13 August 2015

Kemaskini Blog

Alhamdulillah, sehingga ke saat ini, Allah SWT masih memberi kesihatan yang baik kepada saya dan kepada kita semua. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sudi menjenguk dan mendapatkan butir-butir ilmu yang dikongsikan di sini. 

Namun demikian, dek kerana kekangan masa dan kesempatan, sudah lama saya tidak sempat berkongsi di sini. Untuk itu, mohon didoakan agar saya diberi lebih kekuatan dan semangat untuk berkongsi di sini, di masa-masa hadapan. InsyaAllah.



26 May 2015

Pesanan Untuk Ibu Bapa

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
Gambar Hiasan
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Copy 'n' Paste: FACEBOOK



23 October 2014

Selamat Datang Anakku!

Alhamdulillah--

Isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami
>>Baby boy
>>16 Oktober 2014
>>3.15 kg
>>1.53 pagi
>>Pusat Rawatan Mahsuri, Kedah

Mohon doa semua utk keselamatan dan kejayaan anak kami,di dunia dan akhirat

InsyaAllah..



11 October 2014

Cara Mengetahui Sampai Masa Untuk Isteri Bersalin

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Memasuki fasa akhir kehamilan atau tempoh menunggu masa bersalin pasti mendebarkan si isteri. Namun lain pula pada suami. Pada tempoh ini suaminya pastinya lebih teruja untuk menerima kehadiran baru dalam hidup mereka. 
Ada para suami yang langsung tinggalkan kehidupan sosial mereka untuk menemani isteri mereka, ada juga yang hanya bercakap pasal kelahiran baru mereka. Walau apa sahaja yang suami lakukan, berikanlah sokongan moral yang kuat untuk isteri anda pada saat-saat akhir kehamilannya. Mungkin cara ini dpt meluahkan perasaan kasih sayang dan menghargai pengorbanan isteri selepas 9 bulan melalui kehamilan.



27 September 2014

DJ Islamik @ Arau, Perlis

Tarikh: 16 September 2014 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: No 218, Jln Kg Sena, 01000 Arau, Perlis

Tuan Rumah: En Othman bin Wan Mat dan Pn Norishah binti Romli
Pengantin: Ainie Nadilla binti Othman dan Mohamad Faiz bin Ismail

DJ Islamik @ Konti
Alhamdulillah, selesai!

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan,
sila layari: http://dj-islamik.blogspot.com



03 September 2014

Cara Mengempiskan Perut Yang Buncit

Perut buncit? Mesti ramai di antara kita yang risau istilah itu digunapakai pada perut kita. Saya juga begitu. Dari dulu saya sangat kurus, sehinggakan ramai yang menegur saya terlalu kurus, muka cekung, macam tak cukup zat. Mahu tidaknya, waktu zaman sekolah, saya berselera, tapi main juga yang lebihnya, habis makanan dicerna, tak sempat nak bina badan. Bila masuk universiti, main dah tak sempat, tapi makan pula tak cukup. Makan sehari sekali saja, budjet.

Tapi, bila sudah bekerja, sudah berumahtangga, saya merasakan suatu perubahan besar-besaran berlaku terhadap perut saya, buncit! Pagi makan, tengahari makan, malam pun berselera nak makan, memang patut lah dapat kebuncitan itu. Agak sudah hilang sikit ke'hensem'an disitu.

Jadi, terlintas nak mencari kaedah terbaik untuk mengempiskan perut yang buncit, tanpa melakukan senaman (tak sempat nak bersenam). Ini saya kongsikan bersama info yang ambil dari beberapa sumber dari Prof Google.




25 August 2014

Adab Mengadakan Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan atau kenduri kahwin sememangnya agak sinonim pada waktu cuti sekolah. Pada ketika inilah banyak jemputan yang bakal kita terima terutama dari rakan-rakan dan saudara mara. Sebelum mengadakan majlis, seharusnya kita perlu tahu tentang adab mengadakan majlis perkahwinan. Ini perlu kerana pada zaman sekarang banyak majlis yang diadakan dilihat lari dari garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Gambar Hiasan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com