✎ Halaman ✎

11 October 2014

Cara Mengetahui Sampai Masa Untuk Isteri Bersalin

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Memasuki fasa akhir kehamilan atau tempoh menunggu masa bersalin pasti mendebarkan si isteri. Namun lain pula pada suami. Pada tempoh ini suaminya pastinya lebih teruja untuk menerima kehadiran baru dalam hidup mereka. 
Ada para suami yang langsung tinggalkan kehidupan sosial mereka untuk menemani isteri mereka, ada juga yang hanya bercakap pasal kelahiran baru mereka. Walau apa sahaja yang suami lakukan, berikanlah sokongan moral yang kuat untuk isteri anda pada saat-saat akhir kehamilannya. Mungkin cara ini dpt meluahkan perasaan kasih sayang dan menghargai pengorbanan isteri selepas 9 bulan melalui kehamilan.

Berikanlah sokongan anda kepada isteri anda melalui :
1. Temani Isteri Ke Kelas Antenatal


Pada usia kandungan berusia 32 minggu, bakal ibu dan bapa akan menghadiri kelas antenatal untuk menambahkan pengetahuan mengenai kehamilan, kelahiran dan juga situasi selepas bersalin. Sebagai suami, temanilah isteri anda, mana tahu, nanti anda boleh berkongsi pengalaman menjadi bapa dengan bapa-bapa yang lain.

2. Sentiasa Berikan Sokongan Kepada Isteri

Mengandung bukanlah satu benda yang mudah. Bagi wanita yang tidak bersedia, mungkin mereka akan mengalami tekanan emosi apabila melihat bentuk badannya yang semakin berubah. Selain itu, perasaan cepat letih dan tidak selasa juga akan hadir. Sebagai suami, dengarlah keluhan isteri anda. Berikan sokongan kepada isteri supaya isteri merasa dia masih berharga untuk suami. Bersabarlah untuk sementara waktu, kerana isteri anda juga mengalami masalah baru.
3. Proses Kelahiran
Sebagai ibu atau bapa, kita harus tahu bahawa proses kelahiran setiap bayi adalah berbeza. Jadi, kita harus bersedia dengan sebarang kemungkinan yang terjadi semasa berada di dalam bilik bersalin. Sebagai suami, anda haruslah :


•Memberikan sokongan padu pada isteri.
•Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya.
•Membantu isteri ke tandas.
•Menyediakan minuman untuknya.
•Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
•Memegang tangannya sambil menenangkannya.

Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini.

CARA MENGENALPASTI TIBANYA SAAT ISTERI AKAN BERSALIN
Bagaimana mahu kenalpasti bahawa isteri anda benar-benar sudah sampai masanya untuk bersalin?
•Air ketuban pecah

Sebaik sahaja anda menyedari air ketuban | Cecair amniotik yang mengelilingi bayi sudah mula keluar dari perut isteri.

•Kontraksi tetap

Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin. 

Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10sm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan.

Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak.
Selepas semua proses kelahiran selesai di siapkan oleh doktor yang bertugas, tibalah giliran anda sebagai suami untuk mengazankan anak anda. 
Selamat menikmati panggilan "ayah" dari mulut si kecil yang baru melihat dunia itu.
JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...

# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)