Ya Rahman Ya Rahiim..
Jika tidak kerana kasihMu,
Nescaya tika ini lemasku di lautan kedukaan tak bertepi
Sesatku di lorong derita yang gelap penuh duri
Basah pipiku dibanjiri air mata yang tak henti bertamu
Tersungkur menyembah bumi tak bangkit kembali
Binasa diriku mengikut kata hati yang sengsara
Menyambut musibahMu kerana terasa begitu beratnya
Ya Rahman Ya Rahiim..
Kerana limpahan kasih dan rahmatMu..
aku bangkit dari sendu yang bertamu..
Bersujud ke hadratMu dengan kesyukuran
MusibahMu adalah tanda kasih sayangMu padaku
Menyuci karat-karat dosa yang sekian lama bertamu
Kembali belajar mencintaiMu
Setelah kualpa dek kemilau indahnya dunia
Yang palsu melalaikan ku dari mengingatiMu
Ya Rahman Ya Rahiim..
Kerana limpahan kasih dan rahmatMu..
Kau tumbuhkan dalam jiwaku redha dan sabar
Menerima qada’ dan qadarMu
Berpaut hanya padaMu
Mengadu hanya padaMu
Cukuplah Engkau, Ya Allah bagiku
Dalam musibahMu ada kemanisan
Dalam musibahMu aku kembali padaMu
Dalam musibahMu kukenali cintaMu yang agung….
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)