03 September 2014

Cara Mengempiskan Perut Yang Buncit

Perut buncit? Mesti ramai di antara kita yang risau istilah itu digunapakai pada perut kita. Saya juga begitu. Dari dulu saya sangat kurus, sehinggakan ramai yang menegur saya terlalu kurus, muka cekung, macam tak cukup zat. Mahu tidaknya, waktu zaman sekolah, saya berselera, tapi main juga yang lebihnya, habis makanan dicerna, tak sempat nak bina badan. Bila masuk universiti, main dah tak sempat, tapi makan pula tak cukup. Makan sehari sekali saja, budjet.

Tapi, bila sudah bekerja, sudah berumahtangga, saya merasakan suatu perubahan besar-besaran berlaku terhadap perut saya, buncit! Pagi makan, tengahari makan, malam pun berselera nak makan, memang patut lah dapat kebuncitan itu. Agak sudah hilang sikit ke'hensem'an disitu.

Jadi, terlintas nak mencari kaedah terbaik untuk mengempiskan perut yang buncit, tanpa melakukan senaman (tak sempat nak bersenam). Ini saya kongsikan bersama info yang ambil dari beberapa sumber dari Prof Google.



7 kaedah mudah mengempiskan perut yang dilanda kebuncitan.

1.  Berjalan 
Berjalan adalah cara terbaik untuk orang yang tidak aktif untuk menghilangkan berat badan agar ia berkekalan. Setiap hari carilah peluang untuk berjalan dengan lebih kerap - ke penjuru setiap kedai, sekeliling rumah atau di mana sahaja sekurang-kurangnya 30 minit. Secara konsisten tingkatkan kadar perjalanan anda sebanyak 6 kilometer setiap sejam (6km per hour). 

2.  Berdiri
Berdiri membakar lebih 33% kalori daripada duduk. Pastikan anda berdiri 3 jam sehari untuk membakar lemak di perut. Selepas ini, jika anda sedar anda sedang duduk atau berbaring menonton TV, BANGUN DAN BERDIRI! Untuk kesan yang lebif efektif, berjalan setempat sambil menonton TV. 

3.  Kempiskan Perut
Ya, dengan hanya mengempiskan perut mampu menegangkan perut dan menguatkan otot di bawah your-future-six-pack. Lakukan begini - kempiskan perut selama yang boleh. Fokus untuk menarik pusat anda sedalam yang mungkin. Tahan selama 5 saat, teruskan bernafas dan lepaskan. Rehat selama 10 saat and ulang. Kali ini cuba fokus untuk tarik dari atas perut. Tahan nafas dan lepaskan, rehat 10 saat. 

Ulang kaedah menarik pusat sedalam mungkin dan menarik dari bahagian atas perut. Anda akan merasai 'the burn sensation' Mulakan dengan melakukan ini 10 kali 2 kali sehari. 2 minggu kemudian, tingkatkan frekuensi dan masa menarik (kempiskan perut) dan minggu-minggu seterusnya - lagi lama dan kerap. Di dalam kereta, menonton wayang, berjalan dan ingat jangan tahan nafas. Bernafas seperti biasa. Akhirnya, anda akan melakukannya dengan kerap tanpa anda sedar. 

4.  Tutup TV (televisyen)
Orang yang menonton televisyen lebih dari 3 jam sehari adalah 60% ke arah menjadi obesiti. Tontonlah televisyen sejam sehari dan cari aktiviti lain untuk dilakukan. Berkebun, membersihkan rumah, bina sesuatu atau apa sahaja yang buat anda bergerak. 

Kandungan dalam badan kita


5.  Bernafas
Tahukah anda cara utama untuk membuang sisa dari badan kita adalah dengan menghembus nafas? Apabila anda membakar lemak, badan anda menghasilkan banyak toksin yang harus dibuang. Jika anda ingat semasa belajar subjek Sains di sekolah dulu "mass cannot be created or destroyed, only converted' - jisim tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, hanya bertukar. 

Apabila kayu dibakar, jisim kayu bertukar kepada tenaga dan gas. Perkara yang sama berlaku apabila kita membakar lemak di dalam badan. Kita secara intipatinya, menghembus lemak. Apa yang saya ingin katakan di sini ialah BERNAFAS! Amalkan tarik nafas dalam-dalam (deep breathing) atau apa sahaja teknik pernafasan yang anda minat.


6.  Mandi
Jangan risau, ini adalah tidak semudah yang anda sangka. Saya menceritakan tentang mandi air sejuk. Air yang cukup sejuk untuk membuatkan anda menggigil. 15 minit menggigil adalah sama dengan 15 minit berjoging.  


7.  Mandi Wap
Berpeluh adalah cara terbaik untuk detox. Tetapi, jangan lakukan ini selepas mandi air sejuk, kesan kepada metabolisma akan hilang. Apabila badan anda berpeluh , bersenam atau mandi wap, degupan jantung akan meningkat. Peredaran darah meningkat untuk menyejukkan badan, berpeluh mengambil tenaga dan membakar kalori dan membebaskan beratus toksin dalam badan - salah satu cara untuk membuang lemak di badan. 

Wallahua'alam. Hanya sekadar berkongsi.



1 comment:

kempiskanperutbuncit said...

Cara untuk kempiskan perut yang buncit adalah dengan banyakkan minum air masak dan senaman push up :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com