30 July 2012

Gunung Berjalan Bukti Kebenaran Al-Quran


Dalam satu ayat al-Quran al-Karim, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang dilihat, akan tetapi terus-menerus bergerak. Sepertimana Firman Allah Ta’ala:

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surat An-Naml 27:88)



26 July 2012

Petua Rawat Hati Yang Duka


Dalam kehidupan kita hari-hari, kita akan tempuhi pelbagai rintangan dan dugaan, yang kadang-kalanya boleh menyebabkan kita tersenyum riang, dan ada waktu kita akan menangis bersendirian. Hidup tidak pernah lekang dari keadaan yang sulit. Hidup tidak pernah sunyi dari ujian hati yang meruntuh naluri. Hidup kadang-kala menjadikan diri kita boleh lupa akan erti kesabaran dan kecekalan.

Manusia mana yang tidak pernah membuat salah. Manusia mana yang terlalu sempurna untuk segala-galanya. Kita hanya manusia serta insan biasa. Punyai salah dan khilaf diri. Oleh kerana itu, orang di sekeliling kita akan memandah kurangnya diri dengan hanya di pandangan sisi. Kecewa bukan? Lumrah. Bila salah kita, orang akan nampak sangat. Bila kebaikan dibuat, 10 tahun belum tentu dipandang hebat.




23 July 2012

Kisah Lima Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, 
"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, 
"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Gambar Hiasan



Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Isteri





   Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

   Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: 

           Manis muka
           Halus perkataan
           Bersolek setiap hari dan waktu
           Bersikap manja di hadapannya.




Petua Islam Untuk Anak Menjadi Bijak





   Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

    Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

   Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

   Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

   Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.



SUMBER: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama



Bacaan Surah Yasiin Malam Jumaat

Saya pernah ditanya berkenaan bacaan yasiin pada setiap malam Jumaat. Mungkin yang bertanya ingin tahu, adakah perbuatan bacaan yasiin pada malam-malam jumaat itu dituntut dan sebahagian dari sunnah nabi. Mungkin juga beliau ingin tahu, apakah salah orang yang menjadikan bacaan yasiin malam jumaat, sebagai amalan mingguan atau kewajipan dalam amalan. Jadi pada kali ini, saya akan memberikan jawapan sekadar yang saya mampu berdasarkan dalil-dalil dan hujah yang berkaitan dengannya.

Memang tidak dinafikan, bacaan yasiin pada setiap malam Jumaat, telah menjadi adat kebiasaan bagi orang-orang Melayu, bahkan ia telah mula diamalkan sejak dari dulu lagi. Tidak sah kalau tidak dibacakan yasiin pada malam-malam Jumaat. Serba tidak lengkap. Saya pernah bertanya kepada seorang pakcik di kampung saya, “Pakcik, kenapa perlu baca surah yasiin pada malam Jumaat? Kenapa tidak dibacakan surah lain? Maksudnya, tidak ditetapkan hanya surah yasiin dibacakan pada malam Jumaat.” Kata pakcik tersebut dengan ringkas, “Dah memang dari dulu lagi orang duk baca surah yasiin, kita ikut saja la.”

Sumber: Google Search



20 July 2012

Manual Puasa

Alhamdulillah, dapat juga bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkataan, iaitulah bulan Ramadhan al-Mubarak. Sesungguhnya, kesyukuran yang tertinggi kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita peluang dan kesempatan untuk berada di bulan yang telah dijanjikan dengan ganjaran dan pengampunan yang berlipat kali ganda. Pada bulan inilah, umat Islam akan menyambutnya dengan penuh riang dan kesyukuran kerana inilah bulan ‘pesta ibadah’.

Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa di siang hari. Oleh itu, ingin saya kongsikan manual berpuasa untuk panduan pembaca sekalian. Mungkin adakalanya kita terlepas pandang atau terlupa atau sebagainya. Semoga kita dapat memperbaiki amalan puasa kita serta amalan-amalan lain agar diterima Allah SWT hendaknya, insyaAllah.





19 July 2012

Waktu Makruh Bersolat

Sunnah Nabi Muhammad melarang dilakukan solat dalam lima waktu. Tiga daripadanya disebut dalam sebuah hadis dan dua lagi dalam dua hadis yang lain.

