19 July 2012

Waktu Makruh Bersolat

Sunnah Nabi Muhammad melarang dilakukan solat dalam lima waktu. Tiga daripadanya disebut dalam sebuah hadis dan dua lagi dalam dua hadis yang lain.

Gambar Hiasan


Tiga waktu yang dilarang itu disebut dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani yang bermaksud,

“Tiga waktu yang Rasulullah saw melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan orang yang meninggal, iaitu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga tergelincir dan ketika matahari hampir terbenam.”

Ketiga-tiga waktu ini adalah khusus pada dua perkara, iaitu mengkebumikan mayat dan solat.
Tentang dua waktu pula terdapat dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Sai’d al-Khudri yang mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak ada sembahyang selepas solat Subuh sehinggalah naik matahari dan tidak ada sembahyang selepas Asar sehinggalah matahari terbenam.”

Mengikut lafaz Muslim ialah yang bermaksud, “Tidak ada sembahyang selepas sembahyang fajar.” Kedua-dua waktu ini khusus melarang solat sahaja.


HIKMAH LARANGAN

Jadi, lima waktu tersebut ialah,
Selepas solat Subuh sehingga matahari naik tinggi kira-kira sepanjang lembing mengikut pandangan mata kasar.
Waktu naik matahari sehingga naik setinggi lembing, iaitu lebih kurang satu per tiga jam selepas naiknya.
Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir, iaitu masuk waktu Zuhur.
Waktu matahari kekuningan sehingga ia terbenam.
Selepas solat Asar sehingga matahari terbenam.

Hikmat larangan bersolat dalam waktu tersebut dan hikmat diharamkan solat sunat di dalamnya ialah,

Bagi tiga waktu yang pertama – hadis oleh ‘Amru bin ‘Abasah yang terdapat dalam Hadis Muslim, Abu Daud dan al-Nasa’i :
Iaitu ketika matahari naik antara dua tanduk syaitan, lalu orang kafir bersembahyang untuknya.
Iaitu ketika matahari tegak (rembang), ketika itu neraka Jahannam dimarakkan dan pintu-pintunya pun dibuka
Dan ketika matahari hendak terbenam antara dua tanduk syaitan, maka orang kafir bersembahyang untuknya.
Jadi, hikmah larangannya ialah sama ada kerana mengelak daripada menyerupai orang kafir menyembah matahari ataupun kerana waktu rambang adalah waktu kemurkaan Allah.

Manakala hikmah larangan solat sunat selepas solat Subuh dan Asar bukanlah disebabkan sesuatu yang wujud dalam waktu itu, tapi sebab dari segi hukum waktu itu dihabiskan dengan kewajipan waktu, yang lebih baik daripada sunat yang sebenarnya.

Gambar Hiasan
Sumber: Kitab Fiqh Dan Perundangan Islam Jilid 1, tulisan Wahbah al-Zuhaili.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com