Minggu
cuti sekolah telah pun. Dalam kemeriahan pelajar
sekolah bercuti, tak ketinggalan juga bagi pasangan-pasangan yang akan
melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah ini. Mungkin dalam
sehari, akan ada dua atau tiga kenduri kahwin yang perlu dihadiri.
Adakalanya sehingga tidak termampu untuk memenuhi undangan yang
diterima. Namun, itulah kemeriahan yang terdapat dalam kalender setiap
kali musim cuti sekolah yang menjelma.
Akan
tetapi, dalam kemeriahan pasangan melangsungkan majlis perkahwinan,
janganlah terlalu berbelanja dengan berlebihan. Perlu diingat bahawa
Islam ada mengharuskan padanya hebahan mengenai perkahwinan, namun perlu
pada batasan dan had yang harus diikuti. Bermula dari aspek
perbelanjaan perkahwinan, jamuan makan sehingga ke perhiasan dan
keperluan buat pengantin itu sendiri, yang perlu distrategikan sebaiknya
agar tidak terkeluar dari kehendak syariat dan agama.
Gambar Hiasan |
Maka,
di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara berkaitan perkahwinan
yang kadang kala menjadi keraguan dan kemusykilan di hati bakal mempelai
di hari perkahwinan nanti. Iaitulah hal berkaitan persandingan yang
dibuat padanya pelamin untuk setiap pengantin baru. Walaupun bukan
semua, akan tetapi tetap ada. Persoalannya, adakah ianya bersesuaian
dengan hukum agama atau sebaliknya?
ADAT VS IBADAT
Tidak
dinafikan salah satu kemestian dalam perkahwinan masyarakat kita ialah
majlis persandingan di atas pelamin. Malah ramai yang beranggapan tidak
sempurna majlis perkahwinan tanpa majlis persandingan. Tidak meriah
majlis tersebut jika tiada pelamin yang cantik-cantik yang mengikut tema
pakaian pengantin.
Perlu
dijelaskan bahawa budaya bersanding tiada dalam Islam, ia budaya ikutan
daripada adat Melayu lama atau Hindu. Akan tetapi, jika masyarakat
Melayu masih mahu berpegang pada adat bersanding ini, adalah perlu
dipastikan bahawa ianya telah bebas dari bercanggah dengan syariat
Islam.
Sebenarnya
tidak ada cacat celanya kalau berkahwin tanpa bersanding. Ada juga yang
membuat pelamin di dalam bilik pengantin secara tertutup di hadapan
ahli keluarga sahaja. Ini kerana tujuan sebenar bersanding ialah
memperkenalkan pengantin lelaki dan pengantin perempuan kepada orang
ramai. Bukan untuk mempamerkan kecantikan dan kemewahan si pengantin itu
kepada khalayak.
BERSANDING YANG BERSYARIAT
Jika dinilai
pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin
lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma
jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang,
yang kemungkinan ada padanya unsur-unsur yang dilarang oleh agama, maka
itulah yang akan menyebabkan keharusan ini akan berubah hukumnya.
Untuk menjaga keharusan mengadakan persandingan ini, masyarakat sewajarnya memenuhi syarat-syarat tertentu antaranya:
1. Tidak membazir dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Dalilnya,
“Janganlah kamu membazir secara melampau” – Surah al-Isra’, ayat 26.
2. Tidak memperlihatkan aurat dan perhiasan kepada bukan mahram. Berhias untuk tujuan mempamerkan kecantikan kepada khalayak dengan berlebihan (tabarruj) juga adalah dilarang. Dalil hadis Nabi SAW dari Abdullah bin Mas’ud yang bermaksud,
“Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (membuat tattoo) dan yang meminta berbuat demikian, wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.” – Hadis Riwayat Muslim.
3. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa kawalan.
4. Tiada unsur khurafat. Contoh: adat merenjis, tepung tawar, menabur beras kunyit, dan sebagainya.
Gambar Hiasan |
JAGA SYARIAT DEMI KEBERKATAN
Berusahalah
untuk menjaga syariat agama walaupun pada saat bergelar raja sehari
untuk mengukir kenangan indah sekali seumur hidup. Hidup bersyariat
membawa keberkatan dalam alam rumah tangga.
Walau
apa jua yang bakal diperkatakan orang di sekeliling yang tidak memahami
urusan agama, namun kita perlu tetap berpegang teguh dengan syariat
yang lebih berhak diutamakan.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang telah bernikah, maka dia telah melengkapi separuh daripada agamanya dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi.” – Hadis Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim.
Wallahua’alam. Sekadar Perkongsian. Untuk peringatan semua dan diri sendiri.
bagus pesanan ni...ustaz bila lagi...
ReplyDeleteTidak memperlihatkan aurat dan perhiasan kepada bukan mahram. Berhias untuk tujuan mempamerkan kecantikan kepada khalayak dengan berlebihan (tabarruj) juga adalah dilarang. Dalil hadis Nabi SAW dari Abdullah bin Mas’ud yang bermaksud,
ReplyDelete“Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (membuat tattoo) dan yang meminta berbuat demikian, wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.” – Hadis Riwayat Muslim.
mcm mn pula, hukum membuat ukiran inai di tangan pengantin?
mohon pandngan...=)
@ilham
ReplyDeleteinsyaAllah akan menyusul... =)
@nur
ReplyDeletetq ats s0alan... jawapan:
1) perempuan yg nk pkai inai pd kdua2 tgn dan kaki - harus slgi x menimbulkn fitnah
2) kadar - terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali shja.
warna - tidak bersifat kekal
corak - dilarang melukis corak haiwan, lambang dewa atau apa jua gambaran yang bertentangan dgn syarak
3) lelaki - tak diharuskan kec pd sebilangan jari pengantin smsa perkahwinan dan utk perubatan.
rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak