30 June 2012

Cerpen 'Hatiku Milikmu' Siri 2

Sambungan Dari Siri 1 --> Siri 1

‘’Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita dah janji?!’’ Banna melontarkan persoalan. 

‘’Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia. Tak sempat nak hantar mesej kat nta,’’ 

‘’Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok…’’ 

‘’Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya, katakan ana banyak assignment,’’ 



29 June 2012

Akhir EURO 2012: Siapa Juara?

Terjawab sudah siapa yang bakal melangkah ke slot terakhir mengisi tempat ke perlawanan akhir Euro2012 kali ini. Dengan kemenangan dramatik Itali ke atas Jerman awal pagi tadi, menjadikan perlawanan akhir kali ini seperti perlawanan ulangan di peringkat kumpulan, iaitu Itali yang akan bertemu Sepanyol. Siapa bakal juara?

Sepanyol selaku pemegang status Juara Piala Dunia 2010, berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan kemenangan ke atas pasukan Portugal menerusi penentuan sepakan penalti, 4-2. 




28 June 2012

Mengapa Yahudi Bijak?

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. 

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. 





27 June 2012

Cerpen 'Hatiku Milikmu' Siri 1

HATIKU MILIKMU



(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu.

Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila…

‘’Umar, kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..

‘’A’ah!’’ Umar mengangguk ringkas.

‘’Beli yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.

‘’Separuh harga?’’ acah Umar.

‘’Beres. Kau nak sekarang ke?’’

‘’Tak nak…’’ Umar acuh tak acuh.

‘’Cis, buang karen je!’’ bentak Fathil.

‘’Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?’’ Umar meragui.



26 June 2012

Bukan Rugi Kalau Senyum

Allah SWT  telah menganugerahkan setiap manusia di dunia ini dengan bibir yang cantik untuk dimanafaat oleh manusia.Namun ada juga yang tidak bersyukur sampai sanggup melakukan pembedahan untuk merubahnya. Senyum merupakan satu sedekah yang paling senang untuk di laksanakan. Melalui senyuman kita di kurniakan pahala. Senyuman juga membawa seribu makna antaranya senyum sinis, senyum mengoda, senyum yang diberikan dengan ikhlas serta senyuman yang di buat-buat dan banyak lagi.

Senyuman yang di berikan dengan ikhlas akan membuat sesorang itu terpegun dan berasa bahagia apabila melihatnya. Senyuman juga boleh meredakan orang yang sedang marah serta memberikan ketenangan. Orang yang sentiasa tersenyum membuat orang lain melihat ketenangan di raut wajahnya. Dengan senyuman juga membuat kita terhindar dari tekanan dan juga boleh membuat seseorang itu tampil dengan lebih menarik. 



Cerpen 'Hatiku Milikmu'

Bila saya tengok-tengok dalam koleksi novel yang saya simpan, ada tajuk 'Hatiku Milikmu'. Lama dah cerpen ini, tapi ingin saya kongsikan dengan pembaca tulisan cerpen yang baik dan banyak memberi manfaat. Tapi saya akan kongsikan mengikut siri-siri. Pembaca yang nak tahu kisah cerpen ini hingga akhirnya, kenalah tunggu setiap episod yang saya akan kongsikan, insyaAllah. =)



25 June 2012

Sistem Pendidikan Sekarang Bermasalah?

Saya ada terbaca status seseorang di Facebook yang mengatakan sistem pendidikan di sekolah-sekolah kini tidak sesuai dengan tahap penerimaan dan pemikiran murid-murid sekarang. Ini jelas dilihat di peringkat sekolah rendah lagi. Benarkah? Syukur kepada Allah kerana saya telah diberi peluang mengajar dalam 3 peringkat pengajian, di universiti, sekolah menengah dan rendah. Dapat juga saya timba ilmu dan pengalaman berharga di setiap peringkat pengajian tersebut.

Namun apabila disentuh sistem pendididikan di sekolah rendah menjadi masalah utama kepada pemikiran murid-murid, saya juga ingin membenarkannya kenyataan tersebut. Kenapa saya bersetuju dengan kenyataan itu? insyaAllah di sini saya akan menjelaskan beberapa perkara yang saya lihat dari kaca mata saya yang mungkin ada benarnya dan mungkin ada silapnya. Ini adalah pendapat peribadi saya. Jika pembaca ada pendapat yang lain, amat saya alu-alukan.



24 June 2012

Bersangka Baiklah Kepada Allah

Manusia.
Apabila ditimpa kesusahan yang sedikit, mulalah merungut dan menyalahkan takdir.
Apabila ditimpa kesusahan yang banyak, mulalah pula mempersoalkan Ilahi; mencari tempat untuk meluahkan rasa amarah dan tidak puas hati.
 



21 June 2012

Syaaban Bulan Istimewa

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.



