12 April 2012

Kenapa Tsunami Tidak Berlaku?

Kelmarin (11 April 2012), gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh pada pukul 4.38 petang waktu Malaysia. Saiz gempa yang hampir menyamai gempa dalam Tragedi Acheh 2004 mencetuskan suasana panik seketika apabila 27 buah negara mengeluarkan amaran Tsunami.

Di Malaysia, gegaran tersebut dapat dirasai di bahagian Pantai Barat terutamanya di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Gempa bumi pertama itu turut disusuli dengan beberapa gempa bumi lain sehinggalah yang terakhir pada pukul 6.52 pagi tadi yang berukuran 5.5 skala Richter. Walau bagaimanapun, amaran Tsunami telah ditarik balik semalam.



Mungkin ramai yang kagum bercampur hairan mengapakah Tsunami tidak berlaku sedangkan gegarannya lebih kuat daripada Tragedi di Jepun tahun lalu dan hampir sama dengan Tragedi Acheh 2004? Pertama sekali, harus difahami bahawa Tsunami berlaku disebabkan penyesaran air yang berlaku akibat pergerakan plat-plat tektonik. Ada dua jenis pergerakan iaitu ke atas, ke bawah dan   pergerakan bersebelahan (side to side). Ia mencetuskan 3 orientasi utama iaitu Normal Fault, Reverse Fault dan Strike-Slip Fault. Sila rujuk gambar di bawah untuk memahami orientasi tersebut.

FaultTypesLG Kenapa Tsunami Tidak Berlaku?

Apabila plat bumi bergerak ke atas dan ke bawah, dan berlaku perubahan bentuk pada permukaan bumi (dalam dasar laut). Ia menyebabkan air laut bergerak, dan seterusnya menyebabkan tsunami. Gempa bumi kali ni, menurut Julie Dutton, Pakar Geofizik Amerika Syarikat, plat bumi bergerak secara bersebelahan (side to side), dengan orientasi Strike-slip Fault. Lalu, tiada perubahan bentuk berlaku pada permukaan bumi menyebabkan penyesaran air yang paling minimum berlaku ataupun hampir tiada. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk infografik di bawah.

ilustration2Bhow2Btsunami2Boccur Kenapa Tsunami Tidak Berlaku?

Sebelum ini, Malaysia hampir tidak pernah merasai apatah lagi mengalami gempa bumi. Kali ini, berjuta-juta rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman gempa bumi ini walaupun tiadakan kemalangan mahupun kerosakan dilaporkan. Mungkin ia satu peringatan daripada Allah buat hambanya yang sering terlupa, tanda cintaNya buat kita.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com