19 April 2012

Petua Mudah Lulus Periksa

Saya ada terbaca dalam satu artikel (Lihat SINI), ada sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Cara mudah untuk lulus periksa! Ini kajian yang telah dijalankan dan hasilnya positif. Jom kita baca untuk ilmu yang lebih mendalam. Kalau sudi, kongsilah dengan kawan-kawan yang lain. =)



12 April 2012

Kenapa Tsunami Tidak Berlaku?

Kelmarin (11 April 2012), gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh pada pukul 4.38 petang waktu Malaysia. Saiz gempa yang hampir menyamai gempa dalam Tragedi Acheh 2004 mencetuskan suasana panik seketika apabila 27 buah negara mengeluarkan amaran Tsunami.

Di Malaysia, gegaran tersebut dapat dirasai di bahagian Pantai Barat terutamanya di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Gempa bumi pertama itu turut disusuli dengan beberapa gempa bumi lain sehinggalah yang terakhir pada pukul 6.52 pagi tadi yang berukuran 5.5 skala Richter. Walau bagaimanapun, amaran Tsunami telah ditarik balik semalam.




01 April 2012

Lirik Lagu 'Bawaku Pergi' Bermasalah?

Pertama kali saya dengar lagu ini, sememangnya rentak dan melodinya menarik dan sedap didengar. Namun, baru-baru ini timbul khabar bahawa lirik lagu 'Bawaku Pergi' nyanyian Kaka bersama Zizan ini mempunyai unsur-unsur negatif. Di dalam blog-blog, masyarakat ramai yang berpendapat sememangnya lagu ini patut diharamkan kerana mempunyai unsur-unsur yang mendorong remaja kini melarikan diri dari rumah. Benarkah? 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com