Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa di siang hari. Oleh itu, ingin saya kongsikan manual berpuasa untuk panduan pembaca sekalian. Mungkin adakalanya kita terlepas pandang atau terlupa atau sebagainya. Semoga kita dapat memperbaiki amalan puasa kita serta amalan-amalan lain agar diterima Allah SWT hendaknya, insyaAllah.
Ertinya:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang
boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam
matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2
Hijrah.
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa
Telah
melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan
bulan Sya’ban 30 hari.
Bukan
pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari
Syak (30hb Sya’ban).
Sekiranya
Memasukkan
benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau
lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
Bersetubuh
di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu
diwajibkan membayar kifarah).
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa,
maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa
yang sia-sia).
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
Jangan
bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya
matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Ibu yang
menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika
takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah
Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)