Dalam
kehidupan kita sebagai seorang insan, kita tidak akan terlepas dari
melakukan sesuatu pekerjaan yang kadang kala mengundang rasa rajin dan
malas. Perasaan ini akan menyebabkan kualiti sesuatu kerja itu sama ada
bermutu tinggi atau sebaliknya.
Jika
kita rajin dan tekun melakukan tugas tersebut, maka hasilnya juga akan
baik. Namun, jika kita melakukan sesuatu pekerjaan itu hanya untuk
‘melepaskan batuk di tangga’, dalam erti kata lain, malas, maka natijah
kepada kualiti kerja adalah tidak memuaskan.
Gambar Hiasan |
Sudah
semestinya apabila kita diberikan sebarang amanah, hendak melakukan
yang terbaik bagi menyelesaikannya. Namun, jika sikap malas yang
bermahajalela dalam diri, sebarang impian menjadi yang terbaik, hanya
tinggal impian semata-mata.
Dalam
setiap solat, apabila berdoa, kita disarankan untuk berdoa kepada Allah
SWT untuk dihindarkan dari sikap malas. Namun, kenapa masih ada dalam
diri kita sikap sebegitu. Kadang-kala saya juga tidak terlepas dari siap
negative ini.
RAJIN BUAH KEBAHAGIAAN
Rajin
adalah suatu sikap yang bukan datangnya dibuat-buat. Malah sikap rajin
juga kadang-kala adalah sukar untuk dibentuk, bahkan sukar untuk
dilaksanakan. Namun, apabila hati yang tekun berusaha, berbekalkan sifat
ikhlas yang membenih di hati, adalah mampu untuk menghasilkan sikap
rajin yang ingin dicari.
Sesungguhnya
buah kepada sifat ikhlas juga adalah datangnya dari sikap rajin
melakukan sesuatu usaha untuk mencapai matlamat. Orang yang ikhlas
melakukan sesuatu kerana minat terhadap sesuatu yang diusahakan. Namun
yang mendorongnya menjadi rajin dan ikhlas ialah iman yang tinggi
terhadap Allah SWT.
Dan
apabila bersatunya sikap rajin yang ditanam dan dibenihkan dengan
keikhlasan di hati, maka kita akan beroleh hasil yang bukan semua orang
mampu mengecapinya iaitu kebahagiaan. Kebahagiaan ini merangkumi
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan adanya kerajinan dan
keikhlasan ini, akan lahirlah semua masyarakat yang harmoni dan mendapat
kejayaan di dunia dan akhirat.
CIRI-CIRI KERAJINAN SESEORANG
1. Melakukan ibadah secara istiqamah terutama perkara sunat
Seseorang
yang bersifat rajin semestinya tidak jemu-jemu untuk terus melakukan
amal ibadah. Tiada sikap malas dalam kamus hidupnya. Dan dia sentiasa
melakukan ibadah dengan penuh taqwa kepada Allah SWT secara istiqamah (berterusan) terutama dalam perkara-perkara sunat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Lakukanlah kerja atau amal yang kamu mampu, sesungguhnya sebaik-baik pekerjaan atau amal adalah istiqamah walaupun sedikit.” – Riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah.
2. Membuat sesuatu yang diamanahkan dengan tekun
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan atau kerja dengan tekun.”
Tekun
di sini bermaksud bersungguh-sungguh. Apabila kita tekun melakukan
sesuatu tugas, tidak hairanlah apabila hasil yang diperoleh juga
memuaskan hati. Contohnya apabila kita melakukan tugasan yang diberikan
tidak kira sama ada di pusat pengajian mahupun di tempat kerja, dengan
tekun dan penuh usaha, dengan tidak ‘curi tulang’ mahupun selalu
bertangguh, maka kita akan berasa puas dengan apa yang diusahakan. Dan
ingatlah pesan Nabi Muhammad, Allah suka pada orang yang tekun melakukan
tugas yang diberikan.
3. Tidak terpengaruh dengan pujian atau penghinaan orang lain terhadap usahanya
Saya
pernah terkesan dengan satu kata-kata, ‘orang yang ikhlas tidak akan
terkesan dengan pujian atau cacian’. Sememangnya kata-kata ini selalu
saya pegang dalam usaha membentuk keikhlasan di hati dalam melaksanakan
tugas berdasarkan kemampuan saya.
