05 September 2012

Petua Untuk Menjadi Pekerja Cemerlang

Petua untuk menjadi pekerja cemerlang. Jom baca dan amalkan, insyaAllah ada jalannya.



1. Buat muhasabah diri dan kaji untuk apa anda pergi ke tempat kerja setiap hari. Adakah semata-mata hanya kerana anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tidak kisah apa itu kecemerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja itu? Setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi malas, tidak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tidak ambil kisah, janji duit gaji masuk. 

Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu niat anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, prestasi kerja, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Dengan inisiatif anda sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu anda lakukan dalam bidang kerja anda. Misalnya, jika kawan sekerja anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. 
 
Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga anda tidak sedar masa berlalu.
 

3. Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang anda tunjuk rajin. Itu kerjaya anda dan katakan pada diri, bukan kawan-kawan anda yang bayar gaji anda. Untuk menjadi pekerja cemerlang, anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. 
 
Anda harus proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tetapi, rajin biar kena tempatnya, nanti anda akan dipergunakan.


4. Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Keupayaan komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji sikap rakan-rakan sekerja anda. 
 
Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu di mana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.
 

5. Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ilmu, sama ada teori atau praktikal. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. 
 
Dia menumpukan usaha pada perkara yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya cuba menguasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat. Minda anda lebih senang menangkap dan memahami apa yang anda pelajari jika anda tumpukan pada satu perkara dalam satu-satu masa.
 
 
SUMBER: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com