Semoga tahun baru akan memberi lebih bahagia dan makna buat kita semua
31 December 2012
15 November 2012
Faedah-Faedah Solat
Solat yang dilakukan akan
menggugurkan dosa seseorang. Imam Muslim meriwayatkan, nabi bersabda,
“Solat yang lima menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki.”
Dalam riwayat
yang lain oleh Imam Muslim, nabi bersabda,
“Solat menghapuskan dosa yang berlaku di antara satu solat dengan satu yang lain melainkan dosa-dosa besar.”
Kategori:
Soal Ibadah
14 November 2012
Hijrah Muslim Sejati
Bersempena
dengan kedatangan tahun baru Hijrah 1434 ini, mungkin ramai di kalangan
kita yang telah menanamkan pelbagai azam. Ada yang ingin menjadi
seorang yang lebih baik dalam pekerjaan, ada yang ingin lebih berjaya
dalam pelajaran dan ada juga yang akan melangsungkan perkahwinan pada
tahun baru ini. Namun adakah kita sedar, perkara paling penting untuk
kita lakukan di tahun baru Islam ini ialah sentiasa berubah menjadi
seorang Muslim yang lebih baik, dengan sentiasa meningkatkan ketaqwaan
kepada Allah SWT di samping menonjolkan keperibadian contoh sesama
masyarakat.
Gambar Hiasan |
Kategori:
Bicara Agama
10 November 2012
Guru Bukan Robot
Pada entri kali ini, saya nak kongsikan dengan pembaca satu video yang pada saya, begitu sesuai sekali dengan situasi guru pada masa sekarang. Saya amat bersetuju dengan keluhan dan rintihan yang diluahkan seorang guru (wakil NGO guru) terhadap bebanan tugas sebagai guru yang semakin berat dan banyak.
Kini, guru-guru dibebankan dengan karenah birokrasi dan penggunaan teknologi serta kaedah terkini, yang kononnya boleh meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Benarkah? Bagi saya sendiri sebagai seorang guru (baru menjadi guru), saya juga terasa situasi sedemikian. BEBANAN!
Kini, guru-guru dibebankan dengan karenah birokrasi dan penggunaan teknologi serta kaedah terkini, yang kononnya boleh meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Benarkah? Bagi saya sendiri sebagai seorang guru (baru menjadi guru), saya juga terasa situasi sedemikian. BEBANAN!
Kategori:
Tinta Admin
09 November 2012
Pesanan Buat Bakal Pengantin
Minggu
cuti sekolah telah pun. Dalam kemeriahan pelajar
sekolah bercuti, tak ketinggalan juga bagi pasangan-pasangan yang akan
melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah ini. Mungkin dalam
sehari, akan ada dua atau tiga kenduri kahwin yang perlu dihadiri.
Adakalanya sehingga tidak termampu untuk memenuhi undangan yang
diterima. Namun, itulah kemeriahan yang terdapat dalam kalender setiap
kali musim cuti sekolah yang menjelma.
Akan
tetapi, dalam kemeriahan pasangan melangsungkan majlis perkahwinan,
janganlah terlalu berbelanja dengan berlebihan. Perlu diingat bahawa
Islam ada mengharuskan padanya hebahan mengenai perkahwinan, namun perlu
pada batasan dan had yang harus diikuti. Bermula dari aspek
perbelanjaan perkahwinan, jamuan makan sehingga ke perhiasan dan
keperluan buat pengantin itu sendiri, yang perlu distrategikan sebaiknya
agar tidak terkeluar dari kehendak syariat dan agama.
Gambar Hiasan |
Kategori:
Cinta Dan Keluarga
27 October 2012
Allah SWT Menolak Satu Doa Rasullullah SAW
'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa:
"Satu Rasulullah
s.a.w. telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke
dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat
bersama dengan
Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah SWT. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada
Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.
1. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.
2. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah SWT.
3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini keadaan yang ingin kita lihat?
Kategori:
Kisah Dan Tauladan
Buat Sahabatku Yang Telah Pergi
Tanggal 26 Oktober 2012 tepat jam 3.28 petang, seorang
sahabat baikku, telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Sungguh
tidak disangka, begitu cepat Allah memanggilnya pulang ke sisiNya. Perkhabaran yang
diterima sungguh mengejutkan. Tidak terduga!
Namun, semua itu sudah tertulis sejak dari azali, bahawa
hayatnya bersama keluarga, kawan-kawan, sekadar ketika itu sahaja. Tiada apa
yang boleh ditangisi, hanya doa yang dapat dihadiahi buatnya di sana, agar
tenang, aman dan sejahtera, bersama para solehin.
Kau Sahabat Sejati |
Kategori:
Tinta Admin
10 October 2012
Petua Agar Rumahtangga Anda Boleh Tahan Lama
Rumah tangga yang aman dan harmoni adalah menjadi impian setiap pasangan yang sudah berumahtangga. Akan tetapi, bagaimanakah caranya hendak mengekalkan keharmonian tersebut agar boleh bertahan lama? Ini antara petua-petuanya:
Kategori:
Koleksi Petua
Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa
besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini
kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga,
dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak,
aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun
kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah
dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Kategori:
Rehatkan Minda
27 September 2012
Kami Cinta Kamu
Subhanallah, amat tersentuh hati saya apabila melihatkan
pelbagai respon dari masyarakat dunia dan umat Islam apabila keperibadian Nabi
Muhammad SAW dipermainkan dan dihina sedemikian rupa. Di seluruh Negara,
termasuk di Malaysia sendiri, umat Islam bersatu padu menentang dan menyuarakan
rasa tidak puas hati atas tindakan golongan yang telah menyiarkan filem
berunsur penghinaan ke atas Nabi Muhammad, ‘The Innocence of Muslims’ dan
penerbitan karikatur lakaran yang menjatuhkan martabat seorang nabi yang begitu
agung bagi kita umat Islam.
Jujur, saya sendiri seperti ingin turut serta, berjalan,
menjerit mengutuk tindakan mereka, membakar bendera Negara mereka, dan membuat
apa saja yang boleh meleraikan perasaan marah terhadap perbuatan mereka. Namun,
apakan daya. Diri ini tidak berupaya melakukan sedemikian dek kekangan
kekentalan dan ketabahan dalam diri yang lemah untuk melaluinya.
Oleh kerana itu, semenjak difikirkan apakah tindakan terbaik
untuk saya turut serta, sekurang-kurangnya berusaha menyuarakan rasa cinta
kepada Rasulullah, adalah dengan medium blog ini. InsyaAllah semoga apa yang
saya akan kongsikan, akan memberikan manfaat dan menambahkan kecintaan kita
terhadap Nabi Muhammad SAW, seterusnya kepada agama Islam itu sendiri.
Kategori:
Isu Semasa
24 September 2012
Petanda Dia Adalah Jodoh Kita
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh
kita.
Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba
perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan
dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang
berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup
kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Kategori:
Cinta Dan Keluarga
22 September 2012
Apa Yang Kita Bawa Selepas Mati?
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Kategori:
Tazkirah
17 September 2012
Kenapa Mata Asyik Berkedip?
Masuk hari ini, sudah 4 hari mata sebelah kiri saya asyik berkedip. Saya yakin pembaca juga mesti pernah melalui situasi macam saya. Rimas kan? Kadang-kadang nak tumpu mengajar pun terganggu. Seingat saya, jarang mata saya berkedip seperti ni. Oleh itu, saya telah buat sedikit 'homework' berkenaan fenomena mata berkedip di internet. Macam-macam juga saya juga.
Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita. Dan ada juga yang cuba 'meramal masa depan' dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik. Kalau mata berkedip di sebelah kanan, akan dapat berita baik, durian runtuh dan sebagainya. Kalau mata berkedip di sebelah kiri, akan terjadi sesuatu perkara yang akan menyebabkan kita menangis. Apakah?
Bagi saya, saya tak mahu nak ambil berat sangat apa yang
dikatakan mengenai masa depan kerana semuanya Allah dah tentukan. Kalau dah memang ditakdirkan Allah, kita mendapat khabaran yang baik, kita bersyukur. Dan sebaliknya, mendapat benda yang kurang baik, kita juga kenalah bersyukur dan bersabar. Semuanya ada hikmah yang tersendiri. =)
Di sini saya nak kongsikan dengan pembaca mengapa mata selalu berkedip, dari aspek
sains, Mungkin ianya ada kaitan dengan diri kita, dan mungkin kita boleh mencegahnya. insyaAllah.