Gambar Hiasan


Tiga waktu yang dilarang itu disebut dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani yang bermaksud,

“Tiga waktu yang Rasulullah saw melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan orang yang meninggal, iaitu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga tergelincir dan ketika matahari hampir terbenam.”

Ketiga-tiga waktu ini adalah khusus pada dua perkara, iaitu mengkebumikan mayat dan solat.



18 July 2012

Bacaan Basmallah Dalam al-Fatihah Ketika Solat

Dengan nama Allah yang menjadikan segala makhluk sama ada di langit dan bumi, serta menjadikan ilmu pengetahuan terbentang luas bagi dicari dan dihayati makhluknya. Saya ingin membicarakan sedikit mengenai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita kini iaitu masalah bacaan Basmallah di permulaan bacaan surah al-Fatihah ketika solat. Adakah ianya termasuk dalam bid’ah yang ditegah? Adakah jika seseorang membaca ‘Bismillah’ di permulaan al-Fatihah, akan terbatal solatnya, ataukah sebaliknya?

Gambar Hiasan

Di sini saya akan memberikan hujah-hujah yang telah dikaji dan diberikan oleh para mujtahid serta ilmuan Islam berkaitan bidang ini. Saya akan membawakan pendapat dari Imam kita yang empat iaitu Imam Hanafi, Imam Syafie, Imam Hanbali serta Imam Maliki. Ianya akan disertakan dengan dalil-dalil sama ada dari al-Quran dan as–Sunnah yang telah dijadikan hujah bagi keempat-empat Imam muktabar ini.

Amatlah diharapkan agar kita dapat menerima dan mengambil ilmu pengetahuan ini secara profesional dan ilmiah. Saya bukanlah berniat untuk mencari kesalahan atau kekurangan mana-mana mazhab, namun niatnya hanyalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang begitu luas ini.



Mandi Hadas/Mandi Wajib

Mandi hadas/wajib adalah sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Jika tidak diambil berat dan tidak dilakukan, akan menyebabkan amal ibadah kita tidak diterima. Oleh itu, ingin saya kongsikan ilmu berkenaan mandi hadas/wajib ini. Saya sampaikan ilmu ini dengan berkonsepkan soal-jawab untuk memberi lebih maklumat secara ringkas, insyaAllah. Moga bermanfaat.





16 July 2012

Menahan Marah

Menahan marah dan memaafkan bukan perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah bermaksud:

Tetapi, siapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.- (as-Syura: 43)

Justeru, wajar orang mampu menahan marah dianggap gagah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bukan gagah itu orang yang mengalahkan orang berlawan, akan tetapi gagah itu ialah orang yang mampu menahan marah daripada dirinya."

Perasaan marah sifat semula jadi manusia. Marah ada tempatnya mengikut kadar paling minimun. Memang ia tidak boleh dibuangkan terus dari dalam diri. Apa yang mampu dilakukan ialah menahan ia daripada merebak hingga membinasakan diri. Jika dizahirkan kena pada tempatnya, marah mendatangkan kebaikan.

Perasaan marah tergolong sifat muzmumah yang mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. Imam Ghazali membahagikan marah kepada tiga kategori. Pertama, cepat marah tetapi cepat hilang marah. Kedua, lambat marah dan lambat redanya, manakala ketiga ialah lambat marah tetapi cepat hilang marah. Maka kategori ketiga lebih terpuji.




14 July 2012

Abu Hurairah Menangkap Pencuri

Abu Hurairah pernah diberi tugas oleh Nabi Muhammad bagi menjaga gudang zakat pada bulan Ramadhan. Semasa dalam penjagaan beliau, datang seorang individu mencuri segenggam makanan. Namun, dengan kecekapan Abu Hurairah, beliau berjaya menangkap pencuri itu.

Gambar Hiasan



13 July 2012

Jangan Merokok!

Bila pergi ke mana-mana, mesti kita akan dapat lihat ramai orang yang merokok. Orang yang merokok ini terdiri dari pelbagai lapisan tak kira lelaki mahupun wanita. Tambah parah apabila pelajar-pelajar sekolah juga lebih ‘bergaya’ dengan merokok. Adakah mereka tidak mengetahui akan dalil pengharamannya? Adakah mereka tidak mengambil berat akan kesan yang akan dihidapi mereka kelak?



