Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki
yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu
"Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia
mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian
dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk
"menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya
menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).
Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika
Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di
Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan
Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu
sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16
September 1963.
Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I
sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada
Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang
pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika
itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya
pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah demi
memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.
Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap dan masih
membayar RM 5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi
"baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana
"baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin
"Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah
mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah
sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi.
Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah,
MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU
TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA
"BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH
WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH...
Untuk makluman. Pencerobohan di Sabah ini telah dirancang
sejak bulan Ogos tahun lepas di mana Jamalul Kiram telah dihalang daripada melakukan
pencerobohan ini oleh Boy Saycon penasihat kepada Sultan Sulu. Percubaan
pertama adalah bulan Ogos. Cubaan kedua adalah pada bulan September. Cubaan
ketiga adalah September dan ini adalah cubaan yang telah berjaya pada bulan Februari. Tindakan ini telah diambil setelah satu perjanjian persefahaman
di antara Moro Islamic Liberation Front (MILF) pada bulan Oktober 2012.
Ketidaksefahaman telah berlaku di antara Kesultanan Kiram dan kerajaan Filipina
oleh kerana tidak memasukkan Sabah di dalam Perjanjian Penubuhan Bangsamoro. Kebenaran untuk mendarat di Sabah adalah melalui satu surat kuasa atau amanat Diraja Sulu yang ditandatangani oleh Agbimuddin di mana menyatakan "kembali
ke tanah air Sabah".
Boy Saycon adalah pengarah strategik politik bagi Kesultanan Sulu. Kesultanan Sulu menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai
pilihan lain oleh kerana orang orang Sulu telah memberikan mandat kepada Sultan Sulu
untuk mengambil alih Sabah. Ini kerana di mahkamah antarabangsa dunia perlu
dibuktikan bahawa pendudukan bangsa itu di sesuatu tempat dan kawasan perlu
dibuktikan bagi bukti di mahkamah antarabangsa. Difahamkan segala dokumentasi
telah disiapkan untuk difailkan tidak lama lagi. Ini juga kerana pihak kerajaan Filipina telah menidakkan tuntutan Sulu sebelum ini dimana beberapa presiden
sebelum ini juga mengambil tindakan yang sama. Untuk pencerahan semua mengenai
keadaan yang berlaku.
Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?
Persoalan Kenapa polis tak tentera?
1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang
dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung
sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva
Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh
bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk
polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di
antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup
sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di
lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita
tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina.
Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana
nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah
CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam
Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera
ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA
EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu-
tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia
darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat
hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh
Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan
telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis.
Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd
Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan
perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam
iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai
combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit
dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi
tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya.
Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican
City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun
sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal
dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa
padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang
tidak mempunyai sempadan).
Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak
ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana
pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)
Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando
PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper
69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police
SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA
dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup
gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari
TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan
NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus
operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak
mengajar pasukan keselamatan pula
COPIED : FACEBOOK
2 comments:
I stuju sgt2 ngn blog nie.!
penulisan yg agk emo...