Kategori:
Kesihatan Diri
13 September 2012
Jangan Jadi Terlalu Baik!
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tajuk entri ni, tapi
kadang-kadang kita kena terima hakikat, dalam hidup ni jangan jadi terlalu
baik. Sebab apa? Sebab nanti orang akan menjadi terlalu mengharapkan kebaikan
yang ada pada kita. Kalau boleh, semua perkara nak diletakkan di bahu kita. Semua
urusan kita yang kena buat. Sebab? Sebab kita terlalu baik!
Kategori:
Tazkirah
10 September 2012
Siapakah Syiah?
Dalam artikel saya kali ini, saya ingin memberikan serba
sedikit info mengenai fahaman Syiah, yang telah berjaya membentuk sebuah negara
iaitu di Iran dan merangkumi 60% daripada penduduk Iraq. Sesungguhnya fahaman
dan dakwah Syiah ini adalah suatu yang berbahaya dan perlu dipandang serius
oleh semua pihak.
Golongan Syiah ini telah berpecah kepada beberapa kelompok.
Antara kelompok terbesar ialah Syiah
Ja’fariyah/Imamiyah/Rafidhah (Imam Dua Belas), Syiah Zaidiyah dan Syiah
Ismailiyyah. Di Malaysia, muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah bersidang
pada 3 Mei 1996 telah menyatakan pengharaman kepada segala penerbitan,
penyebaran atau sebagainya yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Kategori:
Isu Semasa
05 September 2012
Petua Untuk Menjadi Pekerja Cemerlang
Petua untuk menjadi pekerja cemerlang. Jom baca dan amalkan, insyaAllah ada jalannya.
1. Buat muhasabah diri dan kaji untuk apa anda
pergi ke tempat kerja setiap hari. Adakah semata-mata hanya kerana anda
dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tidak kisah apa itu kecemerlangan
dalam kerjaya) atau minat pada bidang
kerja itu? Setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi
malas, tidak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tidak
ambil kisah, janji duit gaji masuk.
Namun, ada juga yang menjadikan
tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu niat anda, yang lain
akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti,
prestasi kerja, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi
cemerlang dalam kerjaya.
Kategori:
Koleksi Petua
26 August 2012
Faedah Tidur Terhadap Kesihatan
Ramai orang kadang kala tidak mampu menahan rasa mengantuk
kerana kemungkinan telah melakukan kerja-kerja berat, melakukan perkara yang
banyak menggunakan tenaga dan pemikiran, dan ada juga yang kurang mendapatkan
masa tidur yang cukup. Kesannya, banyak kes-kes kemalangan yang berlaku adalah
berpunca dari rasa mengantuk. Selain itu, tahap produktiviti negara juga
terjejas dan mengalami kerugian juga disebabkan masalah ketiduran. Sememangnya,
masalah ini telah memberikan kesan negatif kepada kualiti kerja. Diriwayatkan
dari Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang istigfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.”
Kategori:
Kesihatan Diri
17 August 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
Saya mengambil kesempatan ini, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin kepada:-
Kedua ibubapa saya, kaum keluarga sama ada yang dekat mahupun yang jauh.
Rakan-rakan dan guru SK Batu Bertangkup, Perlis (1994-1999)
Rakan-rakan dan guru SMK Agama Arau, Perlis (2000-2004)
Rakan-rakan dan pensyarah di Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan (2005-2007)
Rakan-rakan dan pensyarah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2007-2010)
Rakan-rakan dan pensyarah di IPG Kampus Perlis (2011-2012)
Anak-anak didik dan rakan-rakan guru di SK Batu Bertangkup, SK Pdg Besar (U), SK Felda Mata Ayer, SK Sena dan SK Guar Nangka, Perlis.
Serta buat bekas anak didik di UiTM Arau, Perlis (2010).
Semoga kalian bahagia dan ceria di hari yang mulia ini. insyaAllah.
Kategori:
Tinta Admin
Adab-Adab Di Hari Raya
Kita merayakan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan selepas
sebulan berpuasa. Kegembiraan yang kita kecapi ini harus dimulakan dengan
adab-adab seperti yang disunatkan oleh Rasulullah SAW.
