Dengan
nama Allah yang menjadikan segala makhluk sama ada di langit dan bumi,
serta menjadikan ilmu pengetahuan terbentang luas bagi dicari dan
dihayati makhluknya. Saya ingin membicarakan sedikit mengenai
permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita kini iaitu masalah
bacaan Basmallah di permulaan bacaan surah al-Fatihah ketika solat.
Adakah ianya termasuk dalam bid’ah yang ditegah? Adakah jika seseorang
membaca ‘Bismillah’ di permulaan al-Fatihah, akan terbatal solatnya,
ataukah sebaliknya?
Gambar Hiasan |
Di
sini saya akan memberikan hujah-hujah yang telah dikaji dan
diberikan oleh para mujtahid serta ilmuan Islam berkaitan bidang ini. Saya akan membawakan pendapat dari Imam kita yang empat iaitu Imam
Hanafi, Imam Syafie, Imam Hanbali serta Imam Maliki. Ianya akan
disertakan dengan dalil-dalil sama ada dari al-Quran dan as–Sunnah yang
telah dijadikan hujah bagi keempat-empat Imam muktabar ini.
Amatlah
diharapkan agar kita dapat menerima dan mengambil ilmu pengetahuan ini
secara profesional dan ilmiah. Saya bukanlah berniat untuk mencari
kesalahan atau kekurangan mana-mana mazhab, namun niatnya hanyalah untuk
berkongsi ilmu pengetahuan yang begitu luas ini.
Basmallah
bukan satu daripada surah al-Fatihah dan juga surah lain kecuali surah
an-Naml yang mengandungi al-Basmallah di dalamnya. Lihat hadis riwayat
Anas RA:
Tetapi
seseorang yang bersolat sendirian hendaklah membaca Basmallah di
permulaan al-Fatihah dengan suara yang rendah (tidak nyaring) dalam
setiap raka’at. Akan tetapi, imam tidak boleh membaca Basmallah (sama
ada kuat atau senyap, maksudnya tidak menyebut langsung) supaya tidak
berlaku sebarang bacaan diantara dua bacaan nyaring. Ibn Mas’ud berkata
bahawa empat perkara yang disembunyikan oleh imam iaitu al-Ta’awwudz
(A’uzubillah), al-Tasmiyah (Bismillah), a-Ta’min (sebutan amin) dan
al-Tahmid (Rabbana lakal hamdu). Hujah mereka berdasarkan surah
al-Muzammil ayat 20,
“… Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran… “
Ia
adalah perintah supaya membaca secara mutlak. Oleh itu, ia terlaksana
dengan sesuatu bacaan yang boleh disebut sebagai membaca al-Quran.
Menurut ijma’ ulama berdasarkan maksud ayat itu, bacaan al-Quran
bukanlah satu fardhu di luar solat, tetapi menjadi fardhu dalam solat.
Menurut
pendapat ulama Syafie, Basmallah ialah satu ayat daripada al-Fatihah.
Ini berdasarkan riwayat al-Bukhari dalam kitab Tarikh-nya bahawa Nabi
Muhammad SAW menghitung al-Fatihah dengan tujuh ayat dan menghitung
Basmallah sebagai satu ayat daripadanya. Al-Daruqutni meriwayatkan
daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Apabila kamu membaca Alhamdulillah, hendaklah kamu membaca ‘Bismillahirrahmanirrahim’. Ia adalah ummul-quran (ibu kepada al-Quran), Ummul-Kitab (ibu al-Kitab) dan tujuh al-Mathani (kunci), dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ salah satu ayat dalam Fatihah.” - Riwayat Ibn Abi Shaibah daripada Ibrahim al-Nakha'i
Para
sahabat telah menetapkannya dalam pengumpulan al-Quran, maka ini
menunjukkan ia adalah satu ayat daripada al-Fatihah. Jika dalam solat
Jahriyyah (bacaan secara kuat), maka hendaklah dibaca
‘Bismillahirrahmanirrahim’ dengan suara nyaring juga sebagaimana dibaca
semua ayat dalam Fatihah, berdasarkan riwayat Ibn ‘Abbas yang
bermaksud,
“Nabi Muhammad membaca ‘Bismillahirrahmanirrahim’ dengan nyaring.” - Nasb al-Rayah, Jil. 1, hlm 366.
