Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa
besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini
kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga,
dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak,
aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun
kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah
dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi
Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat
tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun
haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah
hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang
terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu
minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air
kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah
air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air
tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi
Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai
dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing
anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab
air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada
muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak
uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak.
Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang
tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi
petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang
masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita,
sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan.
Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus
melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada
Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.
Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang
yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari
segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan
ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk
hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.
Sumber: http://www.informasi.my
No comments: