16 March 2014

Tanda-Tanda Diganggu Makhluk Halus

Gangguan makhluk halus yang dialami oleh mangsa juga boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu:

1. Gangguan penuh – Makhluk halus mengganggu sepenuhnya seluruh tubuh badan mangsa. Contoh: Makhluk halus tersebut menyebabkan tubuh mangsa tidak dapat berfungsi secara normal.
2. Gangguan tidak penuh – Makhluk halus mengganggu salah satu daripada anggota badan mangsa. Contoh: Makhluk halus tersebut hanya mengganggu tangan si mangsa.
3. Gangguan terus menerus – Makhluk halus akan terus duduk di dalam badan mangsa dan mengganggu mangsa pada setiap masa. Contoh: Mangsa tidak dapat tidur walaupun pelbagai cara dilakukan disebabkan diganggu oleh makhluk halus pada waktu tidurnya.
4. Gangguan sementara – Makhluk halus akan mengganggu mangsa pada waktu-waktu tertentu sahaja. Contoh: Makhluk halus akan mengganggu mangsa pada waktu tidur dan muncul dalam mimpi-mimpi mangsa dengan membawa mimpi yang menakutkan. 

Jika anda diganggu oleh makhluk halus disebabkan oleh perbuatan sihir, sudah tentu puncanya dimulakan oleh musuh anda atau sesiapa sahaja yang berniat jahat terhadap diri anda. Tetapi, bukan itu sahaja sebab-sebab anda boleh atau telah diganggu oleh makhluk halus. Terdapat beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan anda diganggu oleh makhluk halus iaitu..

1. Anda mungkin diganggu kerana terdapat jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang wanita atau jin perempuan yang jatuh kepada seorang lelaki.
2. Anda mungkin diganggu kerana tidak menyedari bahawa anda telah menzalimi makhluk halus tersebut terlebih dahulu. Anda mungkin menzalimi mereka tanpa sedar. Contohnya: Anda menyiram air panas dari tingkat atas atau anda membuang sampah dari tingkat atas.
3. Anda mungkin diganggu kerana diri anda dalam keadaan sangat gembira, sangat sedih, sangat marah, sangat takut dan sangat bernafsu. Apabila anda dalam keadaan seperti itu, terdapat satu lubang yang terbuka luas buat mereka masuk ke dalam diri anda dan seterusnya mengganggu diri anda yang sedang lalai itu.

Apabila anda diganggu, terdapat banyak tanda-tanda yang menunjukkan anda sedang diganggu oleh makhluk halus. Antara tanda-tanda tersebut yang mungkin anda alami sekarang adalah..

➤ Sakit kepala dan dada selepas waktu asar dan ke atas.
➤ Badan terasa berat dan menjadi malas.
➤ Sukar mendapat jodoh sehingga digelar bujang tua atau andartu.
➤ Badan terasa bisa atau gatal.
➤ Sakit atau takut ketika menziarahi orang yang telah meninggal dunia.
➤ Sukar untuk tidur malam.
➤ Sakit pinggang tanpa sebab.
➤ Mimpi melihat binatang berbisa seperti ular.
➤ Bermimpikan bayi atau kanak-kanak atau menyusukan bayi.
➤ Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
➤ Bermimpi berada di tempat yang kotor.
➤ Sakit anggota badan tertentu seperti kaki atau tangan selepas waktu asar.
➤ Terasa seperti ada benda bergerak di bawah kulit.
➤ Bayi yang anda jaga kerap menangis.
➤ Bunyi guli jatuh dan bergolek di atas syiling.
➤ Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
➤ Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
➤ Malas beribadat.
➤ Panas baran dan marah tanpa sebab.
➤ Sikap berubah secara mendadak.
➤ Gelisah dan panas di tengkuk apabila mendengar bacaan al-Quran.
➤ Suka melakukan tabiat buruk.
➤ Kerap sendawa apabila mendengar bacaan al-Quran.
➤ Kerap keguguran.
➤ Gagal melakukan hubungan kelamin.
➤ Mengantuk apabila mendengar bacaan al-Quran.
➤ Bermimpikan sesuatu yang sangat menakutkan.
➤ Darah haid tidak kering lebih dari 15 hari.
➤ Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
➤ Selalu ditindih ketika tidur.
➤ Kuat berangan kosong.
➤ Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
➤ Nafsu seksual yang melampau.
➤ Selalu melihat kelibat di rumah.
➤ Terasa diri selalu diperhatikan atau diekori.
➤ Mandul.
➤ Kerap mendengar sesuatu bisikan.
➤Melihat makhluk halus secara terus.
➤ Sakit mental atau gila.
➤ Sakit tulang belakang tanpa sebab.
➤ Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
➤ Loya atau sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
➤ Sakit di bahagian tulang rusuk kiri atau kanan dan ulu hati.
➤ Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab.
➤ Timbul rasa takut tanpa sebab.
➤ Sering pengsan tanpa sebab.
➤ Kerap mendengar bisikan atau hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
➤ Ragu-ragu tentang keimanan yang boleh menyebabkan murtad.
➤ Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
➤ Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.


Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa, sekiranya anda mempunyai tiga tanda daripada tanda-tanda di atas, anda sekarang sedang diganggu oleh seekor makhluk halus dan harus menjalani rawatan.

Anda Tidak Perlu Merasa Takut!


✘ Saya hanya copy/paste utk ilmu pengetahuan bersama



10 comments:

Erynn Rahman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Erynn Rahman said...

Assalamualaikum, sy ingin bertanya.. Sy sekarang boleh dikatakan hari2 pening kepala dan sgt teruk peningnya sehinggakan sy telan ubat migrain. Lagi satu sy mkn sgt byk drpd sblm ni. Lebih 2 pinggan sy mkn. Dan sy juga ada mimpi haiwan buas , kadang2 ular hitam kadang2 anjing hitam kejar sy.selain itu bdn sy lemah lemah. Terlalu lemah sehinggakn sy kerja smpai tak larat. Boleh tak bg pendapat kt sy.adakah bnd tu normal atau sy ada gangguan makhluk halus? Dan apa perlu sy buat?

seha hanim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
seha hanim said...

Assalammualaikum
Nk brtanya..saye mimpi buruk.tapi dlm mase yg same saye trus bc ayt kursi smpi saya sedar dri mimpi,mulut masih kumat kamit bc ayt kursi..mohon pencerahan

Siti Hawa said...

Assalammualaikum..saya nk bertanya. Benar ke kalau ada mahluk halus cuba mengangu mata kita merase terlalu mengantuk...payah betul nak tahan mata dari tertido hal ni sering terjadi pada diri saya...setiap kali mata saya rasa mengantuk amat sangat...pasti saya terdengar suara suara dari arah belakang saya..tapi bila toleh tak nampak apa apa..harap encik boleh menjawab pertanyaan saya..terima kasih

Anonymous said...

Salam, saudari. Itu sememang nya tanda tanda sihir ya, jadi.. saya nasihat kan. Mulai SEKARANG jangan pernah ditinggal solat fardhu dan sentiasa membaca ayat 3 qul dan juga ayat kursi. Sepanjang masa jika mampu,sebut lah nama2 Allah Ya Waliyun, Ya Rahman, Ya Qabidh , Ya Muqit , pohon dgn Allah S.W.T. kita hamba nya ,Dia amat mengasihani kita. Ini ujian buat saudari.. kembali kepada Allah adalah jalan yg paling selamat. Alternatif lain, saudari boleh lah cari mana2 pusat perubatan Islam dan berubat dgn Ustza yg pakar dalam hal ini. Sekian terima kasih. Semoga Saudari segera pulih. Aamin

Setia vs Darling said...
This comment has been removed by the author.
Setia vs Darling said...

Assalamualaikum, kebelakangan ni saya kerap marah2 dan panas baran untuk hal2 remeh temeh, tiba2 bencikan suami saya sedang saya tak tahu kenapa, takut tentang sesuatu yang tak pasti,lepas tu setiap malam terasa ada yang perhatikan, saya tak pasti ini gangguan tekanan perasaan atau gangguan makhluk halus. Minta pendapat encik boleh?

afiqz kablemo said...

Tangan saya selalu bengkak.Saya selalu mimpi d kacau oleh dya..dya nak amik semua saya punya...

Jaja said...

Agak banyak juga tanda-tanda yg saya alami..lagi2 bab malas tu. Allah..

Semoga semua yang diuji akan terus dikuatkan iman ya..moga Allah bantu segala urusan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com