20 June 2012

Tips Dan Panduan Temuduga SPP

Alhamdulillah selesai sudah pengajian saya di IPG Kampus Perlis sebagai seorang pelajar maktab. Setelah berjaya melalui saat-saat terindah pengajian di sana, di samping pengalaman praktikum yang amat berguna, saya juga telah mengharungi ketikanya peperiksaan demi peperiksaan yang pernah saya hadapi di universiti dulu. Syukur kepada Allah SWT kerana telah dipermudahkan segala urusan saya hingga ke saat ini. 

Namun, ada satu lagi peringkat yang perlu saya dan rakan-rakan seperjuangan hadapi iaitu sesi temuduga untuk lantikan ke DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Dulu masa mula-mula minta jawatan guru jQAF sudah ada sesi temuduga. Waktu itu mungkin baru lepas habis universiti, semangat dan yakin berucap itu masih ada. Tapi sekarang dah lama tinggalkan keadaan itu, terasa gugup pula. Aduh. Saya yakin ada di kalangan rakan-rakan juga yang merasai apa yang saya rasa. Oleh itu, ingin saya kongsikan di sini beberapa panduan atau tips untuk menghadapai temuduga SPP ini dengan jayanya, insyaAllah.




19 June 2012

Polemik Banjir Besar Zaman Nabi Nuh

Para ahli dan peneliti sejarah sepakat bahwa banjir besar yang terjadi di zaman Nabi Nuh benar-benar ada. Bahkan dalam berbagai agama dan kepercayaan, termasuk kebudayaan beberapa negara, menceritakan kisah banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh.

Perbezaan pendapat muncul seputar peristiwa tersebut. Setidaknya, ada dua hal yang hingga kini menjadi kontroversi. Pertama, benarkah banjir besar itu menenggelamkan seluruh dunia. Dan, kedua, apakah seluruh haiwan yang ada di muka bumi ini naik ke kapal Nabi Nuh AS.



Dajjal Keluar Lima Abad Lalu?

Percayakah anda bahawa Al-Masih Ad-Dajjal yang disebut-sebut oleh para ulama' Islam berdasarkan Hadis Nabi SAW, sudah pun keluar semenjak kira-kira lebih lima setengah abad lalu?

Seorang penulis Islam yang juga tokoh politik yang pernah menjadi senator, Almarhum Amaluddin Darus yakin bahawa Al-Masih Ad-Dajjal keluar menguasai seluruh manusia di dunia dan juga umat Islam tepat pada tanggal 20 Jamadil-Awwal 857 Hijriah atau bersamaan 29 Mei 1453.

Amaluddin Darus menegaskan keyakinannya itu pada tahun 1980 melalui sebuah buku yang diterbitkannya sendiri (Abad Enterprise) berjudul Impian Yahudi Menjelang Ajalnya.

Gambar Hiasan



18 June 2012

Faktor Memilih Pasangan

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. 



16 June 2012

Asal Wanita Dari Rusuk Lelaki?

Dalam sebuah hadis sohih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, 
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

Gambar Hiasan



Rajin VS Malas

Dalam kehidupan kita sebagai seorang insan, kita tidak akan terlepas dari melakukan sesuatu pekerjaan yang kadang kala mengundang rasa rajin dan malas. Perasaan ini akan menyebabkan kualiti sesuatu kerja itu sama ada bermutu tinggi atau sebaliknya. 

Jika kita rajin dan tekun melakukan tugas tersebut, maka hasilnya juga akan baik. Namun, jika kita melakukan sesuatu pekerjaan itu hanya untuk ‘melepaskan batuk di tangga’, dalam erti kata lain, malas, maka natijah kepada kualiti kerja adalah tidak memuaskan.

Gambar Hiasan



Ada Apa Dengan Resdung?

Resdung, antara penyakit yang paling ramai dihadapi di dunia. Setiap tahun, berjuta-juta orang dijangkiti penyakit ini. Saya sendiri tidak terkecuali. Sungguh, penyakit ini kadang-kala menyukarkan hidup saya dan saya percaya orang lain juga begitu. Pada waktu pagi, selalunya gejala bersin akan menyerang. Kemudian, akan berasa sakit kepala dan hidung akan berair. Sewaktu itu jugalah ia amat menguji kesabaran apabila berhadapan dengan tugas dan orang ramai.



14 June 2012

Cara Atasi Stres

Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.




09 June 2012

24 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.





03 June 2012

Sifat Sahabat Sejati

Sahabat merupakan orang yang rapat dengan seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai teman yang sentiasa ada untuk seseorang ketika dia senang mahupun sukar. Ramai orang yang mempunyai kawan, dan kawan yang diperoleh juga adalah ramai. Namun hanya sedikit orang yang mempunyai sahabat, teman yang sanggup berkorban apa saja demi sahabatnya itu. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com