✎ Halaman ✎

17 September 2012

Kenapa Mata Asyik Berkedip?


Masuk hari ini, sudah 4 hari mata sebelah kiri saya asyik berkedip. Saya yakin pembaca juga mesti pernah melalui situasi macam saya. Rimas kan? Kadang-kadang nak tumpu mengajar pun terganggu. Seingat saya, jarang mata saya berkedip seperti ni. Oleh itu, saya telah buat sedikit 'homework' berkenaan fenomena mata berkedip di internet. Macam-macam juga saya juga.

Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita. Dan ada juga yang cuba 'meramal masa depan' dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik. Kalau mata berkedip di sebelah kanan, akan dapat berita baik, durian runtuh dan sebagainya. Kalau mata berkedip di sebelah kiri, akan terjadi sesuatu perkara yang akan menyebabkan kita menangis. Apakah?

Bagi saya, saya tak mahu nak ambil berat sangat apa yang dikatakan mengenai masa depan kerana semuanya Allah dah tentukan. Kalau dah memang ditakdirkan Allah, kita mendapat khabaran yang baik, kita bersyukur. Dan sebaliknya, mendapat benda yang kurang baik, kita juga kenalah bersyukur dan bersabar. Semuanya ada hikmah yang tersendiri. =)

Di sini saya nak kongsikan dengan pembaca mengapa mata selalu berkedip, dari aspek sains, Mungkin ianya ada kaitan dengan diri kita, dan mungkin kita boleh mencegahnya. insyaAllah.


 
Eye twitching atau ‘Myokymia’ (saintifik) atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.


KENAPA MATA BERKEDIP-KEDIP?

Punca-punca terjadinya ‘eye twitching’ ini ialah:

1. Tekanan

Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.


2. Kelesuan

Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.


3. Ketegangan Mata

Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.


4. Kafein dan Alkohol

Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk Muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?




5. Kekeringan Mata

Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.


6. Ketidakseimbangan Nutrisi

Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.


7. Alergi

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching. 


Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan  mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.


SUMBER: truskemata.blogspot.com


Pada sesiapa yang mengalami fenomena seperti ini, usah terlalu memikirkan kata-kata orang lama. Takut-takut terpesong akidah kita dan boleh membawa kepada syirik. Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa memohon pada Allah SWT agar dijauhkan dari segala bencana dan bahaya. InsyaAllah.

Sekadar perkongsian. 

2 comments:

  1. tq for info..

    mata saya pun asyik berkedip aje- dah lebih 3 hari - gosok2 lagi kuat berkedip ( bhg bwh mata kanan) - saya duk pikir ada kejadian yg saya nak nangis niii.. :)

    anyhow - alhamdulillah info you sangat membantu..Syukran..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...

# Sebarang komen adalah amat dialu-alukan.
# Komen yang dihantar akan dibalas secepat mungkin.
# Terima kasih kerana sudi membaca di sini.
# Jangan lupa, datang lagi! =)