✎ Halaman ✎

31 December 2013

Cop Ulasan Guru

Sempena hari persekolahan yang bakal menjelang, semestinya guru-guru sibuk membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran bagi sesi yang baru. Tidak salah kalau guru-guru tingkatkan semangat murid-murid dengan memberikan dorongan kata-kata semangat melalui cop-cop ulasan guru di buku aktiviti mereka. 

Oleh itu, saya ada menjual cop ulasan guru yang menarik dan comel.

Keistimewaan cop ulasan guru ini:

❖ Memudahkan guru memberi penilaian kepada hasil kerja murid
❖ Kartun yang menarik dan comel
❖ Terdapat dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan tulisan Jawi
❖ Harga: RM 60 utk Semenanjung dan RM65 utk Sabah Sarawak, termasuk kos penghantaran

✎ Kawan-kawan yg berminat, boleh hubungi saya.. ٩(-̮̮̃•̃)۶


Whatsapp - 019 4489402
FACEBOOK - ROHISYAM BIN ABIDIN


Cop Ulasan Guru BAHASA INGGERIS

Cop Ulasan Guru TULISAN JAWI

Cop Ulasan Guru BAHASA ARAB

Cop Ulasan Guru BAHASA MELAYU

28 December 2013

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2014

Tarikh keluarnya gaji sememangnya tarikh yang sangat ditunggu-tunggu setiap bulan oleh orang yang bekerja. Jom kita tengok tarikh-tarikh keluarnya gaji untuk tahun 2014.


Bahagianya bila dah dapat gaji, tapi cepat saja duit tu habis. Simpanan sangat diperlukan untuk digunakan pada masa-masa kecemasan nanti. =)

23 December 2013

Manisnya Seorang Wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

18 December 2013

Kalendar Cuti Persekolahan 2014

Alhamdulillah, tirai tahun 2013 hampir dilabuhkan dan akan menyusul tahun baru 2014. Bagi anak-anak murid, cuti hujung tahun pun hampir dah nak habis. Bagaimana pengisian cuti tahun ini? Diharap masa yang terluang dapat diisi sebaiknya terutama dalam pelajaran bagi menghadapi sesi persekolahan tahun depan.

Di sini saya ingin kongsikan kalendar atau jadual cuti persekolah bagi tahun 2014. Rancanglah aktiviti yang berfaedah sempena cuti sekolah yang akan dilalui kelak. InsyaAllah... =)


10 November 2013

Bukti Kuasa Allah: Jenazah Sempurna

SEGAMAT – Sekumpulan ahli keluarga yang membantu kerja-kerja menggali semula Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini semalam terkejut apabila mereka menemui 12 jenazah termasuk seorang guru Al-Quran yang masih lagi sempurna.

08 November 2013

Rahsia Dan Kelebihan Ais

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

06 November 2013

Senarai Semak Puasa Sunat 1435H

Alhamdulillah kita telah masuk ke tahun baru 1435 Hijri. Bersempena dengan kedatangan tahun baru ini, marilah sama-sama kita tambahkan serta tingkatkan lagi amalan-amalan kita terutamanya amalan sunat bagi mengisi kelompangan dalam amalan-amalan wajib kita.

Di sini saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan sekalian senarai semak puasa sunat untuk tahun 1435H ini. Moga amalan kita diterima oleh Allah SWT hendaknya.

05 October 2013

Kisah Rasulullah Dan Limau

Sedang Rasulullah dan sahabat-sahabatnya duduk bersama, mereka telah didatangi seorang wanita kuffar. Lalu diberikan beberapa biji buah limau sebagai hadiah kepada Baginda dan para sahabat.

Sesiapa yang melihat pasti teringin untuk merasainya. Luaranya tampak elok dan sempurna. Baginda terus menikmatinya seulas demi seulas sambil diiringi lirikan senyuman di bibir Baginda. Para sahabat hanya memerhatikan dalam kehairanan.

04 July 2013

Dosa-dosa Dr. Muhammad Mursi

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang.

Berikut tulisan lengkapnya:

04 June 2013

Mencari Keberkatan Dalam Majlis Perkahwinan

Sudah menjadi satu rutin bagi kita masyarakat malaysia bila hampir sahaja musim cuti persekolahan pasti berderet-deret kad undangan walimatul urus yang diterima, kadang-kadang dalam satu hari ada dua atau tiga undangan yang perlu dihadiri. Sememangnya sebagaimana yang kita ketahui Perkahwinan itu adalah Sunnah, Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya.

28 May 2013

Berakhlaklah Kepada Ibu Bapa Kita

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi membaca dan berkongsi ilmu di blog saya ini. Terima kasih sudi melawat blog saya yang tak seberapa. Untuk entri kali ini, saya akan cuba menulis bagi menjawab satu persoalan yang telah ditanya kepada saya di Facebook oleh seorang sahabat saya mengenai isu seorang pelakon yang dikatakan telah derhaka kepada ibunya. Isu ini telah heboh dan hebat diperkatakan di media-media sekarang. Oleh kerana itu, saya ingin memberikan beberapa respon mengenai isu ini. 

Persoalan yang utama dari kisah ini ialah kebenaran cerita yang telah didedahkan kepada kita iaitu siapa yang salah dan siapa yang patut dipersalahkan? Jika mengikut cerita yang bermain di media-media, memang jelas bahawa pelakon tersebut yang bersalah dan telah mendapat reaksi pelbagai pihak yang mengatakan bahawa beliau boleh dilabel sebagai seorang anak yang derhaka kepada ibunya. 

Persoalan kedua ialah bagaimana isu ini diselesaikan? Jika dilihat dari laporan-laporan media, apa jua pendapat mahupun luahan yang ingin disampaikan, tidak kira sama ada dari pihak pelakon tersebut atau pihak ibunya, mereka menggunakan media yang sememangnya begitu mudah untuk disebarkan. Pertelingkahan antara kedua beranak ini menjadi satu isu besar apabila dimainkan di media-media seperti di Facebook dan blog-blog.

Respon saya dalam isu ini, sudah sememangnya seorang anak kepada ibunya, tak kisahlah siapa pun dia, pelakon, penerbit, pelajar, guru, ahli politik atau sebagainya, setinggi mana pun jawatan yang dipegang, semulia mana pun dia di pandangan orang, tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidak boleh diabaikan. Inikan pula berkenaan maruah dan air muka ibu bapa. Seorang anak sangat perlu menjaga tatacara akhlak supaya tidak memalukan ahli keluarga di khalayak masyarakat.

27 May 2013

Petua Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa

Assalamualaikum semua. Semoga semua ceria dan sihat sentiasa setiap hari. Kali ini saya ingin kongsikan satu petua yang saya ambil dari laman Facebook yang dikongsikan oleh 'sahabat' saya. Saya ingin berkongsi dengan pembaca juga berkenaan petua ini kerana saya sangat merasakan ianya berguna untuk kita terutama kaum lelaki yang akan dan telah bergelar bapa. =)

12 May 2013

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu. Dalam entri kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca sekalian tentang tips awal untuk para muslimah berhijrah kepada bertudung labuh. Tips ini saya dapat dari Facebook, hasil perkongsian rakan-rakan di Facebook. Jadi tak salah kiranya saya berkongsi tips tersebut di sini. 

Gambar Hiasan

28 April 2013

Fenomena Gwiyomi

Assalamualaikum semua. Harap semua dalam keadaan sihat hendaknya. Pernah dengar tentang 'Gwiyomi'? Mesti ramai di antara kita yang sudah sedia maklum tentang 'Gwiyomi' ni kan? Bagi sesiapa yang belum tahu atau tak sempat nak tengok video-video 'Gwiyomi' ni, meh saya nak kongsikan..

'Gwiyomi' dikenali melalui laman-laman sosial seperti Youtube, Facebook, blog-blog dan sebagainya yang mempromosikan gaya mimik penyanyi asalnya mengikut alunan lagu 'Gwiyomi' tersebut. Bagai cendawan tumbuh lepas hujan, berlambak video-video parodi yang meniru gaya 'Gwiyomi' ini. Bermacam-macam gaya ada. 

07 April 2013

Solat Istikharah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan buat Pemilik Semesta, Allah SWT kerana masih lagi memberi kita peluang untuk terus menikmati hidup sebagai seorang Islam dan bernafas di muka bumi-Nya. Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan pembaca berkenaan solat istikharah.

Bagi memudahkan pemahaman bersama, saya akan sertakan persoalan dan jawapan berkenaan permasalahan solat istikharah. Moga kita semua beroleh manfaat.


28 March 2013

Bicara Buat Pemimpin

Bukan nak kata, cuma nak habaq~

Kalau
1) nak orang sokong
2) nak orang ikut
3) nak orang hormat
4) nak orang tolong
5) banyak lagi...

= buatlah benda yang betul!

Jangan
1) rasuah
2) tipu orang tak ketahwan hala
3) khianat kat orang
4) makan duit orang lain lebih dari haknya
5) banyak lagi...

Perrgghh cakap memang senang kan?
Tapi tulah hakikatnya kalau nak jadi pemimpin
PEMIMPIN SEJATI!