Ini menunjukkan yang ia adalah sebagai satu ayat al-Quran. Justeru itu, cara membacanya sama seperti bacaan semua al-Fatihah.
Gambar Hiasan |
Menurut
ulama’ Maliki, ‘Bismillahirrahmanirrahim’ bukan satu ayat daripada
al-Quran. Oleh itu, tidak harus membacanya dalam solat fardhu sama ada
solat Jahriyyah (bacaan secara kuat) mahupun Sirriyyah (bacaan secara
perlahan) dan sama ada pada bacaan al-Fatihah atau bacaan surah lain.
Manakala
bagi ulama’ Hanbali, mereka berpendapat ‘Bismillahirrahmanirrahim’
adalah satu ayat daripada al-Fatihah, maka diwajibkan untuk membacanya
dalam solat. Tetapi pendapat mereka sama seperti pendapat ulama’ Hanafi
iaitu sebutan Basmallah tidak dinyaringkan.
Bagi saya, dalam permasalahan ‘ijtihad’ seperti ini, tidak perlu untuk
dijadikan sebarang pertikaian kerana ianya berkisar mengenai harus atau
afdal, bukannya wajib atau haram. Setiap pendapat dari mazhab ini ada
dalil dan hujah tersendiri berdasarkan pandangan masing-masing.
Sepertimana
Imam Syafie yang bersolat Subuh tanpa qunut ketika beliau melawat
Bahgdad, negeri di mana penduduknya berpegang pada mazhab Imam Abu
Hanifah. Ini kerana Imam Syafie mahu menghormati dan menjaga perasaan
mereka.
Sikap
ta’asub terhadap sesuatu mazhab dan menolak pendapat golongan yang lain
yang tidak sealiran dengan mereka dalam sesuatu masalah ijtihad seperti
ini bukanlah suatu perbuatan orang-orang yang cerdik pandai, tetapi ia
adalah perlakuan orang-orang yang jahil dan bersifat perkauman. Seperti
kata-kata Ibnu Jauzi (mazhab Hanbali) di dalam bukunya ‘Rahsia Yang
Terkawal’,
"Saya dapati di kalangan orang cerdik pandai, mereka melakukan sesuatu berdasarkan amalan orang awam. Apabila seorang yang bermazhab Hanbali bersembahyang di masjid golongan Syafie, dia akan mengikut mazhab itu, dan apabila seorang yang bermazhab Syafie bersembahyang di masjid golongan Hanbali dan dia biasanya menyaringkan bacaan 'Bismillah', dia akan mengikut mazhab Hanbali pula. Ini adalah masalah ijtihad, dan sifat terlalu ta’asub sekadar mengikut hawa nafsu hanya menyekat perkembangan ilmu."
Oleh
itu, saya ingin menyatakan, ikutlah apa yang menjadi pegangan. Ulama
Hanafi tidak membenarkan bacaan Basmallah ini, berbeza dengan ulama
Syafie yang mewajibkannya. Namun, pada ulama Hanbali dan Maliki, lebih
menjurus kepada Basmallah itu disenyapkan. Itu terpulang pada kita untuk
mengamalkannya kerana dalam setiap hujah, adanya dalil yang
digunapakai.
Gambar Hiasan |
Ini hanyalah perbincangan berbentuk ilmiah. Kepada Allah SWT jualah tempat kita berserah. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.
3 comments:
Salam. Admin, sy nak tanya. Kalau kita dah mandi wajib, tiba2 terasa was-was seolah ada anggota / kawasan yg belum kena air. Benda ni berlaku selepas selesai mandi wajib. Tpi taktahu dah rata air pada bhgian tersebut atau belum. Camne tu ?
Ustaz dlm isu 'ijtihad' kalu seorg ikut imam syafie dan dia tidak membaca basmalallah dlm fatihah mya. Adakah solatnya dikira batal atau tidak sah?
Assalamualaikom Ustaz, Dalam isu 'ijtihad' kalu seorg ikut imam syafie dan dia tidak membaca basmalallah dlm fatihah mya. Adakah solatnya dikira batal atau tidak sah?