Sahabat
merupakan orang yang rapat dengan seseorang. Ia juga boleh dikatakan
sebagai teman yang sentiasa ada untuk seseorang ketika dia senang
mahupun sukar. Ramai orang yang mempunyai kawan, dan kawan yang
diperoleh juga adalah ramai. Namun hanya sedikit orang yang mempunyai
sahabat, teman yang sanggup berkorban apa saja demi sahabatnya itu.
Kehidupan
kini amat memerlukan kekuatan dalaman, motivasi yang tinggi untuk
menghadapi segala macam rintangan dan dugaan yang datang. Selain itu,
kita juga amat memerlukan seseorang yang setia menemani kita tidak kita
bagaimana keadaan kita, bagi sama-sama mengharungi setiap saat dalam
kehidupan. Inilah yang dinamakan sebagai sahabat atau teman, teman
sejati hingga ke akhir usia.
Terdapat 12 sifat atau ciri-ciri sahabat sejati yang perlu ada pada seorang insan bernama sahabat. Antaranya ialah:
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Oleh
yang demikian, jika kita telah menjumpai teman sebegini, janganlah
dengan mudah dilepaskan dia pergi. Jagalah hubungan persahabatan yang
sedia terjalin dengan baik dan harmoni, agar setia hingga ke akhirnya.
Perkara yang paling penting ialah saling memahami antara satu sama lain,
berterus terang dalam keadaan yang tertentu dan sentiasa jujur dalam
persahabatan. Dengan izin ALLAH swt, segala apa yang kita laksanakan,
akan sentiasa di bawah keredhaan dan keberkataan dariNya.
Waallahu'alam... Sekadar Perkongsian...
pensil-tekan.blogspot.com
terbaik
ReplyDelete