28 March 2013

Bicara Buat Pemimpin

Bukan nak kata, cuma nak habaq~

Kalau
1) nak orang sokong
2) nak orang ikut
3) nak orang hormat
4) nak orang tolong
5) banyak lagi...

= buatlah benda yang betul!

Jangan
1) rasuah
2) tipu orang tak ketahwan hala
3) khianat kat orang
4) makan duit orang lain lebih dari haknya
5) banyak lagi...

Perrgghh cakap memang senang kan?
Tapi tulah hakikatnya kalau nak jadi pemimpin
PEMIMPIN SEJATI!



14 March 2013

Bila Aku Kata...

yang lepas biarkan berlalu
yang penting masa depan
tak payah nak ungkit2 keburukan yg dulu
nanti duk baik2, last2 jd tak baik ~

hati kalu dah tak suka, habis diungkit yg tak baik
yg kdg2 tu, bukan salah kita,
dia habis canang satu dunia
semuanya salah kita!
padahal dia jgk terlibat sama k0t...
dan kdg2 sebab dia, kita yg nmpk bersalah~
haaiisshh~~

jangan la sebab satu kesalahan kita,
habis semua kebaikan kita
yg mungkin tak seberapa~
langsung tak nampak!

buatlah sekadar yg mampu
biar orang nampak apa yg kita buat
sekadar 'hanya di pinggiran'
tapi biar di sisi Allah
kita yg TERBAIK~

cuba nak ikhlaskan hati
buat sekadar yg termampu..

walaupun berat nak buat,
tapi aku akan tetap mencuba
dan terus mencuba~~



11 March 2013

Petua Tidur Nabi SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. 

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.



03 March 2013

Isu Kesultanan Sulu Dan Sabah

Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).

Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com