Ramai
org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah
kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan
yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan
mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Teruskan membaca untuk lebih memahami.
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
Teruskan membaca untuk lebih memahami.
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis
mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan.
Sebenarnya ada kebaikan di dalam keburukan.
Udara panas lebih
memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif
dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan
Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah
rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan
pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat
menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur
seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut
untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga
kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka
panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya
dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan
berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil
ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan
batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan
meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan
berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk
dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk
mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang
telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan
kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan
dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini
dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas
yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi
penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular
sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan
kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk
menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan
lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan
dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama
terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang
berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan
struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang
(wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya
matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air
sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami
gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air
sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi
mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik
untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan
keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi
bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen
dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah
menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana
ia akan menguatkan perut.
Wallahua'alam. Sekadar berkongsi.
No comments: