✎ Halaman ✎

13 September 2012

Jangan Jadi Terlalu Baik!


Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tajuk entri ni, tapi kadang-kadang kita kena terima hakikat, dalam hidup ni jangan jadi terlalu baik. Sebab apa? Sebab nanti orang akan menjadi terlalu mengharapkan kebaikan yang ada pada kita. Kalau boleh, semua perkara nak diletakkan di bahu kita. Semua urusan kita yang kena buat. Sebab? Sebab kita terlalu baik!


Dalam dunia sekarang, kalau nak diikutkan, tidak boleh nak percayakan pada sesiapa. Seperti dalam skrip sebuah drama Korea yang saya tengok, ‘Hidup jangan percayakan pada orang lain. Hanya perlu percaya pada diri sendiri.’ Tapi bagi kita umat Islam, kita ada panduan. Kita ada Allah, kita ada Nabi Muhammad sebagai contoh dan kita ada al-Quran, Sunnah sebagai panduan. Jadi, yang itulah yang perlu kita ambil dan percaya. 

Dulu bolehlah nak bagi kepercayaan pada orang lain. Mungkin pada waktu itu, perasaan nak menjaga hubungan yang ada masih kuat. Tapi sekarang lain, kadang-kadang saudara sendiri pun boleh ‘makan’ saudaranya yang lain. Inikan pula kawan-kawan biasa yang langsung tiada pertalian keluarga.

Satu lagi masalah yang mungkin saya dan orang lain sedang hadapi sekarang. Orang akan berharap pada insan yang berstatus ‘ustaz, ustazah’ dan kadang-kadang, mereka menilai golongan ini terlalu tinggi. Macam ‘ustaz, ustazah’ ini terlalu baik. Cakap mesti kena sopan-santun. Atas meja, dalam kereta mesti kena ada al-Quran. Kalau dengar radio, mesti kena dengar lagu-lagu nasyid, dengar bacaan al-Quran dan macam-macam lagilah. Wah, hebatnya penangan status ‘ustaz, ustazah’ ni.


Kalau ‘ustaz, ustazah’ dengar lagu-lagu ‘jiwang karat’, mesti akan dengar suara-suara seperti ni, “Aiii, ustaz pun layan jiwang.” Kan? Kalau ‘ustaz, ustazah’ nak pergi main boling atau buat apa-apa yang agak lari dari kelayakan status tu, mesti akan diperli ‘sakan’. Setuju? Bagi saya, tak salah nak main boling atau buat apa-apa pun, yang penting jangan buat perkara yang Allah larang, itu saja. Contoh, kalau main boling, solat jangan tinggal, jangan bergaul bebas. Pendek kata, kita tak buat apa yang Allah larang, duduk di mana saja pun, mesti diri akan terjaga. InsyaAllah.

Kadang-kadang saya terfikir, perlukah untuk menjadi terlalu baik? Keluar rumah mesti kopiah di kepala, berbaju melayu, seluar slack. Bila bercakap, semua manis-manis saja. Jalan, tunduk sepanjang masa. Tak perlu rasanya. Cukuplah berkadaran saja. Kerana sekali kita buat salah, selamanya orang akan ingat kesalahan kita!

Kita jadi diri kita sendiri. Memang tak semua orang akan selesa berada di samping kita. Tak semua orang suka dengan kebaikan kita, apatah lagi dengan kesalahan yang kita lakukan, yang adakalanya ia bukan disengajakan. Namun, itulah hakikatnya, buat baik pun tak kena, buat tak baik, lagi tak kena.




Sekadar perkongsian dan peringatan bersama.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...

# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)