12 July 2012

Re: Perkara: Permohonan Untuk Berpoligami


Isteri binti Perempuan
17, Dalam Rumah,
24300, Seberang Sungai
Atas Bumi Allah.

Suami bin Lelaki
17, Dalam Rumah,
24300, Seberang Sungai
Atas Bumi Allah.

1 April 2000

Tuan,

RE: PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Dengan sukacitanya dimaklumkan permohonan tuan sedang dipertimbangkan dengan seikhlas hati dan naluri saya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang tuan perlu penuhi sebelum permohonan tuan diluluskan. Perkara-perkara tersebut disenaraikan seperti di bawah.



11 July 2012

Amalan Ketika Menyambut Hari Lahir

Apabila tibanya tarikh dan hari lahir, maka akan bertambahlah usia kita seiring tempoh kehidupan kita di dunia. Semakin banyak menyambut hari lahir, sesungguhnya hari kita adalah semakin tua. Ramai orang yang menyambut hari lahir dengan mengadakan jamuan makanan dan menjemput rakan-rakan serta saudara-mara untuk turut sama meraikannya. Tidak kurang juga yang mengadakan majlis keraian yang disertai dengan tari-menari dan hiburan yang agak berlebihan. Terpulang pada diri masing-masing.

Namun, bagi kita umat Islam, dalam apa pun urusan kita, adalah perlu untuk kita menilai terlebih dahulu apakah bentuk sambutan yang akan kita adakan, agar sambutan tersebut tidak tersasar dari kehendak Islam. Atau dalam erti kata lain, tidak menyerupai kaum atau agama orang lain. Nabi SAW addda menyebutkan tentang larangan menyerupai kaum lain, seperti mana hadis yang bermaksud,

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia dikira dari kaum tersebut.” (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban)



10 July 2012

Bahaya Gastrik

Masyarakat selalu beranggapan apabila sakit atau senak perut, ia berkaitan dengan masalah gastrik, padahal ianya mungkin berkaitan penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti sakit ulu hati, apendiks dan ulser perut. Namun, langkah sebijaknya ialah membuat rawatan terbaik untuk memastikan seseorang itu mengidap penyakit gastrik atau sebaliknya.

Gambar Hiasan



09 July 2012

Permohonan Untuk Berpoligami


Suami bin Lelaki
17, Dalam Rumah,
24300, Seberang Sungai
Atas Bumi Allah.

Isteri binti Perempuan
17, Dalam Rumah,
24300, Seberang Sungai
Atas Bumi Allah.

28 FEBRUARI 2000

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI


Perkara di atas adalah di rujuk.



08 July 2012

Jika Tidak Kerana KasihMu




Ya Rahman Ya Rahiim..
Jika tidak kerana kasihMu,
Nescaya tika ini lemasku di lautan kedukaan tak bertepi
Sesatku di lorong derita yang gelap penuh duri
Basah pipiku dibanjiri air mata yang tak henti bertamu
Tersungkur menyembah bumi tak  bangkit kembali
Binasa diriku mengikut kata hati yang sengsara
Menyambut musibahMu kerana terasa begitu beratnya



07 July 2012

Doa Antara Dua Khutbah Dan Doa Akhir Khutbah

Dengan izin Allah SWT, pada entri kali ini, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian tentang beberapa perkara yang mungkin menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat, iaitu berkenaan hukum menadah tangan membaca doa ketika antara dua khutbah, dan juga ketika khatib membacakan doa di akhir khutbah. Adakah sunat atau sebaliknya?

Ada sesetengah masjid yang para jemaahnya menadah tangan ketika berdoa antara dua khutbah dan doa pada akhir khutbah. Namun, ada juga yang tidak menadah tangan ketika situasi yang sama. Kenapa? Adakah terdapat percanggahan pendapat atau kesilapan kita memahami sunnah serta tuntutan agama?

Oleh itu, di sini ingin saya berikan beberapa jawapan yang saya ambil dari beberapa pendapat ilmuan dalam bidang ini, agar boleh dijadikan panduan. Jika ada salah silap dalam penyampaian saya, harap diperbetulkan oleh pembaca sekalian.

Gambar Hiasan



06 July 2012

Solat Subuh

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: 
 
"Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. 




