Dalam artikel saya kali ini, saya ingin memberikan serba
sedikit info mengenai fahaman Syiah, yang telah berjaya membentuk sebuah negara
iaitu di Iran dan merangkumi 60% daripada penduduk Iraq. Sesungguhnya fahaman
dan dakwah Syiah ini adalah suatu yang berbahaya dan perlu dipandang serius
oleh semua pihak.
Golongan Syiah ini telah berpecah kepada beberapa kelompok.
Antara kelompok terbesar ialah Syiah
Ja’fariyah/Imamiyah/Rafidhah (Imam Dua Belas), Syiah Zaidiyah dan Syiah
Ismailiyyah. Di Malaysia, muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah bersidang
pada 3 Mei 1996 telah menyatakan pengharaman kepada segala penerbitan,
penyebaran atau sebagainya yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
SIAPAKAH SYIAH?
Gelaran Syiah lazimnya ditujukan kepada setiap orang yang
setia (wala’) kepada ‘Ali bin Abi Thalib dan Ahl al-Baitnya radhiallahu ‘anhum,
sehingga ia menjadi nama gelaran yang khusus bagi mereka. (al-Fairuzabadi –
al-Qamus al-Muhith, ms. 735, seperti yang dikemukakan oleh Hafiz Firdaus dalam
bukunya ‘Jawapan Ahlu Sunnah kepada Syiah Rafidhah dalam persoalan Khalifah’)
Namun begitu, Syiah yang benar-benar kita (Ahlu Sunnah Wal
Jamaah) tolak ialah Syiah Rafidah. Iaitu golongan yang menolak kekhalifahan dan
keutamaan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman. Mereka juga menolak para imam daripada
keturunan Ahl al-Bait Rasulullah kerana mereka (para imam daripada keturunan
Ahlu Bait) juga mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman serta
mengutamakan mereka bertiga di atas ‘Ali bin Abi Thalib.
MENGAPA KITA MENOLAK SYIAH RAFIDHAH DAN IMAM DUA BELAS?
Mengapa kita menolak Syiaf Rafidhah? Jawapannya, kerana
Saidina Ali sendiri menolak mereka dan Nabi Muhammad juga telah mengingatkan
kita tentang golongan ini. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah
hadith yang direkodkan oleh Imam Ahmad dari Saidina Ali bin Abi Thalib, “Akan
muncul di umatku di akhir zaman nanti satu kaum yang bernama Rafidhah, mereka
menolak Islam.”
Bukan itu sahaja, mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka
menolak untuk beriman kepada Allah dan Rasul. Sepertimana yang dikatakan
sendiri oleh ulama mereka iaitu, Nikmatullahi al-Jazairi dalam bukunya al-Anwar
Nukmaniyah, “Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan mereka (Ahlu
Sunnah Wal Jamaah) tentang Allah, Nabi dan Imam. Disebabkan mereka mengatakan:
“Tuhan kami adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami Rafidhah tidak beriman pada tuhan itu dan Nabi yang tadi, kerana Rabb yang Nabinya Muhammad dan Khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah tuhan kami.” (Dr Abdul Rahim Ballouchiy)
Mengenai Imam Dua Belas, ianya bermula dengan Imam Ali bin
Abi Thalib sehingga Imam Abu Qasim Muhammad bin al-Hassan yang dikenali sebagai
Imam Mahdi di kalangan Syiah.
1 ‘Ali bin Abi Talib r.a. (23 sebelum Hijrah-40H). Mereka
memanggilnya sebagai ‘al-Murtada.
2 Al-Hasan bin ‘Ali r.ahuma. (2H-50H). Mereka menggelarnya
al-Mujtaba.
3 Al-Husain bin ‘Ali r.ahuma (3H-61H). Mereka menggelarnya
al-Syahid atau juga Sayyid al-Syuhada (penghulu para syuhada.
