Masuk hari ini, sudah 4 hari mata sebelah kiri saya asyik berkedip. Saya yakin pembaca juga mesti pernah melalui situasi macam saya. Rimas kan? Kadang-kadang nak tumpu mengajar pun terganggu. Seingat saya, jarang mata saya berkedip seperti ni. Oleh itu, saya telah buat sedikit 'homework' berkenaan fenomena mata berkedip di internet. Macam-macam juga saya juga.
Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita. Dan ada juga yang cuba 'meramal masa depan' dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik. Kalau mata berkedip di sebelah kanan, akan dapat berita baik, durian runtuh dan sebagainya. Kalau mata berkedip di sebelah kiri, akan terjadi sesuatu perkara yang akan menyebabkan kita menangis. Apakah?
Bagi saya, saya tak mahu nak ambil berat sangat apa yang
dikatakan mengenai masa depan kerana semuanya Allah dah tentukan. Kalau dah memang ditakdirkan Allah, kita mendapat khabaran yang baik, kita bersyukur. Dan sebaliknya, mendapat benda yang kurang baik, kita juga kenalah bersyukur dan bersabar. Semuanya ada hikmah yang tersendiri. =)
Di sini saya nak kongsikan dengan pembaca mengapa mata selalu berkedip, dari aspek
sains, Mungkin ianya ada kaitan dengan diri kita, dan mungkin kita boleh mencegahnya. insyaAllah.
Eye twitching atau ‘Myokymia’ (saintifik) atau
dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga
yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian
otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah
dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah
berbanding bahagian atas.
KENAPA MATA BERKEDIP-KEDIP?
Punca-punca terjadinya ‘eye twitching’ ini ialah:
1. Tekanan
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan,
reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching
terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan
tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.
2. Kelesuan
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan
atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur
yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada
penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan
memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam
keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan
untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.
Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu
menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada
jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk
pengguna komputer.
4. Kafein dan Alkohol
Kebanyakan pakar percaya bahawa
mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye
twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk Muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?
5. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga
tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering
terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant
dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh
menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata
kering.
6. Ketidakseimbangan Nutrisi
Beberapa laporan mengatakan
kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching.
Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik.
Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila
rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.
7. Alergi
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan
mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut
digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin
boleh mengakibatkan eye twitching.
Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet
antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching.
Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat
doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.
SUMBER: truskemata.blogspot.com
Pada sesiapa yang mengalami fenomena seperti ini, usah
terlalu memikirkan kata-kata orang lama. Takut-takut terpesong akidah kita dan
boleh membawa kepada syirik. Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa
memohon pada Allah SWT agar dijauhkan dari segala bencana dan bahaya. InsyaAllah.
Sekadar perkongsian.
2 comments:
Tq for the info.
tq for info..
mata saya pun asyik berkedip aje- dah lebih 3 hari - gosok2 lagi kuat berkedip ( bhg bwh mata kanan) - saya duk pikir ada kejadian yg saya nak nangis niii.. :)
anyhow - alhamdulillah info you sangat membantu..Syukran..