Pada entri kali ini, saya nak kongsikan dengan pembaca satu video yang pada saya, begitu sesuai sekali dengan situasi guru pada masa sekarang. Saya amat bersetuju dengan keluhan dan rintihan yang diluahkan seorang guru (wakil NGO guru) terhadap bebanan tugas sebagai guru yang semakin berat dan banyak.
Kini, guru-guru dibebankan dengan karenah birokrasi dan penggunaan teknologi serta kaedah terkini, yang kononnya boleh meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Benarkah? Bagi saya sendiri sebagai seorang guru (baru menjadi guru), saya juga terasa situasi sedemikian. BEBANAN!

Cuba kita lihat, seorang guru itu perlu mempersiapkan diri untuk mengajar di dalam kelas. Dengan BBMnya, ringkasan mengajarnya dan pelbagai lagi. Namun semua itu kini seperti perlu diketepikan dan kadang-kala dianggap boleh dibuat 'last minute' kerana guru kini dibebani dengan PBS, KSSR dan sebagainya. Segala fail murid, lembaran kerja murid dan sebagainya perlu disiapkan segera. Takut-takut ada orang dari kementerian datang, periksa, tak lengkap, mesti akan dikenakan tindakan. Sehinggakan perkara-perkara sedemikian, mengatasi keutamaan pengajaran murid di dalam kelas.
Ini tidak termasuk dengan guru yang menjadi guru kelas. Dengan yuran muridnya, buku-buku muridnya, pendaftaran murid dan sebagainya. Bagi guru yang berjawatan di sekolah seperti Setiausaha Kokurikulum, Guru Data dan sebagainya, sudah semestinya lebih terasa kebebanan sebegini. Yang mana satu yang perlu diutamakan? Mahu tak mahu, satu perkara perlu dikorbankan. Dan kebanyakkan yang dikorbankan ialah mutu dan kualiti pengajaran di dalam kelas, kerana hendak menuruti birokrasi konsep dan model pihak berkenaan yang kadang-kala, guru sendiri tidak yakin akan kemampuan pelaksanaannya.

Saya tidak mahu menghuraikan lebih banyak. Anda boleh lihat video ini, dan mudah-mudahnya apa yang disuarakan, akan didengar dan diambil tindakan sewajarnya untuk kebaikan generasi kita yang akan datang.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)