1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang
waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia
melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi
manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain,
jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan
kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan
kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah,
waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau
menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian
mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat
tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan
anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu
tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka
perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok
kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya
adalah dunia.
Gambar Hiasan |
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu
akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan
lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama
mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV.
Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya
sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu,
atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara
menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon
kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa
pentingnya mereka pada kita.
Copy 'n' Paste: FACEBOOK
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)