12 August 2012

Cinta Jarak Jauh Tidak Boleh Dipercayai?

Ada sesetengah orang sangat tidak percaya kepada cinta jarak jauh ini. Ditambah pula dengan perkongsian pengalaman oleh mereka yang kecewa dengan cinta jarak jauh, menyebabkan percintaan jenis ini sukar dipercayai oleh sesetengah orang. 

Alasan mereka, sukar untuk mempercayai antara satu sama lain apabila masing masing sudah duduk berjauhan. Apatah lagi bila masing masing mula sibuk dan tiada masa lagi untuk saling menghubungi. Akhirnya sesebuah percintaan jarak jauh itu terkubur begitu sahaja. Sayang sangat sebuah perhubungan itu jika tidak diusaha sepenuhnya untuk memperbaiki keadaan.

Sebenarnya, cinta jarak jauh juga boleh memperoleh bahagia. Jangan skeptikal dengan mengatakan semua cinta jarak jauh tidak boleh dipercayai. Masih ada bahkan ramai pasangan bercinta jarak jauh bahagia sehingga ke alam perkahwinan. 

Cinta jarak jauh atau cinta jarak dekat sama sahaja, asalkan namanya cinta, ia tetap cinta dan dugaan orang bercinta ini sebenarnya semua sama saja. Yang asas adalah dugaan kepercayaan, kesetiaan dan kejujuran dalam sebuah perhubungan. Kalau tidak ada perkara penting tersebut, cinta jarak dekat ke jarak jauh ke tetap akan runtuh.


Benarkah percintaan jarak jauh tidak boleh dipercayai? Tidak benar! Cinta hadir tanpa batasan jarak dan masa. Kalau cinta korang sejati, berpisahlah sejauh mana pun, korang tetap akan bersama juga akhirnya nanti. Orang kata kalau duduk jauh ni senang nak curang. Hehe, kalau dikatakan nak curang, dekat pun boleh curang sebenarnya. 

Kalau pasangan itu terpisah jarak jauh sekalipun, tapi jika kedua duanya tahu untuk setia dan menghargai perhubungan, tiada masalah sebenarnya. Jangan mudah percaya kata kata orang yang mendakwa cinta jarak jauh tidak boleh kekal. Terpisah jarak itu cuma sementara saja. Jangan jadikan jarak sebagai penghalang untuk menikmati bahagia antara korang dengan pasangan.

Apa dugaan yang paling kuat apabila berada dalam percintaan jarak jauh ini? Ia adalah perasaan rindu. Nak berjumpa pula susah kerana jarak yang jauh. Jadi bagaimana nak atasi perkara ini? Ia adalah dengan menghubungi pasangan korang dengan sekerap mungkin melalui telefon atau Internet. Zaman sekarang dah canggih. Bukan macam dulu. Kalau rindu boleh bukak webcam sama sama. Walaupun jauh, terubatlah juga kerinduan itu bila dah berborak dan melihat wajah masing masing biarpun di dalam Internet sahaja.

Setiap pasangan yang berada dalam cinta jarak jauh mempunyai alasan mereka sendiri kenapa mereka berada jauh dari pasangan. Salah satunya mungkin adalah tuntutan kerja. Jadi sikap saling memahami dan bertolak ansur sangat perlu dititik beratkan. Kepada mereka yang sedang mengalami percintaan jarak jauh ini, bersabarlah dengan dugaan yang korang alami sekarang. Jagalah hubungan itu agar tetap terpelihara dari sebarang unsur tidak baik.

Kepada korang yang wanita, pastinya dugaan menahan perasaan rindu dan sebak apabila berjauhan itu sukar dibendung kan. Bagi lelaki pula, mereka mungkin lebih kuat sikit daripada kekasih mereka. Kalau perempuan, emosinya lebih cepat terusik. Jadi apabila berbicara sesame korang, elakkan daripada membincangkan perkara yang tidak elok. Hargai masa yang korang ada ini dengan berbincang perkara yang baik baik saja. 

