanlah!’’ 

‘’Aku tak nak!!’’ tegas Umar. 

‘’Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?’’ Fathil tahu kelemahan Umar, seterusnya cuba menjerat. 

‘’Tapi…Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni…’’ 

‘’Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Aku segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntah macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!’’ 

‘’Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif ngan Faizi bukan! Mereka kawan baik aku,’’
‘’Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku…’’ 

‘’Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingat aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nak ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,’’ 

‘’Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah…’’ Fathil ragu-ragu. 

‘’Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!’’ 

‘’Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan. Macam ni lah yang aku nak…’’ 

Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng di belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara Umar dan Fika. 

‘’Eh..eh.. Maziah lah!’’ Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah. 

‘’Yang mana?’’ 

‘’Tu, tu, baju putih…’’ 

Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma. 

‘’Nampak tak?’’ suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin. 

‘’Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat,’’balas Umar. 

‘’ Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau…’’ Fathil bertindak seperti apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak gatal,
‘’Maaaziaaahhhh…!’’ Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motorsikal yang dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover. 

(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar. 

Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepada seseorang. 

(Eh, Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziah ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya. 

(Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak gila-gila macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh,..biarkan. Boleh blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu…kaulah wanita paling kejam. Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!) 

Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti. Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar. 
 
‘’Lawa si Maziah, kan?!’’ 

‘’Kau memang…cari orang lawa je!’’ 

‘’Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!’’ 

‘’Buktinya?’’ 


‘’Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga…’’ 

‘’Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa kau terseksa,’’ Umar belajar daripada pengalaman. 

‘’Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,’’ 

‘’Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku boleh cari mak we,’’
Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajah jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam. 

‘’Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!’’ marah gadis itu. Comel. 

(Fika?! Gurlp!!) 

‘’Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!’’ Fathil separuh berbisik. Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu. 

‘’Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. Bukan Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fika berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we baru Fika,’’pandai Fathil menyusun ayat. Dia memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang kerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini. Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan matanya. 

Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gadis itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum dari bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah. 

(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar. 

(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika pun turut terpegun dengan ketampanan Umar. 

Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis jelita. Teknologi sms ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya sebagai penghubung saban hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms. 

(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!) 

Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar tak mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dek warna-warni cinta. Cinta itu indah. 

(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini… Fika, bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika…) 

Tok!Tok! Assalamualaikum… 

Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya diketuk. 

‘’Umar ada?’’ seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok. 

‘Saya Banna… Hassan Al-Banna,’’ lelaki itu memperkenalkan diri. 


‘’Kenal…selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej sebelah, kan?!’’

‘’Mmm…awak?’’ 

‘’Aku Fathil,’’. Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar. 

‘’Umar, kawan kau datang!’’ Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula berirama minta diangkat.

‘’Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,’’. Fathil tergesa-gesa mengikat tali kasut. 

‘’Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!’’ Ujar Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali kasutnya kemas diikat. 

Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu mesej yang tertera di skrin handset. 

Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak? Bolehlah bang…plizzzzzz….luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!

Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak percaya. 

(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima. 

Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda. 

(Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil dengan senyuman. 

‘’Dia tak bangun lagi ke?’’ Fathil sempat menjenguk Banna di dalam compartment Umar. 

‘’Emm..tak lagi!’’ balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu menggoyang-goyangkan bahu Umar. 

‘’Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!’’ tengking Fathil. Umar menggosok-gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian pantas menutupnya. 

‘’Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun susah sekarang ni,’’ leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan Umar. 

‘’Err, nak ke mana tu?’’ Banna sempat bertanya. 

‘’Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil ngorat mujahidah…’’ Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna turut tersenyum. 

‘’Chow dulu…’’ Fathil melemparkan senyuman ramah. 

(Bagus dia, mudah masuk ngan orang…) hati Banna memuji Fathil. 

Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di negeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa, tarbiyyah dan da’wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik. Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah. 

(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro… Aku dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek aku mendengarnya!) 

‘’Banna, ana ada hal lah esok,’’ Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam. 

‘’Hal apa yang lebih penting dari smart group?’’ 

‘’Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar,’’ Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.

‘’Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kami semua boleh tolong nta siapkan assignment..’’ Banna menawarkan pertolongan. 

‘’Eh, tak yah lah…ana boleh buat sendiri,’’Umar menolak. 

‘’Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau nta datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment . Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda main-main, ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!’’ 

(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan dengan smart group…)





Bersambung.......

Nantikan sambungan cerpen 'Hatiku Milikmu' Siri 2. 



pensil-tekan.blogspot.com

3 comments:

  1. umar al-mujahid.. sedap sungguh namanya.. :)

    ReplyDelete
  2. sedihnya..mningkat usia..pulak duduk tmpat asing..godaan makin bnyk..tu kena ada org selalu menasihati..kalu x mmg lara..huu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...

# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)