✎ Halaman ✎

31 January 2012

Untung Nikah Awal

Pada situasi sekarang, remaja, siswa siswi, pelajar sekolah, anak-anak, sering terdedah dengan keadaan sekeliling yang mampu menjuruskan seseorang ke arah yang tidak sihat. Gejala sosial, kes pembuangan bayi dan perkara yang sewaktu dengannya amat membimbangkan kita. Keadaan seperti ini akan menjadi lebih serius jika tidak diambil tindakan merawatnya dengan segera.

Gambar Hiasan
Sumber: Google Search

29 January 2012

10 Tips Menjadi Suami Cemerlang

Satu daripada ciri-ciri rumah tangga bahagia ialah kehadiran seorang suami yang cemerlang. Suami yang cemerlang adalah asas bagi rumah tangga yang bahagia. Suami yang cemerlang memiliki keupayaan untuk mendidika ahli-ahli dalam rumah tangganya ke arah kejayaan. Sesungguhnya suami yang cemerlang adalah idaman setiap wanita bergelar isteri.

28 January 2012

Petua Panjang Umur Dan Murah Rezeki

 
Bagaimana hendak panjang umur? Adakah dengan hanya menjaga pemakanan? Tidak boleh makan itu tidak boleh makan ini? Tiadakah cara yang lebih mudah untuk panjang umur? Murah rezeki pula bagaimana? 

Terapi Rindukan Si Dia

Tak dapat disangkal bahawa setiap insan pasti mahu menemui cinta. Sememangnya, apabila cinta sudah bertemu, pasti akan membuahkan kerinduan. Orang yang mencinta akan rindu kepada orang yang dicintainya.

Kerinduan kepada kekasih selalunya memberikan duka kerana kerinduan tersebut bukanlah suatu jalan halal untuk ditempuh. Maka, sebaik-baik jalan adalah jalan pernikahan. 

Gambar Hiasan

Tips Menghadapi Praktikum Untuk Bakal Guru


Dengan izin Allah SWT, bermula minggu depan, 30 Januari 2012, saya dan kawan-kawan di IPG Perlis akan menghadapi saat-saat genting sebagai pelajar maktab, iaitu saat praktikum atau dalam bahasa yang selalu disebut, praktikal. 


27 January 2012

Kisah Mimpi Dr Haron Din Bertemu Nabi Muhammad

Kini video kisah mimpi yang diceritakan dan dialami sendiri oleh seorang ulama' dan tokoh agama, Dr. Haron Din telah menjadi tontonan umum. Video tersebut disebarkan secara meluas di Facebook, mahupun di blog-blog. Mari ikuti video tersebut.





Atau Klik pada link ini [Video Youtube]

26 January 2012

Masalah Hanyalah Perencah


“Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah”
Kalaulah kita boleh selalu berfikir sebalik kepada sebalik, kita menjadi lebih kuat untuk mendepani apa juga cabaran dan dugaan. Masalahnya kita selalu melihat apa yang terlihat oleh kita, langsung tidak mahu menduga apa yang tersembunyi di sebaliknya.

Apabila Bangkai Terasa Nikmat

Ghibah adalah salah satu perbuatan keji yang mempunyai impak negatif. Benarlah pepatah yang mengatakan, “kerana lidah, badan binasa.” Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, 

“Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagiaan daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh sebab itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Hujurat ayat 12.

Salam Ukhwah




Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya maka dapat saya merealisasikan hasrat untuk berkomunikasi dengan sahabat-sahabat menerusi blog. Ini adalah satu satu wadah perjuangan saya dan sahabat-sahabat untuk sama-sama memartabatkan agama Islam menerusi penggunaan kemudahan kemodenan kini.
Semoga dengan usaha kita yang terlalu kecil dalam menjulang agama Allah di muka bumi ini, Allah akan selalu bersama kita dan memberkati perjuangan ini. Segala yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang enak dipandang mata hati itu, datangnya dari kedhoifan diri saya sendiri.
Sekian, terima kasih.
Rohisyam bin Abidin
Kampung Paya Burma, 
Jalan Kok Klang, Perlis.
26 Januari 2012