4 ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Husain (38H-95H). Dipanggil
al-Sajjad.
5 Muhammad bin ‘Ali (57H-114H). Dipanggil al-Baqir.
6 Ja’far bin Muhammad (83H-148H). Dipanggil al-Sadiq..
7 Musa bin Ja’far (128H-183H). Dipanggil al-Kazim.
8 ‘Ali bin Musa (148H-203H). Dipanggil al-Rida.
9 Muhammad bin ‘Ali (195H-220H). Dipanggil al-Jawwad.
10 ‘Ali bin Muhammad (212H-254H). Dipanggil al-Hadi. .
11 Al-Hasan bin ‘Ali, (332H-360H). Dipanggil al-‘Askari..
12 Muhammad ibn al-Hasan48 (256H- ) Mereka menganggapnya
sebagai al-Mahdi atau mereka mereka memanggil juga al-Mahdi al-Qaim bi
al-Hujjah. Dia sebenarnya meninggal semasa kecil ketika berumur 5 tahun pada
tahun 261H, namun mereka menganggap hilang bersembunyi dan akan muncul semula
sebagai al-Mahdi yang dijanjikan.
Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak pernah menafikan kewujudan dua
belas insan mulia tersebut. Tetapi yang membuatkan Ahlu Sunnah berhati-hati
ialah, apabila mereka memaksumkan 12 (sepatutnya 11, saya akan terangkan
kemudian) imam tersebut, dan membuat Dua Belas insan tersebut sebagai teori
Ahlu Bait mereka. Ali bin Husain bin Ali iaitu cucu Saidina Ali serta
keturunannya dengan tegas menolak pengiktirafan Imam oleh golongan Syiah. Ali
bin Husain dan keturunannya beritikad bahawa sistem Khalifah bercirikan
warisan, maksum, dan penentu syariat agama tidak pernah ditetapkan oleh Allah
dan Rasul. Disamping itu, mereka menjelaskan bahawa Saidina Umar, Abu Bakar dan
Uthman adalah Khalifah yang sah, dan mereka bertiga memiliki keutamaan dan
kemuliaan melebihi semua orang manakala mereka, (Ali bin Husain dan
keturunannya) hanyalah manusia biasa.
TEORI IMAM DUA BELAS
Benar-benar wujudkah Imam Dua Belas ini? Jawapannya tidak
wujud. Kerana teori Imam Dua Belas ini hanyalah dicipta oleh kelompok Syiah sendiri.
Insan-insan yang yang diletak oleh golongan Syiah ini wujud dan mereka adalah
insan yang mulia. Tetapi teori Imamiyah yang mereka cipta itu hanyalah
imaginasi mereka sendiri. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh mereka dalam satu
‘hadith’ (hadith ini tidak pernah ada dalam kitab-kitab hadith Ahlu Sunnah Wal
Jamaah) yang diriwayatkan dari Al-Kulaini dalam Al-Kaafi (2/18) dari Zurarah
dari Abu Ja’far, dia berkata:
“Islam dibangun di atas lima perkara:… shalat, zakat, haji, shaum dan wilayah (imamah)…” Zurarah berkata: “Aku katakan, mana yang paling utama?” Dia berkata: “Yang paling utama adalah wilayah.” (Rujuk Badzlul Majhud, 1/174).
Mereka memasukkan Saidina Ali, Hassan dan Husin sebagai
penguat kepada teori mereka. Sedangkan selepas kewafatan Hassan bin Ali menurut
sumber mereka sendiri bahawa syiah itu sendiri telah berpecah kepada 14 hingga
20 kumpulan (Rujuk Kajian Moojan Momen dalam bukunya ‘An Introduction to Shi’i
Islam: Sumber sekunder Hafiz Firdaus). Kalau benar sekalipun, keturunan Ali bin
Husain telah terhenti sehingga kepada Hassan bin Ali bin Muhammad bin Ja’afar
al-Askari. Ini disebabkan Al-askari tidak mempunyai anak.
