Saya ada terbaca dalam satu artikel (Lihat SINI), ada sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Cara mudah untuk lulus periksa! Ini kajian yang telah dijalankan dan hasilnya positif. Jom kita baca untuk ilmu yang lebih mendalam. Kalau sudi, kongsilah dengan kawan-kawan yang lain. =)
LONDON 18 April - Lupakan kelas tambahan dengan
yuran yang mahal dan makan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan
otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah
mengambil segelas air!
Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki
dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik
sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak.
Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian,
satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh
mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel
otak.
Penyelidik berkata, minum air juga menenangkan saraf, sementara
mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa
terganggu.
Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu
membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong,
kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan.
Kebolehan akademik keseluruhan pelajar juga diambil kira, bagi memastikan keputusan penyelidikan tidak terlalu berbeza disebabkan kebarangkalian pelajar pintar terasa dahaga.
Mereka yang minum air didapati mencatatkan pencapaian lima peratus
lebih baik secara keseluruhan, namun peningkatan lebih ketara didapati
di kalangan pelajar baru yang mengamalkan minum air ketika menduduki
peperiksaan iaitu sebanyak 10 peratus.
Penyelidik Chris Pawson dari Universiti East London berkata,
keputusan itu menunjukkan tindakan kecil seperti minum air ketika
menduduki peperiksaan boleh dikaitkan dengan peningkatan gred pelajar.
Sebelum ini, penyelidik mendapati kanak-kanak berumur antara tujuh
dan sembilan tahun yang minum air mencatatkan keputusan yang lebih baik
dalam ujian tumpuan visual dan ingatan.
- AGENSI
Mudah bukan? Jom try amalkan, insyaAllah cun punyaa... =)
pensil-tekan.blogspot.com
No comments: