✎ Halaman ✎

25 January 2013

Simbol Untuk Facebook Dan Blog

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua, simbol-simbol menarik untuk digunakan pada status-status di Facebook atau di blog. Simbol-simbol ini saya kumpulkan dari pelbagai sumber di blog-blog rakan yang lain. Minta halal lah yaa... =)

Cara menggunakan simbol ini cukup mudah, iaitu dengan copy-paste simbol yang anda sukai ke dalam status, komentar atau ruangan chatting Facebook. Beberapa simbol juga dapat digunakan untuk nama Facebook.

24 January 2013

Hakikat Seorang Teman

•• Jangan kau sangka temanmu yang sering menegurmu adalah orang yang paling bertaqwa.
•• Jangan kau fikir temanmu yang sering menasihatimu adalah manusia yang tak diuji.
•• Jangan kau ingat temanmu yang tegas kepada agama adalah manusia yang paling sempurna.

(´*•.¸¸.*´)
Hakikatnya !
(´*•.¸¸.*´).

¸.•- Dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya juga.
¸.•- Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga.
¸.•- Dan dia tegas dalam perkara agama kerana takut akan api neraka.
¸.•- Sahabatmu itu bukanlah Malaikat, Dia juga Manusia biasa.

*¨*•.¸☆♥♥☆¸.* ¨*
Maka, bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu mengajakmu masuk ke dalam syurga bersama-samanya...Insha Allah...


04 January 2013

Label Cuti Maulidur Rasul 2013

InsyaAllah tak lama lagi akan tiba hari lahir Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah SAW. Pada hari tersebut, seluruh sekolah di Malaysia akan bercuti. Oleh itu, guru yang hendak membuat label cuti di dalam Rancangan Pengajaran Harian sempena Maulidur Rasul tahun ini, boleh mengambil label yang saya kongsikan untuk manfaat bersama. Terima kasih.


01 January 2013

Buku Rekod Tasmik Sekolah Rendah

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin membuat promosi buku rekod tasmik Iqra' dan al-Quran j-QAF sekolah rendah. Kadungan buku ini ialah:

1) Panduan penggunaan buku rekod tasmik.
2) Sasaran bacaan murid sehingga khatam al-Quran pada tahun 6.
3) Senarai semak bacaan Iqra' (muka surat) dan al-Quran (surah).
4) Semak peringkat bacaan murid mengikut muka surat (untuk Iqra') dan nombor ayat (bagi al-Quran).
5) Penilaian Kem Bestari Solat dari tahun 1 hingga tahun 6.

Antara kelebihan menggunakan buku ini:

1) Guru boleh menilai tahap bacaan murid secara berterusan dari tahun 1 hingga tahun 6 dengan hanya menggunakan satu buku rekod tasmik sahaja.
2) Guru boleh mengenalpasti bacaan murid yang mampu khatam pada atau sebelum ke tahun 6. Jika murid tidak dapat mencapai sasaran, guru boleh mengambil tindakan selanjutnya bagi membolehkan murid berjaya khatam sebelum tamat persekolahan sekolah rendah.
3)  Murid dapat mengetahui bilangan ayat dalam sesebuah surah dan bilangan surah dalam al-Quran. Ini bagi memberikan semangat untuk mereka mengkhatamkan al-Quran seperti yang disasarkan.
4) Turut disertakan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis pilihan, kata-kata hikmah dan info berguna sebagai kata motivasi dan ilmu tambahan kepada murid.
5) Guru boleh menilai praktikal solat murid berpandukan item-item penilaian Kem Bestari Solat untuk tahun 1 hingga tahun 6.


# Turut dimuatkan panduan kawalan kelas dan aktiviti tambahan ketika melaksanakan proses tasmik.


Kulit Depan Buku Rekod Tasmik

Panduan Penggunaan Buku Rekod

Kandungan Buku Rekod

Item Penilaian Kem Bestari Solat (KBS)
# Mengandungi 72 muka surat.
# HARGA : RM 4.00 sebuah


Sesiapa yang berminat, boleh hubungi En. Rohisyam bin Abidin : 019-4489402
Atau di FACEBOOK : [LINK]