Maka,
sahabat saya yang lain juga boleh menjadikan kata-kata perangsang untuk
membina kekuatan dalam diri bagi menjadikan hati terus bersifat rajin
dan ikhlas. Dan ingatlah, usaha kita yang walaupun hanya sedikit, tidak
mengharapkan upah atau ganjaran, dan jika diberikan sekalipun, usahlah
kita pertikaikannya.
MALAS PENYAKIT HATI
Sifat
malas ialah kesan daripada sikap tidak ikhlas dalam apa yang
diamanahkan kepadanya. Umat Islam diminta supaya menjauhkan diri
daripada sifat itu kerana sifat tersebut adalah salah satu penyakit hati
yang ada kalanya sukar untuk diubati melainkan dengan berdoa dan
berusaha untuk berubah.
Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita suatu doa untuk menghindarkan diri dari sikap malas ini, iaitu
“Ya Allah, aku mohon perlindungan Engkau daripada sifat lemah dan malas.”
Sifat
malas dalam bahasa Arab ialah kasal. Mereka yang malas adalah termasuk
dalah sifat riyak. Riyak ini termasuklah dalam soal ibadah sampailah
dalam soal kemasyarakatan. Sifat ini dikeji oleh Allah SWT dan RasulNya
malah manusia sendiri tidak menyukainya.
CIRI-CIRI SIFAT MALAS
1. Rajin ketika ramai, malas ketika bersendirian
Inilah
yang dikatakan sebagai sifat riyak. Apabila ramai orang yang melihat,
dia menjadi rajin dan tekun melakukan kerja, tetapi apabila
bersendirian, dia sudah mula malas untuk berusaha menyelesaikan tugas
tersebut. Nabi Muhammad SAW pernah menyebut berkenaan soal ini seperti
dalam sebuah hadis yang bermaksud,
Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata, Rasulullah bersabda, “Orang yang riyak memiliki beberapa ciri, malas jka sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin ghairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”
2. Bekerja untuk kepentingan diri sendiri
Orang
yang malas sentiasa merasakan setiap tugasnya adalah hanya untuk
dirinya sahaja. Dia tidak memikirkan kepentingan orang lain. Yang
penting, tugasnya siap dan tiada lagi kerja lain yang perlu
dilakukannya. Sikap seperti inilah yang boleh menjejaskan kualiti nilai
kerja seseorang.
Kita
sering melihat, apabila adanya orang sebegini, selalunya nilai kerjanya
tidak memuaskan. Dan adakalanya tidak dapat disiapkan dalam suatu
tempoh yang ditentukan. Hal ini kerana adanya sikap malas dalam diri.
Yang selalunya hanya menyusahkan orang lain.
Gambar Hiasan |
3. Tidak ada matlamat dalam hidupnya
Hidup
ini perlu mempunyai matlamat yang dilandasi syariat dan nilai-nilai
Islam. Apabila tiadanya matlamat yang ingin dicapai, maka tiadalah
sebarang usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Lihatlah pada
burung-burung dan ambillah iktibar darinya. Mereka sanggup terbang ke
sana ke mari, yang di sana terdapat pelbagai kesusahan dan kepayahan.
Namun
dengan adanya matlamat untuk mencari makanan buat alas perut baginya
dan bagi anak-anaknya, burung-burung tersebut sanggup bersusah payah dan
berkorban dengan segala kudrat yang telah dikurniakan Allah padanya.
Hayatilah pada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Aku takut apa yang menakutkan bakal berlaku kepada umatku, besar perut (kuat makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan.” – Riwayat al-Daruqutni dan al-Dailani.
Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat. Sekadar perkongsian.
Wallahua’alam.
pensil-tekan.blogspot.com
3 comments:
Rajin!
Malas kadang jadi penyakit, pegang hp mau sholat aja ntar ntaran. Hehehehe
Oh ya...
Buat para blogger, ayo gunakan aplikasi penghasil uang dengan sistem afiliasi. Bisnis afiliasi adalah bisnis yang wajib diikuti setiap blogger. Ada banyak sekali komisi yang bisa didapat dari aplikasi ini. Produknya dibutuhkan setiap hari. Tinggal gunakan aplikasinya secara rutin, dan ajak temanmu, maka komisi siap ditransfer ke kamu.
Untuk lihat detailnya ada di blog saya.