05 July 2012

Cerpen 'Hatiku Milikmu' Siri Akhir

Sambungan Dari Siri 1, 2, 3 & 4 --> [Siri 1]  [Siri 2] [Siri 3] [Siri 4]

‘’Terima kasih Mama…’’ hatinya mesra dengan panggilan itu buat seorang mas’ulah yang amat dikagumi. Umar menatap lagi sajak itu. Kemudian dia melipat helaian itu dan dimasukkan ke dalam sampul. 
‘’Eh, masih ada tulisan lain?’’ dia mendapati di dalam sampul itu masih terselit satu lipatan kertas. 
Umar membuka lipatan itu. Hatinya berdegup kencang…. 
Assalamualaikum… 
Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati, 
Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan. 
Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama Nur Syafika selepas selesai kuliyah Dr. Azmin. Dia mendakwa ana telah merampas nta daripadanya. Ana keliru denagn kenyataanya dan ana yakin nta pun akan turut keliru. Hanya Allah dan kita berdua yang tahu hakikat sebenarnya kita tak pernah bercinta. 



04 July 2012

Malam Nisfu Syaaban

Antara hari yang diraikan oleh masyarakat Islam di seluruh dunia ialah hari Nisfu Syaaban iaitu pada malam 15 hari bulan Syaaban pada setiap tahun. Lazimnya apabila datangnya malam 15 Syaaban, orang ramai akan berkumpul dan membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali diiringi dengan doa-doa tertentu sesudahnya. Doa yang dibaca itu berkaitan dengan permintaan supaya ditetapkan iman, dipanjangkan usia dalam kebaikan serta dimurahkan rezeki yang halal.

Malam Nisfu Syaaban ini dikatakan sebagai malam di mana berlakunya pertukaran buku catatan amalan setiap individu. Bagaimana buku catatan itu diganti, hanya Allah SWT yang tahu. Namun, pada kebiasaannya, masyarakat kita akan membaca al-Quran sebagai suatu cara menutup buku catatan amalan yang lama, sebelum digantikan dengan yang baru. Secara simboliknya, mereka bersedia mengakhiri dan memulakannya kembali dengan melakukan amalan kebajikan.



03 July 2012

Cerpen 'Hatiku Milikmu' Siri 4

Sambungan Dari Siri 1, 2 & 3 --> [Siri 1]  [Siri 2] [Siri 3]


‘’Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam ni. Fika ajak abang jumpa kejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang jarang-jarang je jawab panggilan Fika. Abang dah benci Fika ke?’’ 

‘’Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama kawan-kawan abang. Abang rasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cuba tinggalkan mereka tapi hidup abang jadi tak tenteram,’’

‘’Mereka lebih penting daripada Fika?’’. Umar terdiam. Sukar bibirnya melepaskan ucap. 

‘’Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,’’ 

‘’Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting daripada Fika?’’ 

‘’Ya, Fika!’’ terperanjat Fika dengan jawapan yakin Umar. 

‘’Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua lelaki! Fika boleh jadi gila kalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh diri…’’ 



02 July 2012

Espana Juara Euro 2012

Berakhir sudah detik penentuan juara Euro 2012. Setelah hampir sebulan kejohanan ini berlangsung, akhirnya Sepanyol telah dinobatkan sebagai juara Euro kali ini. Kejayaan mereka menumpaskan Itali di pentas akhir, dengan jaringan 4-0 adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. 

Ini merupakan kejayaan berganda buat Sepanyol yang sebelum ini telah memenangi 2 lagi kejohanan besar dunia, iaitu Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan terbaru, Euro 2012, dalam masa kurang 5 tahun!

Tahniah buat pasukan yang diberi jolokan La Roja Espana, atas kejayaan ini. Juga buat seluruh peminat setia Sepanyol, pasukan anda memang terbaik. Siapa pula yang akan menyinar di Euro 2016 yang akan berlangsung di Perancis nanti? Kalau umur panjang, dapat kita tengok aksi di sana nanti, insyaAllah.



01 July 2012

Cerpen 'Hatiku Milikmu' Siri 3

Sambungan Dari Siri 1 & 2 --> [Siri 1]  [Siri 2]
 

‘’Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak boleh pergi smart group,’’ 

‘’Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan, Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempat siap, nta datanglah. Kejap pun tak per,’ balas Banna. Mengharap.  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com