Sebagai contoh, kalau korang dapat peluang sekali seminggu saja untuk menghubungi antara satu sama lain, lepas tu korang bergaduh pula, kan rugi tu? Kawal emosi, jangan biarkan amarah menguasai diri. Hargai dan hormatilah pasangan korang. Kalau ada masalah, bincang lah elok elok. Bukan mudah untuk menjadi kuat, tapi itulah yang korang perlu buat. Belajar jadi kuat untuk kebahagiaan dan masa depan hubungan korang berdua.
 
Di saat korang sedang berjauhan dengan pasangan ketika ini, kadang kala pasti ada sesuatu yang menguji seperti kedatangan orang lain yang memikat korang. Tuduhan dan hasutan rakan rakan yang menyuruh korang cari yang lain dan banyak lagi perkara yang boleh menggoyahkan keutuhan cinta korang dan pasangan. Apa yang korang perlu buat? Tak perlu buat apa apa sebenarnya. Abaikan saja. 

Selagi hati korang masih kuat bersama cinta si dia, selagi itu korang tak perlu risau apa apa. Di pihak sebelah sana juga sama. Korang perlu percayakan pasangan korang. Percaya yang dia setia pada korang kerana hanya korang yang mengenali hati budinya. Jika ada sedikit keraguan, padamkannya secepat mungkin. Jangan biarkan meleret kerana nanti akan membawa kepada prasangka yang lebih buruk.


Apabila rindu datang, ubatilah ia dengan menyelak kembali gambar gambar lama dan imbas kembali kenangan manis korang dan si dia dulu. Rawat lah juga perasaan rindu dan tidak tentu itu dengan berdoa banyak banyak pada Allah. Sandarkan harapan korang kepada Tuhan agar korang cepat disatukan dengan si dia. Dengan cara itu InsyaAllah korang akan berasa tenang. 

Cinta itu memerlukan banyak pengorbanan. Antara hikmahnya adalah ia akan menguatkan lagi perasaan cinta korang kepada pasangan. Apabila cinta itu sudah utuh dan kuat, korang akan mencapai tahap mencintai dengan ikhlas di mana korang akan menjadi lebih redha dalam hubungan. Apa saja masalah yang berlaku, korang hadapinya dengan tenang dan berhikmah.

Kebahagiaan si dia adalah kebahagiaan korang dan korang selalu pasrah kepada Allah. Itu adalah salah satu tanda cinta sejati. Ikhlas mencintai tanpa mengharapkan apa apa balasan. Bukan mudah untuk mencapai cinta tahap itu. Tapi buat masa sekarang, belajarlah untuk menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka. Selalu percaya pada Allah bahawa apa saja yang Dia takdirkan untuk korang adalah perkara yang terbaik untuk korang.

Apabila si dia sibuk dan korang tidak boleh menghubunginya, sandarkan rasa sedih itu kepada Allah. Luahkan apa saja yang korang rasa dalam bentuk yang lain seperti menangis, luahkan dalam tulisan atau korang boleh luahkan pada kawan kawan yang korang percaya. Elakkan kerap sangat berfikiran negatif, kalau ada dala fikiran tu cepat cepat buang dan abaikan. Itu satu satunya cara untuk tidak meleretkan fikiran yang negatif ke tahap yang lebih parah. 

Cari ketenangan hati dengan memperbanyakkan melihat alam semula jadi yang indah indah atau bersiar bersiar ke taman tiap tiap petang. Tanamkan perkara perkara yang positif sahaja dalam fikiran korang. InsyaAllah, rasa rindu korang pada si dia akan terubat juga.

Satu lagi perkara yang menjadi dugaan untuk pasangan yang bercinta jarak jauh adalah ujian apabila salah seorang dari korang sakit atau ada hal kecemasan. Dalam keadaan korang berdua yang jauh, pastinya sangat sukar untuk korang pergi menjenguk si dia kan? Ini pastinya akan membuatkan korang berasa sangat kecewa kerana tidak berada di sisinya di saat si dia memerlukan korang. Jangan risau, apa apa pun mula mula korang cuba dulu usaha untuk pergi menjenguknya di sana. 

