Abu
Hurairah pernah diberi tugas oleh Nabi Muhammad bagi menjaga gudang
zakat pada bulan Ramadhan. Semasa dalam penjagaan beliau, datang seorang
individu mencuri segenggam makanan. Namun, dengan kecekapan Abu
Hurairah, beliau berjaya menangkap pencuri itu.
Gambar Hiasan |
“Akan aku adukan kepada Rasulullah”, gertak Abu Hurairah. Bukan main takut pencuri itu lalu merayu, “Saya ini orang miskin, tanggungan saya banyak. Saya sangat memerlukan makanan.”
Maka, pencuri itu pun dilepaskan kerana sememangnya zakat itu akhirnya
sampai kepada fakir miskin, tetapi bukan dengan cara mencuri.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kejadian itu kepada Nabi Muhammad. Nabi bertanya, “Apakah
yang dilakukan olehnya semalam, ya Abu Hurairah?” Ia mengeluh, ya
Rasulullah bahawa dia orang miskin, keluarganya ramai dan sangat
memerlukan makanan”, jawab Abu Hurairah.
“Dia bohong,” balas nabi. “Padahal malam nanti dia akan kembali lagi.”
Mengingatkan kepada pesanan Nabi Muhammad ini, maka pengawasan
diketatkan lagi. Memang benar, pencuri itu datang lagi dan berjaya
ditangkap sekali lagi.
“Akan aku adukan kepada Nabi Muhammad,” ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Pencuri itu pun sekali lagi merayu dan meminta maaf. “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji tidak akan datang lagi esok.”
Gambar Hiasan |
Mendengar
rayuan dan keluhan pencuri itu, Abu Hurairah berasa kasihan. Lalu
dilepaskan lagi. Kejadian ini dilaporkan kepada Nabi Muhammad keesokan
harinya. Nabi Muhammad tetap mengatakan pencuri itu berbohong dan akan
datang lagi malam ini.
Maka
pada malam itu, Abu Hurairah menjaga dengan penuh kewaspadaan. Ia
bertekad, jika pencuri itu datang lagi, dia tidak akan melepaskannya
pergi. Dia menunggu dengan penuh kesabaran dan debaran.
Malam
semakin larut. Tiba-tiba muncul bayangan yang datang menghampiri
longgokan makanan yan dijaganya. Tanpa memberi peluang lagi, pencuri itu
terus ditangkap. “Kali ini kau pasti akan
ku hadapkan kepada Nabi Muhammad. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan
datang, tetapi ternyata kau kembali juga". “Lepaskan saya”,
rayu pencuri itu lagi. Tetapi Abu Hurairah tetap tidak melepaskannya
lagi. Maka, dengan rasa penuh penyesalan dan putus asa, akhirnya pencuri
itu berkata, “Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna.”
“Kalimat apakah itu?”, tanya Abu Hurairah. “Bila
tuan hendak tidur, bacalah ayat kursi. Maka tuan selalu dipelihara
Allah dan tidak ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.” Maka pencuri itu pun dilepaskan.
Keesokkan
harinya, Abu Hurairah pergi mengadu hali itu. Pengalaman yang
dialaminya pada malam tadi sungguh luar biasa kerana seorang pencuri
mengajarnya kelebihan dan kegunaan ayat kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Nabi Muhammad. “Dia mengajarku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu dia saya lepaskan”, jawab Abu Hurairah.
“Kalimat apakah itu?”, tanya Nabi. Katanya, “Kalau
hendak tidur, bacalah ayat kursi dari awal hingga akhir. Dia berkata
lagi, “Jika engkau membacanya, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah
dan tidak akan didekati oleh syaitan hingga ke pagi hari.”
Gambar Hiasan |
Mendengar cerita Abu Hurairah itu, nabi berkata, ”Pencuri itu berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap berdusta.” Kemudian nabi bertanya pula, “Tahukah kamu siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu setiap malam itu?” “Tidak”, jawab Abu Hurairah. “Itulah syaitan.”
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)