10 July 2012

Bahaya Gastrik

Masyarakat selalu beranggapan apabila sakit atau senak perut, ia berkaitan dengan masalah gastrik, padahal ianya mungkin berkaitan penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti sakit ulu hati, apendiks dan ulser perut. Namun, langkah sebijaknya ialah membuat rawatan terbaik untuk memastikan seseorang itu mengidap penyakit gastrik atau sebaliknya.

Gambar Hiasan
Gastrik biasanya terhasil kesan daripada alkali yang terdapat dalam perut yang mana perut merupakan kawasan rembesan asid yang berfungsi untuk menghancurkan dan menyerap bahan-bahan makanan. Pada waktu yang sama, asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia. Apabila lapisan dalam perut semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik dan akhirnya menimbulkan keradangan.

Gastrik atau dalam bahasa perubatan, gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding perut yang berpunca daripada jankitan bacteria helicobacter pylori (H.pylori). Jika tidak dirawat dengan segera, gastrik ini boleh menjadi penyumbang utama kepada ulser perut dan juga penyakit-penyakit lain yang lebih serius.

Jika lambat dirawat, gastrik boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti ulser perut yang boleh mengakibatkan pendarahan. Pendarahan berlaku apabila ulser berkenaan menhakis diniding perut sehingga terkena pada saluran darah dan menyebabkan pengaliran darah ke dalam perut yang tidak terkawal.

Pendarahan di dalam perut memberi risiko tinggi kerana pengidap akan mengalami muntah darah, selain najis berwarna kehitaman. Pada tahap ini, rawatan endoscopi segera akan dijalankan untuk mengawal pendarahan dalam perut. Jika tidak dikawal secara endoscopi, pembedahan segera perlu dilakukan dengan segera. Malah, kemungkinan besar pengidapnya berisiko tinggi untuk mendapat kanser perut.

Walaupun pada peringkat awal gastrik tidak mengancam nyawa, tetapi jika tidak mendapat rawatan sewajarnya, ia boleh mengundang maut. Bagi mereka yang dijangkiti H.pylori, akan diberikan ubat antacid, iaitu sejenis ubat yang meneutralkan asid hidroklorik yang dirembeskan di dalam jus pencernaan perut.

Selain itu, beberapa ubat-ubatan lain juga boleh digunakan bagi mengurangkan keradangan gastrik seperti Proton Pump Inhibitor (PPI) dan H2 Receptor Antagonist.

Sedikit Maklumat Berkaitan Gastrik


PUNCA BERLAKU GASTRIK
  • Merokok
  • Minum minuman beralkohol
  • Tabiat pemakanan yang mengundang tekanan
  •  Gaya hidup yang tertekan mengundang tekanan
  • Pengambilan bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs)
  • Pengambilan minuman berkafien seperti kola, kopi dan kafein boleh bertindak seperti diuretik yang boleh menyebabkan pembuangan air berlebihan dan mengakibatkan badan kekurangan air dan garam

TANDA-TANDA GASTRIK
  • Sakit bahagian atas perut (ulu hati)
  • Terasa loya
  • Kurang selera makan (tanda kanser)
  • Berat badan menurun (tanda kanser)
  • Najis kehitaman atau berdarah (dijangkiti ulser perut)
  • Sendawa


NASIHAT UNTUK PENGHIDAP GASTRIK
  • Makan tidak terlalu gelojoh atau terlalu banyak bagi mengelakkan senak perut dan sebu.
  • Elakkan daripada makanan berminyak, berlemak, pedas, berempah dan masam.
  • Elakkan tabiat terus tidur selepas makan kerana boleh menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Elakkan makan sepanjang malam. Seeloknya tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Minum air secukupnya untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
  • Pengambilan sayur yang mencukupi.
  • Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti kuih muih, pencuci mulut dan minuman bergula.
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein.
  • Seeloknya ambil makanan tambahan seperti oak, susu masam (yogart).
  • Elakkan merokok (kalau boleh, jangan merokok).


Wallahu’alam. Sekadar perkongsian.



6 comments:

chenta abBy said...

assalammualaikum,,
sy nk mohon utk share mengenai gastrik nieh boleyh??

Administrator said...

@chenta abBy

wa'alaikumsalam..
bleh, silakan la share yee.. =)

Anonymous said...

apakah risiko untuk penyakit gastrik ? adakah penyakit ini akan mengundang peranakan kepada wanita?

Hairunissa Jopri said...

Assalamualaikum..time kasih ats info yg sgt berguna ini..sy jg slh seorang pesakit gastrik..sy cb ikhtiar dgn cara semulajadi.Alhamdulillah dgn izin Allah cukup berkesan buat sy..tambah lg produk yg sy ambil skang tgh ptomosi..lbh menjimatkn.jemput k blog sy utk melihat punca n cara atasi gastrik..
http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/02/masalah-gastrik.html?m=1

Nissa
0193584312

Sharifah BenYahya said...

Kalau tahap sesak nafas tu bahaya tak

Sharifah BenYahya said...

Kalau tahap sesak nafas tu bahaya tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com