Membersihkan Diri
Langkah untuk memastikan kita berada dalam keadaan bersih
dan kemas pada pagi hari raya ialah dengan melakukan amalan sunat seperti
memperkemaskan misai, janggut, bulu ari-ari, memotong kuku dan bersugi. Disunatkan
juga mandi pada pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat
untuk solat Aidilfitri.
Ali bin Abi Talib ra pernah ditanya mengenai mandi, adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab, “Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” (Riwayat al-Dailami).
Kategori:
Rehatkan Minda
16 August 2012
Malaikat Di Rumah
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.
Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?
Kategori:
Cinta Dan Keluarga
12 August 2012
Cinta Jarak Jauh Tidak Boleh Dipercayai?
Ada sesetengah orang sangat tidak percaya kepada cinta jarak
jauh ini. Ditambah pula dengan perkongsian pengalaman oleh mereka yang kecewa
dengan cinta jarak jauh, menyebabkan percintaan jenis ini sukar dipercayai oleh
sesetengah orang.
Alasan mereka, sukar untuk mempercayai antara satu sama lain
apabila masing masing sudah duduk berjauhan. Apatah lagi bila masing masing
mula sibuk dan tiada masa lagi untuk saling menghubungi. Akhirnya sesebuah percintaan jarak jauh itu
terkubur begitu sahaja. Sayang sangat sebuah perhubungan itu jika tidak diusaha
sepenuhnya untuk memperbaiki keadaan.
Sebenarnya, cinta jarak jauh juga boleh memperoleh bahagia.
Jangan skeptikal dengan mengatakan semua cinta jarak jauh tidak boleh
dipercayai. Masih ada bahkan ramai pasangan bercinta jarak jauh bahagia
sehingga ke alam perkahwinan.
Cinta jarak jauh atau cinta jarak dekat sama
sahaja, asalkan namanya cinta, ia tetap cinta dan dugaan orang bercinta ini
sebenarnya semua sama saja. Yang asas adalah dugaan kepercayaan, kesetiaan dan
kejujuran dalam sebuah perhubungan. Kalau tidak ada perkara penting tersebut,
cinta jarak dekat ke jarak jauh ke tetap akan runtuh.
Kategori:
Cinta Dan Keluarga
Lailatul Qadar, Jangan Lepaskannya
Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum
sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat
al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : “Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan” (Al-Qadr : 2)
Kategori:
Bicara Agama
09 August 2012
Kisah Pemuda Beribu Bapakan Babi
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah SWT.
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung
serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit
Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa
hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Kategori:
Kisah Dan Tauladan
Freemason Dan Illuminati
Apabila kita menyebut tentang pendedahan-pendedahan yang
mungkin mempunyai kaitan dengan pergerakan Freemason atau Illuminati ini, mesti
ramai antara umat Islam akan mengetahui bahawa terdapat suatu perancangan
khusus yang telah dirancang bagi menguasai pemikiran umat Islam. Hal ini
dilakukan secara sedar mahupun tidak. Sesungguhnya pergerakan ini adalah suatu
pergerakan yang disembunyikan. Dan Allah SWT telah memberikan peringatan kepada
kita mengenai hal ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 102
bermaksud,
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”
Maka, inilah perkara yang perlu diambil berat kerana ianya
berkaitan dengan akidah kita. Perkara ini bukan sesuatu yang baru, bahkan ia
telah disusun dengan begitu teliti sejak tahun 1782 lagi. Bayangkan, setelah
228 tahun berlalu, kita baru didedahkan dengan lebih terperinci mengenai
perancangan gerakan ini. Itupun masih ramai di kalangan umat Islam yang belum
mengerti atau mengambil berat akan hal ini. Mungkin mereka menganggap bahawa
perkara ini sebagai perkara remeh, perkara kecil yang mungkin tidak akan
mendatangkan mudarat di kemudian hari. Namun, sedarilah, perancangan licik
gerakan ini, hanyalah untuk menguasai dunia, seterusnya menghancurkan umat
Islam secara perlahan dan tersembunyi.
Lambang Freemason |
Kategori:
Isu Semasa
06 August 2012
Penghayatan Nuzul al-Quran
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada
setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan
setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang
sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17
Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum
Ramadhan).
