✎ Halaman ✎

28 May 2013

Berakhlaklah Kepada Ibu Bapa Kita

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi membaca dan berkongsi ilmu di blog saya ini. Terima kasih sudi melawat blog saya yang tak seberapa. Untuk entri kali ini, saya akan cuba menulis bagi menjawab satu persoalan yang telah ditanya kepada saya di Facebook oleh seorang sahabat saya mengenai isu seorang pelakon yang dikatakan telah derhaka kepada ibunya. Isu ini telah heboh dan hebat diperkatakan di media-media sekarang. Oleh kerana itu, saya ingin memberikan beberapa respon mengenai isu ini. 

Persoalan yang utama dari kisah ini ialah kebenaran cerita yang telah didedahkan kepada kita iaitu siapa yang salah dan siapa yang patut dipersalahkan? Jika mengikut cerita yang bermain di media-media, memang jelas bahawa pelakon tersebut yang bersalah dan telah mendapat reaksi pelbagai pihak yang mengatakan bahawa beliau boleh dilabel sebagai seorang anak yang derhaka kepada ibunya. 

Persoalan kedua ialah bagaimana isu ini diselesaikan? Jika dilihat dari laporan-laporan media, apa jua pendapat mahupun luahan yang ingin disampaikan, tidak kira sama ada dari pihak pelakon tersebut atau pihak ibunya, mereka menggunakan media yang sememangnya begitu mudah untuk disebarkan. Pertelingkahan antara kedua beranak ini menjadi satu isu besar apabila dimainkan di media-media seperti di Facebook dan blog-blog.

Respon saya dalam isu ini, sudah sememangnya seorang anak kepada ibunya, tak kisahlah siapa pun dia, pelakon, penerbit, pelajar, guru, ahli politik atau sebagainya, setinggi mana pun jawatan yang dipegang, semulia mana pun dia di pandangan orang, tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidak boleh diabaikan. Inikan pula berkenaan maruah dan air muka ibu bapa. Seorang anak sangat perlu menjaga tatacara akhlak supaya tidak memalukan ahli keluarga di khalayak masyarakat.

27 May 2013

Petua Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa

Assalamualaikum semua. Semoga semua ceria dan sihat sentiasa setiap hari. Kali ini saya ingin kongsikan satu petua yang saya ambil dari laman Facebook yang dikongsikan oleh 'sahabat' saya. Saya ingin berkongsi dengan pembaca juga berkenaan petua ini kerana saya sangat merasakan ianya berguna untuk kita terutama kaum lelaki yang akan dan telah bergelar bapa. =)

12 May 2013

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu. Dalam entri kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca sekalian tentang tips awal untuk para muslimah berhijrah kepada bertudung labuh. Tips ini saya dapat dari Facebook, hasil perkongsian rakan-rakan di Facebook. Jadi tak salah kiranya saya berkongsi tips tersebut di sini. 

Gambar Hiasan