Kerana terdesak untuk melengkapkan teori Imam Dua Belas.
Golongan Syiah ini telah membuat satu teori tambahan dengan mewujudkan seorang
lagi imam yang dikenali sebagai Imam Mahdi dengan meminjam iktikad Ahlu Sunnah
Wal Jamaah terhadap Imam Mahdi untuk melengkap Dua Belas Imam. Selain itu,
untuk menambahkan lagi keunikan teori ini, mereka mengatakan bahawa Imam Mahdi
ini ghaib dan akan muncul satu hari nanti.
Teori Imam Dua Belas ini diperkuatkan lagi dengan
memaksumkan kesemua mereka dari sebarang dosa dan mengetahui perkara-perkara
ghaib, persis seperti Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini dapat dilihat melalui
ungkapan Al-Khumaini (Khomeini),
“Kami bangga bahawa para imam kami adalah para imam yang maksum, mulai Ali bin Abu Thalib hingga Penyelamat Umat manusia Al-Imam Al-Mahdi, sang penguasa zaman -baginya dan bagi nenek moyangnya beribu-ribu penghormatan dan salam- yang dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa, dia hidup (pada saat ini) seraya mengawasi perkara-perkara yang ada.” (Rujuk Al-Washiyyah Al-Ilahiyyah, hal. 5, dinukil dari Firaq Mu’ashirah, 1/192)
Dakwaan para Dua Belas Imam sama taraf dengan Nabi juga
boleh dilihat dari ungkapan Muhammad Ridha al-Mudzaffar,
“Kami (Syi‘ah) percaya bahawa al-Imamah, seperti kenabian, tidak dapat wujud kecuali dengan nas Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui lisan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam atau lisan Imam rahimahullah yang diangkat dengan nas apabila dia akan menyampaikan dengan nas imam yang bertugas sesudahnya. Hukum (sifatnya) ketika itu sama dengan kenabian tanpa perbezaan. Oleh kerana itu manusia tidak memiliki wewenang menyangkut siapa yang ditetapkan Allah sebagai pemberi petunjuk dan pembimbing bagi seluruh manusia, sebagaimana mereka (manusia) tidak mempunyai hak untuk menetapkan, mencalonkan atau memilihnya. (Rujuk Al-Aqaid Imamiyah yang dikemukakan oleh Hafiz Firdaus dalam kertas kerjanya ‘Bahaya Syiah kepada Umat Islam’)
APA TINDAKAN KITA SELEPAS MENGETAHUI?
setelah mengetahui serba sedikit mengenai Syiah, kita perlu
lebih berhati-hati dalam kehidupan kita kerana dalam kehidupan ini, akan
sentiasa terdedah dengan perkara yang boleh menjejaskan akidah kita kepada
Allah SWT. Kita perlulah lebih peka kepada isu-isu seperti ini dan lebih
mempelajari ilmu pengetahuan, bukan sahaja dalam soal ibadah, atau lain-lain,
malah yang lebih penting ialah soal akidah.
Bagi pihak berwajib pula, haruslah menggunakan kuasa yang
ada untuk membenteras aktiviti ini. Seharusnya Fatwa yang dikeluarkan oleh
Jakim bahawa Syiah ini sesat, dijadikan panduan dan ‘lampu hijau’ untuk
melakukan tindakan terhadap setiap aktiviti yang mengundang kepada kerosakan
akidah kita sebagai umat Islam. Moga Allah memberi jalan dan petunjuk kepada
pihak yang bertanggungjawab.
Artikel ini telah diolah semula oleh penulis dari beberapa
sumber, jika terdapat kesilapan dalam memberikan fakta, minta diperbetulkan.
Terima kasih.
Sumber:
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/membendung-pengaruh-syiah-di-malaysia-1
http://www.yussamir.com/2009/02/diari-islam-ada-agenda-syiah.html
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...
# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)