SEGAMAT – Sekumpulan ahli keluarga yang membantu kerja-kerja
menggali semula Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini
semalam terkejut apabila mereka menemui 12 jenazah termasuk seorang guru
Al-Quran yang masih lagi sempurna.
Lebih mengejutkan, kesemua jenazah itu yang digali semula untuk
dipindahkan bagi memberi laluan pembinaaan Lebuh Raya
Segamat-Tangkak-Muar sejauh 63 kilometer sudah pun dikebumikan antara
lapan hingga 11 tahun lalu.
Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ),
Jamaluddin Sapuan berkata, kesemua jenazah itu ditemui dalam keadaan
sempurna, tidak ubah seperti hari pertama ia dikebumikan di tanah
perkuburan berusia lebih 100 tahun itu.
Beliau yang terlibat menyelia penggalian dan pemindahan 150 jasad di
tanah perkuburan tersebut bagaimanapun berkata, kejadian tersebut
bukanlah sesuatu yang pelik.
“Ia membuktikan kekuasaan Allah terhadap hamba-Nya yang terpilih. Banyak perkara tersirat daripada kejadian ini.
“Majoriti jenazah dalam keadaan baik, masih ada daging yang tidak reput,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Beliau yang sudah 22 tahun menggali kubur berkata, selepas
dikeluarkan, kesemua jenazah itu dikafankan semula dengan kain yang
baharu dan bersih.
Katanya, ia kemudian dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan
semula di tanah perkuburan baharu di Kampung Alai, kira-kira dua
kilometer dari tapak lama.
Jamaluddin berkata, bau wangi turut dihidu di sekitar kawasan
perkuburan yang menempatkan 350 buah kubur sejak hari pertama kerja
tersebut dijalankan.
Beliau pernah menemui jasad yang langsung tidak terusik meskipun ia sudah 30 tahun dikebumikan sejak 30 tahun lalu.
“Kes yang terbaharu ini boleh menjadi iktibar dan pedoman kepada kita yang masih hidup,” jelasnya
SUMBER: HMETRO
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)