Namun, bagi kita umat Islam, dalam apa pun urusan kita,
adalah perlu untuk kita menilai terlebih dahulu apakah bentuk sambutan yang
akan kita adakan, agar sambutan tersebut tidak tersasar dari kehendak Islam.
Atau dalam erti kata lain, tidak menyerupai kaum atau agama orang lain. Nabi
SAW addda menyebutkan tentang larangan menyerupai kaum lain, seperti mana hadis
yang bermaksud,
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia dikira dari kaum tersebut.” (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban)
Islam telah mengajar kita untuk bersifat sederhana dalam
mengadakan sesuatu majlis agar tidak terdapat perkara yang tidak baik seperti
maksiat atau pembaziran. Upacara memotong kek, meniup lilin di atas kek serta
dinyanyikan lagu (seperti lagu ‘Happy Birthday To You’) adalah merupakan
sambutan yang tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Seharusnya kita sebagai umat Islam perlu menggunakan garis
panduan ajaran Islam dengan sebaiknya sebagai petunjuk jalan dalam kehidupan.
Ini juga termasuklah dalam hal menyambut hari lahir, yang sering kali dianggap
perkara kecil atau biasa bagi masyarakat yang menyambutnya dengan pelbagai
perkara, yang adakalanya tersasar dari objektif sebenar memperingati hari
kelahiran.
Berikut adalah antara amalan-amalan yang boleh atau perlu
dilakukan sewaktu tiba ulangtahun kelahiran. Antaranya:
Kita perlu melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT
kerana masih lagi diberi nikmat dan anugerah kesihatan dan nyawa bagi
meneruskan kehidupan, serta gembira atas nikmat umur yang dikurniakanNya.
Firman Allah SWT di dalam surah ad-Dhuha ayat 11 yang bermaksud,
“Dan terhadap nikmat TuhanMu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).”
Apabila menyambut hari kelahiran seseorang, kita dituntut
untuk saling mendoakan antara satu sama lain. Sebaiknya, lagu “Selamat Hari
Jadi” ditukarkan dengan yang ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan
lebih indah. Contohnya, barakallahu fika (untuk lelaki) / fiki (untuk perempuan),
tiga kali, dengan menggunakan nada dan melodi yang sama. Ia bermaksud “Semoga
Allah memberkati kamu”. Ucapan-ucapan dan doa sebegini lebih dituntut dan
dianjurkan oleh syariat Islam.
Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan.
Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan.
Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan
miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada
para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan
lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.
Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun
mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi
menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah
amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.
Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan
hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana
ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).
Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi
tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat
penyayang. Sabda Nabi s.a.w:
“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada
sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah
berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita
lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita
lakukan selama ini.
Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan
kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam
dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini.
Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil
muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah
kepada Allah s.w.t.
Buat insan yang menyambut hari jadi itu, elok juga pergi
menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya),
kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia. Pada hari
itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada
ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usia kita terus diberkati.
Alhamdulillah, Ya Allah, syukur padaMu terhadap usia yang
telah Engkau berikan padaku. Terima kasih atas segala nikmat yang telah Kau
berikan. Terima kasih untuk setiap dugaan dan ujian yang telah Engkau turunkan
terhadapku. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan padaku, namun
terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. Ampunkanlah aku Ya Allah. Aku hanyalah
hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku tewas dengan godaan yang melanda.
Namun, dengan limpah rahmatMu, Engkau masih memberiku peluang mencari redhaMu.
Terima kasih Ya Allah.
Tq atas perkongsian ini. Mohon share ye! Jkk...
ReplyDeleteSatu perkongsian yg baik :)
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletesama2.. boleh, silakan share yee.. =)
@Pn. Niza
ReplyDeletetima kaseh pn niza.. :D
kesan kepada diri,masyarakat,negara terhadap majlis hari lahir apa
ReplyDeletekesan kepada diri,masyarakat,negara terhadap majlis hari lahir apa
ReplyDeletekesan kepada diri,masyarakat,negara apa
ReplyDeleteAlhamdulillah... Amin
ReplyDeleteAlhamdulillah....Amin. untuk panduan kita semua.
ReplyDeleteSaya copy doanya ye..
ReplyDeleteToday is my birthday. Thank u for this beautiful words♡
ReplyDelete