Ramai orang kadang kala tidak mampu menahan rasa mengantuk
kerana kemungkinan telah melakukan kerja-kerja berat, melakukan perkara yang
banyak menggunakan tenaga dan pemikiran, dan ada juga yang kurang mendapatkan
masa tidur yang cukup. Kesannya, banyak kes-kes kemalangan yang berlaku adalah
berpunca dari rasa mengantuk. Selain itu, tahap produktiviti negara juga
terjejas dan mengalami kerugian juga disebabkan masalah ketiduran. Sememangnya,
masalah ini telah memberikan kesan negatif kepada kualiti kerja. Diriwayatkan
dari Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang istigfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.”