Jika tidak boleh, hubungi rakan terdekatnya di sana untuk bertanya maklumat. Lepas tu hubungi si dia terus untuk menemaninya walaupun hanya di dalam telefon. Bagi saya, kalau demam biasa atau sakit biasa, jika tak boleh ke sana, dengan menelefon si dia sudah memadai. Tapi jika berlaku sesuatu yang serius seperti kemalangan, korang harus berada di sana. Apa apa cara sekalipun, korang harus usaha untuk menemaninya di sana. Kemalangan bukanlah perkara biasa yang boleh dianggap enteng.

Pun begitu, jika korang sudah berusaha dan tetap juga tidak boleh menemaninya secara bersemuka di sana, si dia pasti akan faham. Fikirlah positif, mungkin si dia juga tidak mahu korang susah kerananya. Jangan terlalu kecewa. Jika cinta korang kuat, korang akan dapat tempuh apa saja dugaan tidak kira lah walau berat mana ianya sekalipun. 

Jika si dia demam biasa, korang boleh ambil pendekatan menghubunginya dengan kerap. Sesibuk manapun korang, korang perlu luangkan masa untuk si dia. Si dia di sana pastinya sangat memerlukan kehadiran dan semangat dari korang. Tak dapat tengok wajah pun takpe, tapi memadailah dengan mendengar suara korang di telefon. Jangan hampakan si dia di saat si dia benar benar memerlukan korang berada bersamanya.


Cinta jarak jauh boleh dipercayai. Ubah mind set korang yang dulu itu. Manalah tahu takdir korang nanti terpaksa mengalami hubungan cinta jarak jauh ini pula, maka korang haruslah bersedia dari sekarang. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa yang akan datang kan? Jadi buatlah persediaan secukupnya. Jangan bercinta jika masih tidak sedia. 

Ini hanya akan menghukum pasangan korang andainya korang terpaksa berpisah jarak suatu hari nanti. Asalkan ada satu perkara penting ini; kepercayaan, hubungan cinta korang akan kekal bahagia selamanya. Si dia juga pasti akan terharu apabila korang berusaha menjadi yang terbaik untuk memahami situasi hubungan cinta korang sekarang. Usaha itu penting.

Apabila berlakunya masalah, jangan memandang kepada sudut permasalahan tetapi pandanglah dari sudut bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik. Korang juga tidak boleh lari daripada masalah. Sebagai contoh, sebelum ini hubungan korang berjalan lancar seperti biasa. Tiba tiba majikan pasangan korang arahkan dia supaya bekerja di tempat yang jauh. Bagaimana korang handle masalah ni? Sudah tentulah dengan perbincangan kan? Korang tak boleh jadi penting diri dengan menghalang dia dalam kerjayanya. Mahu atau tidak korang perlu bertolak ansur. Berpisah jarak itu sekejap saja, nanti apabila sudah sampai jodoh korang untuk bernikah, nanti duduk satu rumah juga kan.

Mungkin juga hubungan cinta jarak jauh ini merupakan satu hikmah supaya korang kenal erti rindu di antara satu sama lain. Orang kata kalau kat depan mata susah nak hargai, bila dah tidak ada di depan mata baru lah mula nak mencari cari. Dan mungkin juga korang ‘dipisahkan’ sekejap untuk mengelakkan berlakunya perkara tidak elok seperti maksiat atau penzinaan yang pastinya boleh mencalarkan maruah korang berdua. 

Apa yang Allah beri pada kita pastinya perkara yang terbaik untuk kita. Jadi terimalah dengan hati yang terbuka, ikhlas dan redha. InsyaAllah dugaan itu mematangkan fikiran dan hubungan. Semoga hubungan kita semua menjadi berkat dan cepat sampai jodohnya. Semoga juga dengan dugaan yang kita alami sekarang, cinta kita dan pasangan makin kuat dan makin utuh untuk selama lamanya.



http://persediaanperkahwinan.com/blog/



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Pensil-tekan.blogspot.com