Kategori:
Bicara Agama
Tahniah Dato' Lee Chong Wei!
Berakhir sudah penantian rakyat Malaysia untuk menyaksikan pingat emas pertama dibawa pulang ke tanah air dari arena sukan Olimpik apabila prospek emas harapan negara menerusi acara badminton, Dato' Lee Chong Wei, tewas di tangan seteru utama dari China, Lin Dan. DLCW adalah satu-satunya harapan negara untuk membawa pulang emas pertama sejak Olimpik Melbourne 1956. Namun, impian tersebut dihalang oleh kejayaan Lin Dan merampas kilauan pingat emas yang diidamkan seluruh rakyat Malaysia.
DLCW, Jaguh Badminton Malaysia |
Kategori:
Tinta Admin
05 August 2012
Petua Untuk Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya
dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep
rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk
memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan
dunia dan akhirat. Di antaranya:
Kategori:
Koleksi Petua
Janji Bertemu Di Syurga
Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq bin
Ibrahim dari Raja’ bin Amr An-Nakha’i berkata, “Ada seorang pemuda tampan di
Kufah. Dia taat beribadah dan sangat rajin. Suatu saat dia telah berkunjung di
Bani An-Nakha’. Dia melihat seorang wanita cantik dari kaum itu sehingga dia
jatuh cinta.”
Kerana sudah jatuh cinta, pemuda itu mengutuskan seseorang
untuk melamarnya. Tetapi, ayah perempuan itu mengkhabarkan bahawa puterinya
telah dijodohkan dengan sepupunya. Walau demikian, cinta antara keduanya tidak
pernah padam, bahkan semakin menguntum.
Kategori:
Kisah Dan Tauladan
Susahnya Nak Buat Dosa
Bertemu secara sulit itu susah. Modalnya juga besar. Anda
terpaksa rangka rancangan anda dengan teliti; di mana tempat yang paling
selamat? Kalau di hotel selamatkah daripada serbuan pihak berkuasa?
Kalau di taman tak adakah orang nampak? Kalau di restoran
apa yang hendak dimakan. Baju apa nak pakai? Itu semua duit dan berisiko.
Alasan apa yang hendak diberikan kepada isteri untuk pulang lewat, atau keluar
seorang diri pada hari minggu pun mengganggu fikiran.
Kategori:
Tazkirah
30 July 2012
Gunung Berjalan Bukti Kebenaran Al-Quran
Dalam satu ayat al-Quran al-Karim, kita diberitahu bahawa gunung-gunung
tidaklah tetap sebagaimana yang dilihat, akan tetapi terus-menerus
bergerak. Sepertimana Firman Allah Ta’ala:
“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surat An-Naml 27:88)
Kategori:
Rehatkan Minda
26 July 2012
Petua Rawat Hati Yang Duka
Dalam kehidupan kita hari-hari, kita akan tempuhi pelbagai
rintangan dan dugaan, yang kadang-kalanya boleh menyebabkan kita tersenyum
riang, dan ada waktu kita akan menangis bersendirian. Hidup tidak pernah lekang
dari keadaan yang sulit. Hidup tidak pernah sunyi dari ujian hati yang meruntuh
naluri. Hidup kadang-kala menjadikan diri kita boleh lupa akan erti kesabaran
dan kecekalan.
Manusia mana yang tidak pernah membuat salah. Manusia mana
yang terlalu sempurna untuk segala-galanya. Kita hanya manusia serta insan
biasa. Punyai salah dan khilaf diri. Oleh kerana itu, orang di sekeliling kita
akan memandah kurangnya diri dengan hanya di pandangan sisi. Kecewa bukan?
Lumrah. Bila salah kita, orang akan nampak sangat. Bila kebaikan dibuat, 10
tahun belum tentu dipandang hebat.
Kategori:
Koleksi Petua
23 July 2012
Kisah Lima Perkara Aneh
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu
ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi
yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang
hanya mendengar
suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu,
pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,
"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata,
"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Gambar Hiasan |
Kategori:
Kisah Dan Tauladan
Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Isteri
Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya
(perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki.
Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh
itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita
hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah:
Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah:
Manis muka
Halus
perkataan
Bersolek setiap hari dan waktu
Bersikap manja di
hadapannya.
Kategori:
Koleksi Petua