Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tajuk entri ni, tapi
kadang-kadang kita kena terima hakikat, dalam hidup ni jangan jadi terlalu
baik. Sebab apa? Sebab nanti orang akan menjadi terlalu mengharapkan kebaikan
yang ada pada kita. Kalau boleh, semua perkara nak diletakkan di bahu kita. Semua
urusan kita yang kena buat. Sebab? Sebab kita terlalu baik!
Dalam dunia sekarang, kalau nak diikutkan, tidak boleh nak
percayakan pada sesiapa. Seperti dalam skrip sebuah drama Korea yang saya
tengok, ‘Hidup jangan percayakan pada orang lain. Hanya perlu percaya pada diri
sendiri.’ Tapi bagi kita umat Islam, kita ada panduan. Kita ada Allah, kita ada
Nabi Muhammad sebagai contoh dan kita ada al-Quran, Sunnah sebagai panduan. Jadi,
yang itulah yang perlu kita ambil dan percaya.
Dulu bolehlah nak bagi kepercayaan pada orang lain. Mungkin pada
waktu itu, perasaan nak menjaga hubungan yang ada masih kuat. Tapi sekarang
lain, kadang-kadang saudara sendiri pun boleh ‘makan’ saudaranya yang lain. Inikan
pula kawan-kawan biasa yang langsung tiada pertalian keluarga.
Satu lagi masalah yang mungkin saya dan orang lain sedang hadapi
sekarang. Orang akan berharap pada insan yang berstatus ‘ustaz, ustazah’ dan
kadang-kadang, mereka menilai golongan ini terlalu tinggi. Macam ‘ustaz, ustazah’
ini terlalu baik. Cakap mesti kena sopan-santun. Atas meja, dalam kereta mesti
kena ada al-Quran. Kalau dengar radio, mesti kena dengar lagu-lagu nasyid,
dengar bacaan al-Quran dan macam-macam lagilah. Wah, hebatnya penangan status ‘ustaz,
ustazah’ ni.
Kalau ‘ustaz, ustazah’ dengar lagu-lagu ‘jiwang karat’,
mesti akan dengar suara-suara seperti ni, “Aiii, ustaz pun layan jiwang.” Kan? Kalau
‘ustaz, ustazah’ nak pergi main boling atau buat apa-apa yang agak lari dari
kelayakan status tu, mesti akan diperli ‘sakan’. Setuju? Bagi saya, tak salah
nak main boling atau buat apa-apa pun, yang penting jangan buat perkara yang
Allah larang, itu saja. Contoh, kalau main boling, solat jangan tinggal, jangan
bergaul bebas. Pendek kata, kita tak buat apa yang Allah larang, duduk di mana
saja pun, mesti diri akan terjaga. InsyaAllah.
Kadang-kadang saya terfikir, perlukah untuk menjadi terlalu
baik? Keluar rumah mesti kopiah di kepala, berbaju melayu, seluar slack. Bila bercakap,
semua manis-manis saja. Jalan, tunduk sepanjang masa. Tak perlu rasanya. Cukuplah
berkadaran saja. Kerana sekali kita buat salah, selamanya orang akan ingat
kesalahan kita!
Kita jadi diri kita sendiri. Memang tak semua orang akan
selesa berada di samping kita. Tak semua orang suka dengan kebaikan kita,
apatah lagi dengan kesalahan yang kita lakukan, yang adakalanya ia bukan
disengajakan. Namun, itulah hakikatnya, buat baik pun tak kena, buat tak baik,
lagi tak kena.
Sekadar perkongsian dan peringatan bersama.
No comments: