12 July 2012

Re: Perkara: Permohonan Untuk Berpoligami


Isteri binti Perempuan
17, Dalam Rumah,
24300, Seberang Sungai
Atas Bumi Allah.

Suami bin Lelaki
17, Dalam Rumah,
24300, Seberang Sungai
Atas Bumi Allah.

1 April 2000

Tuan,

RE: PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Dengan sukacitanya dimaklumkan permohonan tuan sedang dipertimbangkan dengan seikhlas hati dan naluri saya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang tuan perlu penuhi sebelum permohonan tuan diluluskan. Perkara-perkara tersebut disenaraikan seperti di bawah.

1 - Sembahyang lima waktu berjemaah di masjid.
Sila penuhi syarat ini sekurang-kurangnya 44 hari dari sekarang. Pastikan tuan sampai di masjid sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk waktu supaya tuan boleh mengerjakan solat sunat.

2- Puasa ganti
Sila ganti puasa yang telah tuan tinggal selama 10 tahun kita hidup bersama iaitu bersamaan 200 hari. Selepas selesai tuan mengganti puasa ini secara jujur dan ikhlas, dan bukan lagi dengan menyorok-nyorok makan nasi sahur saya dan anak-anak dalam bilik stor, saya akan pertimbangkan permohonan tuan dengan gembiranya.

3- Ibadat haji
Sila tunaikan ibadat haji sekarang memandangkan tuan telah berjaya mengeluarkan simpanan ASB tuan. Sebelum ini tuan memberikan alasan tidak mampu, nampaknya sekarang tuan telah mampu. Jadi tunggu apa lagi? 


4- Nafkah
Sila berikan nafkah untuk anak-anak. Memandangkan sebelum ini tuan mengelak dari memberi wang dengan alasan gaji saya lebih tinggi, namun memandangkan tuan sudah mampu untuk menambah cawangan, tidak salah kiranya tuan memberikan wang poket untuk anak-anak. Saya tak mintak untuk diri saya pun.

Sekiranya tuan dapat memenuhi perkara di atas dengan jayanya, sila hubungi saya di talian bebas tol. Saya dengan gembiranya akan meluluskan permohonan tuan.

Sekian, Terima Kasih.

"BERTANGGUNGJAWAB DAN BERIMAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas,

Isteri binti Perempuan


P/S: En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan di mana? Guna pisau boleh bang..?". =)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com