14 March 2013

Bila Aku Kata...

yang lepas biarkan berlalu
yang penting masa depan
tak payah nak ungkit2 keburukan yg dulu
nanti duk baik2, last2 jd tak baik ~

hati kalu dah tak suka, habis diungkit yg tak baik
yg kdg2 tu, bukan salah kita,
dia habis canang satu dunia
semuanya salah kita!
padahal dia jgk terlibat sama k0t...
dan kdg2 sebab dia, kita yg nmpk bersalah~
haaiisshh~~

jangan la sebab satu kesalahan kita,
habis semua kebaikan kita
yg mungkin tak seberapa~
langsung tak nampak!

buatlah sekadar yg mampu
biar orang nampak apa yg kita buat
sekadar 'hanya di pinggiran'
tapi biar di sisi Allah
kita yg TERBAIK~

cuba nak ikhlaskan hati
buat sekadar yg termampu..

walaupun berat nak buat,
tapi aku akan tetap mencuba
dan terus mencuba~~

11 March 2013

Petua Tidur Nabi SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. 

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

03 March 2013

Isu Kesultanan Sulu Dan Sabah

Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).

Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. 

25 January 2013

Simbol Untuk Facebook Dan Blog

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua, simbol-simbol menarik untuk digunakan pada status-status di Facebook atau di blog. Simbol-simbol ini saya kumpulkan dari pelbagai sumber di blog-blog rakan yang lain. Minta halal lah yaa... =)

Cara menggunakan simbol ini cukup mudah, iaitu dengan copy-paste simbol yang anda sukai ke dalam status, komentar atau ruangan chatting Facebook. Beberapa simbol juga dapat digunakan untuk nama Facebook.

24 January 2013

Hakikat Seorang Teman

•• Jangan kau sangka temanmu yang sering menegurmu adalah orang yang paling bertaqwa.
•• Jangan kau fikir temanmu yang sering menasihatimu adalah manusia yang tak diuji.
•• Jangan kau ingat temanmu yang tegas kepada agama adalah manusia yang paling sempurna.

(´*•.¸¸.*´)
Hakikatnya !
(´*•.¸¸.*´).

¸.•- Dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya juga.
¸.•- Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga.
¸.•- Dan dia tegas dalam perkara agama kerana takut akan api neraka.
¸.•- Sahabatmu itu bukanlah Malaikat, Dia juga Manusia biasa.

*¨*•.¸☆♥♥☆¸.* ¨*
Maka, bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu mengajakmu masuk ke dalam syurga bersama-samanya...Insha Allah...


04 January 2013

Label Cuti Maulidur Rasul 2013

InsyaAllah tak lama lagi akan tiba hari lahir Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah SAW. Pada hari tersebut, seluruh sekolah di Malaysia akan bercuti. Oleh itu, guru yang hendak membuat label cuti di dalam Rancangan Pengajaran Harian sempena Maulidur Rasul tahun ini, boleh mengambil label yang saya kongsikan untuk manfaat bersama. Terima kasih.


01 January 2013

Buku Rekod Tasmik Sekolah Rendah

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin membuat promosi buku rekod tasmik Iqra' dan al-Quran j-QAF sekolah rendah. Kadungan buku ini ialah:

1) Panduan penggunaan buku rekod tasmik.
2) Sasaran bacaan murid sehingga khatam al-Quran pada tahun 6.
3) Senarai semak bacaan Iqra' (muka surat) dan al-Quran (surah).
4) Semak peringkat bacaan murid mengikut muka surat (untuk Iqra') dan nombor ayat (bagi al-Quran).
5) Penilaian Kem Bestari Solat dari tahun 1 hingga tahun 6.

Antara kelebihan menggunakan buku ini:

1) Guru boleh menilai tahap bacaan murid secara berterusan dari tahun 1 hingga tahun 6 dengan hanya menggunakan satu buku rekod tasmik sahaja.
2) Guru boleh mengenalpasti bacaan murid yang mampu khatam pada atau sebelum ke tahun 6. Jika murid tidak dapat mencapai sasaran, guru boleh mengambil tindakan selanjutnya bagi membolehkan murid berjaya khatam sebelum tamat persekolahan sekolah rendah.
3)  Murid dapat mengetahui bilangan ayat dalam sesebuah surah dan bilangan surah dalam al-Quran. Ini bagi memberikan semangat untuk mereka mengkhatamkan al-Quran seperti yang disasarkan.
4) Turut disertakan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis pilihan, kata-kata hikmah dan info berguna sebagai kata motivasi dan ilmu tambahan kepada murid.
5) Guru boleh menilai praktikal solat murid berpandukan item-item penilaian Kem Bestari Solat untuk tahun 1 hingga tahun 6.


# Turut dimuatkan panduan kawalan kelas dan aktiviti tambahan ketika melaksanakan proses tasmik.


Kulit Depan Buku Rekod Tasmik

Panduan Penggunaan Buku Rekod

Kandungan Buku Rekod

Item Penilaian Kem Bestari Solat (KBS)
# Mengandungi 72 muka surat.
# HARGA : RM 4.00 sebuah


Sesiapa yang berminat, boleh hubungi En. Rohisyam bin Abidin : 019-4489402
Atau di FACEBOOK : [LINK]