Rumah tangga yang aman dan harmoni adalah menjadi impian setiap pasangan yang sudah berumahtangga. Akan tetapi, bagaimanakah caranya hendak mengekalkan keharmonian tersebut agar boleh bertahan lama? Ini antara petua-petuanya:
Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami
disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut
dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu
sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia

Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu
bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka

Pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah
bersama-sama ahli keluarga. Ini untuk merapatkan hubungan dan
kemesraan.
Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

No comments: