17 August 2014

DJ Islamik - Hiburan Dakwah Untuk Anda




DJ Islamik @ Behor Lateh, Kangar Perlis

DJ Islamik @ Behor Lateh, Kangar Perlis

Tarikh: 16 Ogos 2014 (Sabtu)
Masa: 10.45 pagi hingga 4.45 petang
Tempat: Tapak Nat Behor Lateh, Pertubuhan Peladang Kawasan B-1, MADA Kayang, 01000 Kangar, Perlis

Tuan Rumah: Tn Sayid Mansor bin Sy Othman al Junid & Pn Sakila binti Babjan
Pengantin: Syed Hanif al Junid bin Sayid Mansor & Syarifah Harni Afniza binti Syed Omar Edrus

Bersama pengantin yang diraikan

DJ Islamik di konti DJ
 Alhamdulillah, selesai. :)

DJ Islamik - 019 4489402



01 June 2014

Penceramah Motivasi Islamik / DJ Kenduri Islamik / Sewa PA System / Nasyid

Assalamualaikum WBT...

Saya ingin menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

1. Penceramah Motivasi/Kaunseling/Hari Kebesaran Islam

- lebih tertumpu pada sesi motivasi untuk murid-murid sekolah (Men/Ren) serta pelajar IPTA/IPTS
- pernah mengendalikan sesi motivasi untuk pekerja sektor swasta dan awam
- selingan dendangan lagu nasyid yang bersesuaian dengan bentuk majlis
- jemputan bagi sekitar Perlis dan utara Kedah (Alor Star dan sekitarnya)
- untuk jemputan luar dari Perlis dan Kedah, kos perjalanan dan penginapan (jika ada) ditanggung oleh pengundang
- bayaran boleh dibincangkan kerana saya mudah dibawa berbincang =)

2. DJ berkonsepkan Islamik

- untuk majlis keramaian (kenduri kahwin/kesyukuran atau sebarang majlis bercirikan Islamik)
- memainkan irama-irama nasyid, zikir dan marhaban sepanjang majlis berlangsung
- turut menyelitkan tazkirah, kata-kata hikmah, ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis Nabi SAW
- permintaan untuk lagu nasyid juga boleh dibuat
- masa antara jam 11.00 pagi hingga 4.30 petang
- bayaran perkhidmatan : harga pasaran dan boleh dibincangkan



3. Sewa PA System termasuk EmCee

- untuk sebarang majlis rasmi yang menuruti syarak
- mempunyai pengalaman dalam pengacaraan majlis sehingga peringkat negeri Perlis
- bayaran perkhidmatan : boleh dibincang

4. Persembahan nasyid RAYYAN & RhaSOUL

- mempunyai sebuah kumpulan nasyid yang membawakan hiburan alternatif Islamik
- pernah mengadakan persembahan di beberapa majlis dan tempat spt di agensi kerajaan/swasta dan IPTA/IPTS
- berkonsepkan hiburan nasyid akustik yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat
- bayaran boleh dibincang mengikut jumlah lagu, masa dan jarak

Sebarang maklumat lanjut dan berminat boleh hubungi saya:
ROHISYAM - 019-4489402 (Call / SMS / Whatsapp / WeChat)
FACEBOOK - Rohisyam Abidin



28 April 2014

Kejadian Sebelum Jadinya Kiamat

Apakah yang akan berlaku kepada umat manusia tika tibanya saat berlakunya kiamat? Mari dengarkan penjelasan dan perkongsian dari Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin berkenaan kejadian sebelum terjadinya kiamat.

Gambar Hiasan







16 March 2014

Tanda-Tanda Diganggu Makhluk Halus

Gangguan makhluk halus yang dialami oleh mangsa juga boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu:

1. Gangguan penuh – Makhluk halus mengganggu sepenuhnya seluruh tubuh badan mangsa. Contoh: Makhluk halus tersebut menyebabkan tubuh mangsa tidak dapat berfungsi secara normal.
2. Gangguan tidak penuh – Makhluk halus mengganggu salah satu daripada anggota badan mangsa. Contoh: Makhluk halus tersebut hanya mengganggu tangan si mangsa.
3. Gangguan terus menerus – Makhluk halus akan terus duduk di dalam badan mangsa dan mengganggu mangsa pada setiap masa. Contoh: Mangsa tidak dapat tidur walaupun pelbagai cara dilakukan disebabkan diganggu oleh makhluk halus pada waktu tidurnya.
4. Gangguan sementara – Makhluk halus akan mengganggu mangsa pada waktu-waktu tertentu sahaja. Contoh: Makhluk halus akan mengganggu mangsa pada waktu tidur dan muncul dalam mimpi-mimpi mangsa dengan membawa mimpi yang menakutkan. 



18 January 2014

Kesan Mee Segera Terhadap Kesihatan

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.



04 January 2014

Al-Quran Tajwid & Terjemahan edisi Diari Kecil

Nama: Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Beserta Asbabun Nuzul, Hadis Sahih dan Indeks Tematik
Penerbit: Humaira Bookstore Enterprise

Pilihan Warna:

1) Merah
2) Ungu
3) Coklat
4) Hitam
5) Biru Muda 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com