✎ Halaman ✎

24 May 2012

Siapa Irshad Manji?

Semenjak dua menjak ini, sering kita dengari nama IRSHAD MANJI. Di berita-berita utama, tak kira dalam media elektronik mahupun media cetak, rata-rata membincangkan nama Irshad Manji. Jadi, siapakah insan yang bernama Irshad Manji?  Apa faktor yang menyebabkan namanya menjadi sebutan kini? Mulanya saya agak kurang berminat untuk mengetahui latar belakang beliau, namun setelah mengetahui ideologi dan pemikiran beliau yang agak bertentangan dengan agama Islam, maka saya telah membuat beberapa carian di Google berkenaan Irshad Manji. Inilah beberapa perkara yang dapat saya kongsikan info berkaitan isu ini.

Irshad Manji

22 May 2012

Fakta Tentang Bulan Rejab

Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefardhuan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.


15 May 2012

Selamat Hari Guru Tahun 2012

Tanggal 16 Mei setiap tahun sememangnya hari yang begitu bermakna buat seluruh warga pendidik tidak kira sama di bandar, luar bandar mahupun di kawasan pedalaman. Hari tersebut ialah Hari Guru. 

13 May 2012

Kisah Cinta Seorang Ibu

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Gambar Hiasan

09 May 2012

Sedih Tengok Video Ini


Pertama kali saya tengok video tentang seorang ibu yang sanggup memukul anak kecilnya dengan bantal dan mencubitnya beberapa kali, amat menyentap perasaan saya. Ditambah pula dengan dua tiga kali ‘tamparan wanita’ hinggap di muka kanak-kanak malang tersebut, perasaan saya terus bercampur baur. Marah, sedih, kecewa dan macam-macam lagi. Saya percaya, penonton-penonton lain juga merasakan sebegitu kerana sifat dan nilai kemanusiaan telah hilang dari naluri seorang ‘ibu’, amat mendukacitakan dan mendatangkan pelbagai reaksi. 

 [Video ini bukan bertujuan untuk membuka aib sesiapa, tetapi ingin berkongsi pengajaran dan panduan untuk kita bersama]

Dapat dilihat dari pelbagai komen-komen yang telah dihantar ke laman Youtube dan Facebook, boleh dikatakan majoriti penonton mengecam tindakan ‘si ibu’ tersebut. Tidak kurang ada yang terus memaki hamun perbuatan tersebut dek kerana tidak sanggup melihat dan mendengar tangisan insan yang bergelar kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa. 

08 May 2012

Syarat Isteri Masuk Syurga

TERDAPAT hadis Nabi s.a.w yang menceritakan keadaan di neraka, antaranya ramai kaum wanita di neraka dan wanita mendapat seksaan disebabkan dosa besar yang mereka lakukan ketika di dunia.


02 May 2012

Kiamat: Hari Paling Dahsyat

Hari kiamat itu pasti akan tiba, tidak boleh diragui lagi. Semua makhluk akan dibangkitkan, sama ada yang hidup mahupun yang sudah mati untuk menerima pengadilan dari Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Bila dikenang-kenang akan hari yang dahsyat itu, tentulah hati perut kita akan menjadi kecut dan gerun sekali dan fikiran kita akan menjadi kelam-kabut. Tetapi bagi orang yang sudah menyediakan dirinya untuk hari itu, dia akan merasa gembira dan senang, sebab dari situ dia akan merasakan suatu kehidupan yang baru, kehidupan yang abadi dalam Syurga Jannatul Na’im. Allah SWT telah menjanjikan demikian, sekiranya kita tergolong dari makhluk-makhlukNya yang memilih jalanNya yang benar dan sentiasa dalam ketaatan kepada perintahNya, dan bersabar dalam meninggalkan laranganNya.

Gambar Hiasan